AIR


 

Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia. Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah. Dalam satu ceramah, seorang ustaz pernah bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai “AIR”. Rata-rata peserta seminar ini bukan beragama Islam kecuali dua orang, ustaz tersebut dan seorang pensyarah.

Penceramahnya merupakan seorang professor yang pakar tentang air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan di layar putih kepada hadirin. Sampel-sampel air diambil dari pelbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi). Maka terpancarlah  berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu  jelas  (dengan  telinga  yang besar, bertanduk dan sebagainya) rupa yang  menggerunkan  dan  menakutkan.

Lalu Profesor itu berkata “Banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi”. Professor itu pun tunjukkan, maka terpancarlah satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik  berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi), bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna.

Lalu professor itu bertanya, “Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini?”. Semua hadirin senyap. Kemudian, pensyarah yang bersama-sama ustaz tersebut mengangkat tangan dan menjawab, “Saya rasa itu adalah sampel air zam-zam”. Professor berkenaan memanggil pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya “Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam?”. “Kerana air zam-zam adalah air yang termulia di dunia ini”, jawab pensyarah tersebut. Profesor tersebut berkata, “Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam.”

Kemudian professor itu mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu di dalam dewan itu mereka membuat eksperimen bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk  molekul-molekul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang peserta bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan di skrin, kelihatan molekul air membentuk seolah-olah  seperti tokong cina (dengan janggut yang panjang dan perut yang buncit).

Bila  tiba  giliran  ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, selawat dan ayat Kursi, maka nampaklah rupa molekul air seperti berlian dan berkilau-kilau. Lalu ustaz tersebut disuruh oleh professor untuk membaca sebarang ayat atau kata-kata yang tidak baik. Selepas itu, nampaklah di skrin molekul air berupa seperti sel-sel barah. Subhanallah…….daripada ceramah yang ustaz ini sampaikan marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya. Ini  adalah  kata-kata  dari  ustaz tersebut:

“Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya”.

 

Cerita di atas merupakan satu artikel yang diberi oleh teman saya beberapa tahun lepas. Cerita berkaitan “AIR” ini juga pernah tersiar di dalam akhbar di Malaysia suatu ketika dahulu. Istilah yang digunakan di dalam akhbar tersebut adalah ‘hado’, secara bahasanya bermaksud ombak atau air tetapi telah diolah maksudnya menjadi energi atau kumpulan getaran yang ada pada sesuatu benda. Berdasarkan cerita ini, tidak hairanlah mengapa sesetengah pengamal perubatan membacakan ayat-ayat Al-Quran kepada air untuk diberikan kepada pesakit. Air yang telah dibacakan ayat-ayat Al-Quran atau bahasa mudahnya disebut air jampi dipercayai dapat memberikan kesan kepada pesakit. Terpulanglah kepada diri kita sendiri untuk mempercayainya atau tidak. Bagi anda yang tidak mempercayai kata-kata dapat mempengaruhi air atau ingin mendapat lebih banyak informasi tentang ‘hado’, sila layari https://www.hado.net/. Klik pada ‘Water Crystals’ untuk melihat bentuk-bentuk kristal air yang menarik. Wassalam……..

 

Moral of the story: Jangan lupa baca Bismillah sebelum minum air.

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s