Perjuangan penulis muda: Perjuangan apa?

Oleh Baha Zain
bahazain.blogspot.com
Generasi baru berdepan cabaran apabila bahasa Inggeris dianggap lebih berdaya saing
PADA 22 hingga 24 Mei ini sekumpulan penulis muda berhimpun di Melaka Bandar Raya Bersejarah. Apakah mereka akan menangani masalah sejarah tertentu atau mengimpikan sesuatu yang gemilang pada masa depan, baik atas nama peribadi atau suatu gerakan. Pokok perbincangan menjurus kepada: ‘Perjuangan [...]

Selamat Hari Guru

Menurut Tony Buzan, guru-guru bukanlah sekadar mereka yang membantu pelajarnya lulus peperiksaan ataupun mereka yang memastikan bahawa statistik lulus cemerlang pelajar-pelajar di sekolahnya tinggi. Hakikatnya, guru-guru pada hari ini terbeban dengan tugas yang dinyatakan itu.
Berikut beberapa definisi guru yang wajar dimasukkan ke dalam kamus hidup walaupun anda mungkin tidak memegang jawatan guru secara profesional. Saya [...]

HSKU 2008 di Istana Budaya

Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008 (HSKU 08) adalah salah satu anugerah berprestij yang julung-julung kalinya diadakan. Program tahunan ini merupakan anugerah kali ke-24.
Tahniah kepada Exxon Mobil yang menjadi penaja utama kepada pemenang. Tahniah juga kepada Kumpulan Utusan yang tidak melupakan ‘pengorbanan’ warga sastera.
Tahun ini, HSKU akan disampaikan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada [...]

Dendang yang Tak Usang

Yang teduh dan rendang,
Hijau dan tenang
Engkau tempat bertandang,
Melabuh kaki yang pincang.
Engkau pemain layang-layang,
dan pemantun undang-undang,
Tak pernah gersang sayang,
Walau sampai ke petang.
Melayangnya helang,
kilau rubi bak andang,
dan teratai yang kambang,                                                                                     
adalah datang-
dari ilmu sekarung gudang,
sabar seluas pandang,
dan kasihmu bak laut pasang.
Tiga kali nama diulang,
di bibir junjungan terbilang.
Dikaulah tempat berhutang,
yang kunjung jelang dan dikenang.
(buat ummiku yang tak tergantikan, aku merindumu!)
7 [...]

Selamat Hari Ibu

p/s: IPEM mengucapkan selamat hari ibu kepada semua ibu… Tahun ini insyaAllah Hari Ibu jatuh pada 10 Mei 2009. Book your calendar for this special one!

Kebenaran