Demam Exam- Rehatkan Minda Anda!


Bismillahirrahmanirrahim…

Melihatkan suasana di UNHAS sekarang di mana exam bagi semua batch, saya begitu tertarik untuk berkongsi bahan yang saya petik dari saudara brohamzah (senior sekolah saya). Bahan ini dimuatkan dalam blog beliau dan sebagai tanda begitu menghargai dan tanpa mengurangkan rasa hormat, saya ingin berkongsi dengan semua. Beliau teah terlibat dalam program Hijrah Ke Menara Gading ( HIMEGA08) yang lalu di mana program HIMEGA adalah program tahunan untuk pelajar-pelajar lepasan SPM sebagai persediaan untuk ke IPT.

Demam Exam- Rehatkan Minda Anda!

 

Demam Exam

Oleh : BroHamzah
brohamzh@yahoo.com
http://brohamzh.blogspot.com

Dua tiga minggu ini merupakan minggu peperiksaan bagi kebanyakan universiti tempatan di Malaysia. Begitu juga dengan saya dan rakan-rakan di wilayah tengah ini, sibuk dengan persiapan dan persediaan untuk menghadapi peperiksaan bagi semestre ini. Blog ini sendiri telah lama menyepi kerana saya sibuk dengan assignment dan hal-hal lain. Sebagai inspirasi dan kata-kata semangat untuk semua saya sertakan kata-kata motivasi untuk dorongan kejayaan.

Semasa mempengerusikan sesi sharing moment program HIMEGA’08, saya teringat kata-kata Kak Mashitah bahawa surah al-Hajj: 40 menjadi motivasi dan inspirasi dalam hidupnya. Maksud ayat tersebut :

” Allah pasti akan menolong orang yang menolong (agama)-Nya.” (Al-Hajj : 40)

Hadith Rasulullah SAW :

“Sesungguhnya Allah (swt) sangat suka (bahkan cinta) kepada seseorang kamu, apabila melakukannya dengan ketekunan dan kemahiran”.Riwayat Al-Baihaqi

Semasa membelek dairy harian saya terbaca sebuah kata-kata yang terdapat pada helaian kertas yang amat memotivasikan .

” Dalam mengerjakan sesuatu TIDAK usah tergesa-gesa,asalkita rajin, teliti dan tabah serta hasilnya tentu akan tercapai.”

Saudara Nur Muhammad ada menyebut ketika menyampaikan slot cemerlang Akademik baru-baru ini.

““Kamu mengharapkan kejayaan, tetapi kamu tidak lalui jalannya, sesungguhnya kapal takkan dapat berlayar atas daratan”

“Siapa yang mencari ketinggian tanpa lalui kesusahan, dia telah mensia-siakan umurnya mencari sesuatu yang mustahil”

Sheikh Mustafa Masyur ada menyebut :

“Mahasiswa Muslim contoh hendaklah berusaha menguasai pelajarannya dan mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan, mengatasi pelajar yang lain.”

Pak Cik Rosdi Baharom ada berpesan :

Ilmu dan kepakaran tidak mungkin dapat diraih dengan bersantai/berehat-rehat.”

Seorang penyair ada bermadah indah :

“JADILAH RIJAL DENGAN KAKI BERPIJAK DI BUMI NAMUN CITA-CITA TERGANTUNG DI LANGIT NAN TINGGI”

Zig Ziglar ada menyebut :
Wisdom from America’s Top Motivator ( Seorang Pakar Motivator Amerika)

“SUCCESS occurs when OPPORTUNITY meets PREPARATION.”

Teringat nasihat Ust NoorKhairan Nordin, seorang panel sharing moment.

“Kalau nak studi yang terbaik, studi lah di library. Di situ ada kekuatan!.”

Dan akhir sekali, hayatilah kata-kata Imam Hassan al-Banna ini :

“Yang kita harapkan tidak lain adalah keredhaan Allah Subhanahuwata’ala dalam menjalankan tugas dan kewajipan dakwah ini.”


Dan banyakkanlah berdoa dan meminta daripada Allah SWT.Selamat maju jaya untuk semua.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s