Ramadhan Kareem

Bismillah ArRahmaan ArRaheem,

Assalamu’alaykum warahmatullahi wabarakaatuh,

Alhamdulillah, KKN kami batch 2006 telah selesai dengan jayanya. Segala puji dan syukur hanya kepada Allah swt kerana tanpa kasih dan sayang-Nya, perjalanan kehidupan ini tiada dirasakan indahnya pada suka dan duka, hitam dan putih dalam liku-likunya untuk mendaki langit kehidupan. Alhamdulillah, amantu billah!

Juga untuk kesempatan terbatas ini, saya mewakili teman-teman dari Teamwork IPEM mengucapkan Ramadan Kareem, kullu ‘am wa antum bil khayr dan mendoakan semoga Ramadan yang telah menjengah kita dijalani dengan sebaik-baiknya sesuai dengan tuntutan sunnah Rasul, juga tidak ketinggalan moga Ramadan kali ini meninggalkan suatu kenangan terindah lagi terhalal dalam episod mukmin kalian. Ameen, insyaAllah.

Selamat menunaikan ibadah puasa. :)

Salam ingatan,

Yazidsahak, Halaa, Maisarah, Iman, Firdaus, Ruqnuddin, Nabil, Khadijah & Azzahra

One Response

  1. kenangan terindah lagi terhalal! jadi risau pulak kalau ada juadah berbuka yg syubahah :) selamat menyambut bulan Ramadhan al Mubarak kepada semua AJK dan ahli IPEM! semoga bulan depan tidak memalapkan kemuliaan bulan ini, dan tangan2 anda tidak ikut berpuasa dalam berkarya insyaAllah :) belum terlambat juga untuk mengucapkan selamat datang kepada batch 09. semoga kami sentiasa dapat menjaga suasana hati anda seperti bersama keluarga di rumah.

Leave a Reply