Menjana Diri Penulis


Bagaimana nak menulis karya kreatif?

Penulisan kreatif seperti cerpen sebenarnya tidak dapat diajar. Pembimbing tidak dapat memberitahu seseorang bagaimana hendak menulis namun pembimbing dapat menerangkan bagaimana hendak menulis dengan lebih baik.

Yang penting penulis :

  1. mestilah peka terhadap keadaan manusia dan berusaha memaparkan perasaannya.
  2. mestilah cintakan kata-kata supaya frasa yang dicipta akan mengharukan pembaca.
  3. mestilah meminati dunia penulisan dan mengasingkan diri dengan tulisan supaya dapat melihat apa yang baik dan yang buruk tentang tulisannya.
  4. mestilah ada sikap yang teliti.
  5. mestilah menjadikan tulisannya sebagai amalan harian, bukan hasil sekali skala.
  6. mestilah menulis kerana mahu menulis bukan kerana sebab yang lain seperti kewangan misalnya.
  7. mestilah berani menghadapi cabaran. Menggunakan karya yang ditolak sebagai dorongan untuk menulis dan bukan sebagai tanda dunianya telah kiamat.


Bagaimana nak menjadi penulis?

Bakat

Bakat anugerah Allah yang sukar dilihat. Ada percanggahan pendapat oleh para pengarang mengenai hal ini. Contohnya : SN Keris Mas menyebutkan bakat sangat penting sementara SN A. Samad Said menyatakan bakat kurang penting tetapi usaha dan minat lebih penting.

Minat

Ada keinginan untuk menulis.

Rajin membaca

Hal ini diakui oleh ramai penulis seperti Anwar Ridhwan dan Khadijah Hashim. Pembacaan akan memberi idea untuk menulis persoalan yang lain. Pembacaan akan melibatkan penamatan dan akan menimbul idea pertama.

Ada cita-cita untuk menjadi penulis.

Hasrat atau harapan akan menjadi pendorong.

Rajin menulis

-Hybrid Dalili-

3 thoughts on “Menjana Diri Penulis

  1. Setuju sekali. Kepada sesiapa yang belum menyertai yahoogroups GKLN anda dijemput ke sana untuk memeriahkan lagi. GKLN kini sedang mencari penulis-penulis puisi yang berbakat dari seluruh dunia!

  2. hehe… rasanya, mungkin saudara FahdRazy boleh bg link yahoogroup tu kat sini supaya senang ahli2 nak reach.😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s