Minda Hadhari


Bismillahirrahmanirrahim….dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang kumulai perbicaraan ini. Mudah-mudahan mendapat hidayah dan petunjuk dariNya dan dijauhkan dari kesesatan. Selawat dan salam kepada junjungan besar Muhammad SAW yang menjadi contoh terbaik bagi umat Islam, penamat bagi segala rasul dan nabi.

Dalam dunia ini kita pernah mengimpikan sebuah kehidupan yang di dalamnya penuh bau-bauan kasturi yang harum mewangi yang terbit dari ucapan salam. Malah, kita juga mengimpikan dunia ini ibarat taman-taman bunga yang di dalamnya tumbuh indah pokok-pokok iman dari benih-benih ilmu dan amal soleh. Kadang-kadang terpikir juga kita untuk menaiki sebuah kapal yang nakhodanya adalah pemimpin yang mulia lagi adil untuk sama-sama membawa bahtera meredah samudera untuk sampai ke perhentian yang abadi selama-lamanya. Saya yakin dan percaya bahawa sahabat-sahabat lain juga pernah berfikir begitu. Lantas saya tertanya-tanya,realistikkah angan-angan kita itu?atau sekadar mimpi indah yang dihapuskan oleh terbitnya fajar subuh? Atau mungkinkah angan-angan ini menjadi realiti.

Pada umumnya, kita semua arif tentang apa yang menjadi punca tercetusnya masalah umat Islam pada hari ini. Tanya sajalah pada kanak-kanak yang berusia 12 tahun pun mereka sudah memahami masalah yang berlaku di Iraq dan Palestin. Apatah lagi kalau di tanyakan isu mat rempit,black metal,ketagihan dadah dan sebagainya. Pasti mereka akan mengatakan puncanya adalah sekian-sekian panjang lebar sehingga boleh dimuatkan di dalam akhbar Berita Harian. Apatah lagi kita yang sudah dewasa dan mampu berfikir secara kritis dan dinamik, sudah pasti kita dengan lantang bersuara bahawa masalahnya berpunca dari pelbagai hal.

Persoalannya,mengapa sehingga hari ini ummat Islam dibelenggu oleh masalah yang sama? Mengapa Iraq dan Palestin masih dihujani oleh peluru berpandu Amerika yang busuk hati itu? Mengapa krisis Baitulmaqdis yang sehingga hari ini masih penuh tanda tanya? Sedangkan sudah jelas di dalam Al Quran bahawa Ia milik umat Islam dan wajib kita pertahankan dari orang-orang kafir. Pasti ada yang mengatakan bahawa ummat Islam pada hari ini masih lemah. Saya juga setuju mengatakan bahawa ummat Islam hari ini masih lemah terutama dari aspek ekonomi(akan diuraikan pada bab yang akan datang). Tapi sampai bilakah kita ingin beranggapan sedemikian, bahwa kita masih lemah? Tidak teringatkah kita pada kekuatan Islam pada zaman khulafa Ar-Rasyidin yang disambung oleh kerajaan Abasiah, Umayyah dan Othmaniah? Lantas, apa yang menjadi penghalang kepada sejarah kegemilangan umat Islam untuk berulang lagi?

Di sini, saya tidak ingin mengupas secara khusus tentang punca masalah ummat Islam, kerana saya yakin dan percaya kita semua sudah memahaminya dengan terang lagi bersuluh. Apa yang ingin saya sampaikan adalah mengenai wawasan kita sebagai umat Islam dalam memacu kegemilangan ummat Islam itu sendiri yang berpaksi kepada 3 modus operandi yang sangat penting :-

1. Menjadi umat yang paling berilmu

2. Menjadi umat yang paling kaya

3. Menjadi umat yang paling bersatu

bersambung….

-dr. Firdaus Musa-

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s