Firdausku….


Firdaus

Wajahmu seindah namamu

Harummu sewangi maksudmu

Pesonamu setanding darjatmu

Firdaus

Engkau terlalu mahal untuk dimiliki

Hargamu tiada terbeli oleh iman sebesar zarah

Maharmu berhasratkan jiwa yang bersih suci mencari keredhaanNya

Kerana isimu adalah sepatah yang terbit dari hati

Tiada tertafsir oleh seribu bahasa

Engkaulah yang terpaling indah

Firdaus

Senyumlah padaku saat aku melihatmu dalam amalku

Persiapkanlah tempat untukku di singgahsanamu

Kerana kau janjian Allah pada orang yang beriman

Yang darahnya mengalir di baju musuh Allah

setiap hela nafasnya adalah zikrullah

setiap air matanya adalah penyesalan

Mudah-mudahan namaku tertulis dalam janjian itu

Ya Allah…

Tunjukilah aku jalan untuk dekatinya

Izinkan aku untuk memilikinya

Tempatkanlah dia di hatiku

Sungguhpun apa yang ku ada bukanlah sebanding apa yang ku minta

Moga sesaat ingatkanku padanya

setahun ingatanku padaMu

~ Menuju Syurga ~

7 thoughts on “Firdausku….

  1. Quote:”Engkaulah yg terpaling indah”
    menggambarkan indah yg tak tergambar…

  2. rasanya, ada sedikit kesalahan tata bahasa.. hehe… saya pun stuju dgn saudara Fahd Razy… dlm sebuah karya sastera, kita kene menguasai tata bahasa yang benar bg menunjukkan keseriusan kita menulis. bukan satu excuse utk melanggar hukum bahasa dlm menggambarkan keindahan. mungkin boleh guna words like ‘terindah’ atau ‘paling indah’.

  3. ooo…masih kena menuntut ni…sbnrnye sy ingat pengecualian diberikan utk puisi sbb utk men’describe’ suatu objek tu sgt subjektif…so menggabungkan kata yang luar biasa adalah bertujuan menunjukkan ke’luar-biasa’annya…hehe, ni pandangan org tak berilmu je…sila beri tunjuk ajar…

  4. Ooo…ada satu istilah dipanggil ‘licentia poetica’ atau lesen puitika. Maksudnya secara kasar, dalam penulisan sastera ni ada kelonggaran untuk melanggar batas-batas nahu untuk tujuan estetik, atau memperindahkan karya. Tapi, ini tak bermakna boleh langgar sesuka hati… mesti tahu tujuannya, dan mestilah ‘kena’ caranya. Saya rasa ‘terpaling’ tak membantu mencantikkan puisi ini, tapi makin janggal tu ada.

    “sbnrnye sy ingat pengecualian diberikan utk puisi sbb utk men’describe’ suatu objek tu sgt subjektif”

    Betul sekali, memang subjektif nak describe sesuatu dalam puisi, sebab itu adanya peranan ‘metafora’…gabungkan yang konkrit dengan yang abstrak…memberikan objektif kepada yang subjektif.

  5. Ooo…macam tu rupenye. Nampaknya sy kena bykkan lagi meneliti karya2 puisi berkualiti utk nampak kesesuaian penggunaan lesen puitika ni. Kalau tak menyusahkan, mungkin saudara FadhRazy boleh tunjukkan di mana sy boleh dptkan puisi2 sebegini…

  6. err. Rasanya di internet banyak puisi penulis-penulis mapan… juga lebih mudah, dapatkan kumpulan puisi mereka- para Sasterawan Negara dan penulis-penulis hebat tanah air. Ada saya terbaca, tak silap, penyair.wordpress…dia kumpulkan puisi-puisi dari berbilang penulis

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s