SUKA dan SABAR


“Masalah betullah line XL sekarang!” keluh seorang temanku.
 
Saya hanya tersenyum. Saya tak nafikan, susah juga nak berhubung guna line XL ni. Ada beberapa tempat tertentu tak dapat line XL. Susah sangat nak reach. Selalunya kalau call tak dapat. Kalau dapat, suara pula tak dengar. Suara dia kita dengar, tapi dia tak dengar suara kita. Terpekik-pekiklah menjerit, “Dengar tak???”.
 
Dah hampir 2 tahun saya menggunakan simcard XL. Mulanya sekadar mengikut permintaan rakan-rakan sekerja dalam persatuan, banyak berhubung akan lebih jimat bila semua menggunakan line yang sama. Percuma 100 sms setiap hari memang menguntungkan. Lagi-lagi untuk kaki-kaki sms yang sedang bercintan-cintun pasti tak cukup. Tapi untuk saya alhamdulillah jarang-jarang habisnya melainkan perlu mempromosi program yang dianjurkan persatuan kepada seluruh komuniti Malaysia di sini.
 
Musim berganti, dah enam bulan persatuan tersebut berganti peneraju. Kira dah pencen la. Sekarang kalau nak tukar pakai line lain pun boleh. Bukan tak banyak pilihan lain, naik rambang mata pun boleh. Simpati – coverage meluas sampai kawasan pedalaman pun ada line, Mentari, IM3, Kartu AS, Flexi dan macam-macam lagi. Semua ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
 
But I’m wondering myself, why didn’t I go for a change?
 
Ramai juga kawan-kawan seorang demi seorang tukar dari XL ke jenama lain. Kalau makin sedikit yang guna XL, makin kurang jimatlah. Habis tu tukar jelah kalau dah banyak sangat masalah. Tapi fikir-fikir balik, yelah, nanti susah nak kena inform semua orang pasal nombor baru. Rupa-rupanya ada satu sebab yang buat saya masih tetap setia.
 
Murah.
 
Jangan salah sangka, bukan yang lain tak murah. Mungkin ada yang jauh berkali ganda lebih murah dari XL, tapi selama saya gunakan XL Bebas ni, saya rasa lebih jimat. Kalau kredit bakalan habis, saya sisakan lebih kurang Rp400 supaya masih ada sms free. Call ke Malaysia pun berpatutan murah. Tiada masalah bila telefon ke Malaysia. Saya senang dan puas.
 
Saya sedari perkara ini sewaktu berbual dengan sahabat saya tentang sulitnya berhubung menggunakan talian XL.
 
”Kenapa tak tukar nombor?” tanya sahabat saya.
 
”Entahlah, sebab dia murah.” jawab saya selamba.
 
”Tapi kalau dah susah sangat nak contact…” dia cuba memberi penyelesaian.
 
”XL ada sms free. Tu yang saya suka. So yang lain tu saya tak kisah sangat…”
 
For a moment I was thinking…
 
Macam tulah juga perhubungan sesama manusia. Bila kita baik dan sering dengan seseorang, mesti semakin banyak pasal diri dia yang kita tahu.
 
Ada yang baik, ada juga yang buruk. Ada yang kita suka, ada yang tidak.
 
As for me, kalau saya suka sesuatu tentangnya, saya akan cuba bersabar dengan kekurangannya yang lain. Selagi saya mampu bertahan, saya akan bertahan.
 
Takkanlah kerana kekurangan dia yang sedikit, kebaikan dia terhadap kita selama ni kita dah tak nampak?
 
Perhubungan perlukan komitmen. Bukan boleh main tukar kalau kita tak suka. Pastilah tak betul-betul sama macam simcard, tapi kita boleh apply our faithfulness in this kind of aspect. Lihat sejauh mana kita mampu bersabar dan bertahan. Saya tak maksudkan orang yang selalu tukar-tukar simcard tu tak setia. Saya yakin pasti ada sebab-sebab yang kukuh kenapa mereka sering tukar nombor.
 
Apapun, ini bukanlah sebuah pembuktian falsafah, apatah lagi suatu promosi produk, tapi sekadar pemikiran santai untuk membuka pandangan kita. Rupanya simcard pun boleh mengajar kita sesuatu.
 
-Iman Nailah-
.: We plan, Allah decide; We guess, Allah knows :.

2 thoughts on “SUKA dan SABAR

  1. hehe… susah juga ya. tapi, dalam hal sim card, byk perkara yg menyebabkan kita terpaksa menukar. mungkin priority setiap org berbeza. ada yg suka call, ada yg suka sms. sama juga mcm manusia. ada org suka qualiti camni, ada yg suka qualiti camtu. mungkin variety sim card pun menunjukkan betapa manusia ni berbeza, ya? hmm… thanks for the reminder, dear sis!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s