Cinta Merentas Masa


 

Kasih,

Apa kau melihat

Diri yang serba kekurangan

Merenggut kasih di birai hatimu

Membuang rindu di bulan pagimu

Memutus mati rantai rasamu

 

Apa kau menangis

Tika dusta bersulam patah

Pada sebuah cinta yang melapah

Noda batinmu tanpa keliru

Di ruang masa nan sendu

 

Apa kau kecewa

Saat hadiah pemberianmu tertohok kaku

Kasih tulusmu terbiar layu

Pengorbanan cintamu terkulai perdu

Maksud rindu kau nukilkan merentas waktu

Tidak tersampaikan padaku

Terburai di pelabuhan seteru

Kasih,

Andai kita bertemu di hamparan abadi

Akankah kau tersenyum sepi

Pada diri yang mencintai

Namun terang tega melukai

Kumerayu mendamba kasihan

Terus memamah sutera kesabaran

Mungkinkah kau menghulur tangan

Atau kepedihan ini kau tinggalkan

 

Mohon komen membina dari sahabat-sahabat ya. Terima kasih~~

-Dalili, Mei 2008-

13 thoughts on “Cinta Merentas Masa

  1. dalili ni siapa? maaf la taktau pulak.. anyway puisi yang bagus, sangat mengesankan. cuma mainan kata mungkin dapat lebih pebagai kerana saya lihat anda seperti terdesak untuk menyamakan rima akhir, sedangkan tidak selalu begitu. sebab takut mesej jadi lain atau tidak sampai dengan tepat pada pembaca. tak mengapa kalau rimanya berbeza asal kuatkan kosa kata dan ketulusan dalam mengekspresikan perasaan dalam berkarya. overall memang karya yang bagus, kira bole masuk betandingla insyaAllah. nice, keep it up!

  2. hehe… baris-baris awal tu asalnya lain sikit. tapi ditukar untuk akhir dia. nampak ke terdesak tu? hehe… nampak gaya kene tukar cara penulisan. insyaAllah, akan menghasilkan lagi satu puisi, mungkin boleh membebaskan diri dari belenggu tu kot. terima kasih atas komen anda!

    erk, anyway, saya pun tertanya-tanya, sampai ke mesej puisi tu?

  3. sampai je kalau saya. tapi dapat rasa mcm perkataan2 di hujung memang sengaja diganti untuk menyedapkan rima, jadi kalau sekali baca je mungkin tak berapa faham. baca berulang2 nampakla patern dia mcmna

  4. owh, fikir2 balik, bagus juga cadangan tu. hehe… saya sendiri pun tak berapa reti bahasa dalam puisi ni. boleh la dikatakan hasil pertama kot. testing2…😛
    terima kasih atas cadangan dan nasihat. boleh perbaiki lagi, insyaAllah…

  5. pelabuhan seteru, pelabuhan kan maksudnya persinggahan. dlm sejarah, ada byk kali musuh interrupt sejarah islam, mcm yg berlaku kat cordova, palestin, dsb… dlm persinggahan ni, kita dipisahkan dari syariat islam yg sebenar… perang pemikiran, perang salib, dsb… akibatnya, cinta tu x dpt dijiwai…

    tp, apapun, rasa lega jugak, sbb mesej puisi tu sampai pd iman. hehe… bagus2… terima kasih atas komen2 membina…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s