Jalan-jalan bersama IPEM


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

InsyaAllah IPEM akan menganjurkan sebuah program out-door yang terbuka untuk semua ahli IPEM tidak lama lagi. Program ini bertujuan memberi peluang kepada semua ahli dan AJK untuk saling bertemu dan berkenalan dengan lebih dekat. Dirancang berlangsung selama setengah hari bermula dari pagi hari, beberapa aktiviti menarik akan dijalankan sepanjang program. Harapan kami agar semua ahli dapat ikut serta dalam program julung-julung kali kami adakan ini.

Program ini masih dalam tahap perancangan. Kami perlukan respon anda dalam menentukan tarikh yang paling sesuai untuk mengadakan program ini. Matlamat kami adalah untuk mengadakan program tersebut secepat mungkin dan tidak bertindih dengan mana-mana program lain. Buat masa ini kami mencadangkan tarikh 18 Mei 2008 yaitu hari Ahad sebagai tarikh program.  Apa pandangan anda?

Selain itu cadangan dan saran dari anda amatlah kami harapkan tidak kiralah untuk program yang bakal kami adakan ini ataupun untuk perkara-perkara lain yang terkait IPEM, blog ini sebagai contoh. Anda bebas memberikan sebarang komen di blog ini bila-bila masa.

Terima kasih.

6 thoughts on “Jalan-jalan bersama IPEM

  1. saya setuju buat rehlah! tapi kalau tarikh di cepatkan takleh? 10 hb? ada exam ye..kalau 17? better buat selain hari ahad sebab ramai orang. tp kalau dah takde tarikh boleh je 18 tu

  2. To yazid: kalau x silap saya 17 tu ada sports carnival. kalo xsilap laa… kalau x pun mlm tu AGD, ramai AJK kite xco PKPMI, takut kurg kakitangan nak uruskan program tu nnt. To arichalite: Perancangannye nak g bantimurung. Datang jgn x dtg yer…

  3. sports karnival 10 kan? tp 10 hb nak g ESQ (InsyaALLAH). gi bantimurung?? huhu. best2.

  4. sports carnival dah abis, game volleyball tak jd wat. so, sume wajib g bantimurung!~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s