BEDAH BUKU: KESAKSIAN SEORANG DOKTER


 

KESAKSIAN SEORANG DOKTER

Mensucikan Hati melalui Kisah-kisah Nyata

 

Antara ciri-ciri seorang doktor muslim yang hebat ialah menyampaikan dakwah yang berkesan kepada pesakit di samping menjalankan tanggungjawab sebagai seorang doktor. Buku Kesaksian Seorang Dokter ini ditulis oleh DR. Dr. Khalid bin Abdul Aziz Al-Jubair, seorang doktor pakar bedah jantung dan pendakwah yang masyhur dari tanah Arab. Buku setebal 176 halaman ini menceritakan kejadian-kejadian benar yang dialami sendiri oleh doktor ini dan beberapa kejadian yang beliau dengar dari pengalaman orang lain. Penulis buku ini menyampaikan kisah-kisah nyata yang kebanyakannya beliau alami di rumah sakit (hospital) Riyadh, Saudi Arabia dan mengupas keajaiban-keajaiban dari kisah tersebut disertai dengan penjelasan dari ayat-ayat Al-Quran.

Ulasan pada halaman belakang buku ini amat menarik dengan menampilkan secara ringkas sebuah cerita tentang seorang doktor terdengar suara azan melalui stetoskop yang diletakkan di atas dada seorang pesakit yang telah meninggal dunia. Ketika membaca buku ini, saya menjangkakan banyak lagi kisah-kisah pelik yang menarik seperti ini diceritakan tetapi jangkaan saya agak meleset kerana tidak banyak kisah-kisah sebegini diceritakan. Walau bagaimanapun, kesemua kisah di dalam buku ini membawa mesej dan makna yang begitu mendalam. Bagi mereka yang betul-betul berfikir dan menghayati kisah-kisah di dalam buku ini, banyak hikmah yang mampu diperolehi dan membuatkan kita berasa terkesan. Kisah-kisah di dalam buku ini menyimpulkan bahawa hanya Allah s.w.t yang memiliki kuasa menyembuhkan penyakit sedangkan seorang doktor tidak lebih hanya sebagai perantara, suatu hakikat yang sering dilupakan pada masa kini kerana kita lebih berterima kasih kepada doktor yang merawat tetapi kurang melahirkan rasa syukur kepada Allah s.w.t yang menyembuhkan penyakit. Kesimpulannya, buku yang menarik dan bersaiz kompak ini tidak rugi untuk dijadikan koleksi tambahan buku anda. Wassalam……..

 

-adin2020-

One thought on “BEDAH BUKU: KESAKSIAN SEORANG DOKTER

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s