Re-review on Habiburrahman’s Tale


Alhamdulillah ada kesempatan ni, jadi saya akan mengupas sedikit tentang bedah buku ‘Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2’ yang baru saja selesai diadakan di Baruga UNHAS pagi tadi.

Ada beberapa perkara menarik yang di luar jangkaan saya terjadi dalam majlis ilmu tersebut. Tapi sebelum saya memulai perbincangan itu, ingin saya nyatakan kekecewaan terhadap pengurusan masa peserta (walaupun dah agak dah). Hampir keseluruhan mereka tidak ada yang tepat waktu! Sengaja saya ke sana tepat jam 8 kerana itulah waktunya majlis akan bermula (sampai tak sempat nak beli kuih utk breakfast sebab ingat dah terlambat). Setelah sampai di sana rupa2nya saya adalah peserta pertama!!

Disambut dengan meriah oleh panitia lagi tu. Mcm baru memenangi pertandingan kuiz pulak rasa. Dapat penghormatan tulis nama pertama sekali dalam guest book hehe. Setelah masuk sekejap, saya keluar semula kerana aneh rasanya duk sendirian dalam ruangan yg terlalu besar. Berapa lama saya keluar? kira sempatla gi makan breakfast dan isi minyak motor kat pintu 1 sebelum kembali ke dewan. Itupun setelah setengah jam saya kembali baru majlis dimulai. Bayangkanla mcmna nak maju Islam kalau time management mcmni. Mentaliti tentang orang lain akan datang lambat dan majlis akan bermula lambat adalah pemikiran mereka yang redha dengan penghinaan waktu. Bacala buku Islami apapun, kalau tidak ada practice nya dalam kehidupan, anda hanya berangan dalam keasyikan sendiri. aiii ~ kan dah stat beceloteh.

Kembali kepada bedah buku ‘Ketika Cinta Bertasbih 1&2′, saya bukanlah fans nya. malah buku2 novel bilangannya boleh dihitung dengan jari yang pernah saya baca. cuma kerana karya2 Kang Abik (Habiburrahman) selalu fenomenal, maka rasanya rugi kalau tak mengintip apa rahsia kecemerlangannya dalam berkarya, dan apa sebenarnya yang masyarakat inginkan dalam karya sastera. Kang Abik memulai bedah bukunya dengan tujuan penulisan Ayat2 Cinta (sebagai novel pertama yang bombastik) adalah tentang kecintaan kepada ilmu. dimulai dengan si Fahri yang terpaksa merempuh pelbagai dugaan untuk belajar talaqi dengan Syeikh Usman dll. walaupun saya tidak terlalu bersetuju jika dikatakan itulah motivasi utamanya dalam menulis karya ini, atau setidaknya, tujuan itu tidak menyapa ke semua pembaca. dia juga mengakui bahawa kisah percintaan dalam AAC hanyalah bumbu/penyedap rasa/sampingan. saya dan anda juga tahu yang menaikkan nama AAC adalah pada konflik percintaannya, sedangkan tentang perjuangan penuntut ilmu tidaklah terlalu melekat dalam hati pembaca yang telah tersihir cinta tadi. jadi saya juga tidak dapat menebak, adakah Kang Abik yang tidak mampu mendominasi AAC dengan perjuangan mencari ilmu (seperti harapannya ketika menulis buku ini) atau pembaca yang terlalu mencari gosip cinta dalam setiap lembaran bukunya sehingga niat Kang Abik tidak mampu dicerna dengan baik oleh kebanyakan pembaca. pun begitu, apapun yang diharapkan oleh Kang Abik dan bagaimanapun interpretasi pembaca, AAC tetap memberikan dampak yang positif kepada masyarakat secara umumnya. saya sepakat dalam hal ini. oh, lupa nak mention, Kang Abik sendiri mengakui filem AAC tidak sesuai dengan karya novelnya. saya rasa ada kekecewaan di balik suaranya.. cewahh!!

ketika beralih kepada Ketika Cinta Bertasbih (KCB), beliau meng’claim’ ingin mengajar kepada msyarakat Islam supaya menceburkan diri dalam bidang perusahaan. kisah Azzam yang berhempas pulas bekerja menjual tempe dan bakso menghidupi keluarganya di Indonesia ketika sibuk kuliah di Al-Azhar adalah satu contoh yang dirasakan sangat memberi kesan kepada masyarakat, terutama kepada mahasiswa untuk mengubah paradigma mereka dalam pemikiran. beliau sekali lagi mengulangi pernyataannya bahawa kisah percintaan dalam novel ini adalah bumbu/penyedap cerita sahaja dan bukanlah tujuan utama penulisannya (bole caya ke? kerana buku2 rentetan daripada AAC dan KCB tidak ada yang tidak mengandungi kisah percintaa dalam karyanya, kecuali kumpulan cerita pendek yang beliau karang dalam Di Atas Sejadah Cinta kalau tak silap. dan pada akhir program ketika ditanya kenapa selalu buat cerita cinta saja, beliau menjawab sememangnya kisah cinta lah sebaik2 kisah (Surah Yusuf : 3 )). setelah beliau celoteh panjang lebar tentang KCB, saudara Aan Mansyur yang juga merupakan salah seorang panel pd majlis ini mulai mengomentar tentang buku Kang Abik. (Aan adalah graduan dari fakulti sastera UNHAS). statementnya yang agak mengejutkan adalah bila dia menyatakan buku KCB mengandungi banyak masalah dan kelemahan! dewan diam seketika. dia menyambung dengan memberikan contoh utk menguatkan hujahnya tadi. antara kelemahan yang disebutkan yg dpt saya tangkap adalah :

Terlalu banyak ‘kebetulan’ dalam cerita ini, sehingga pembaca seakan2 dapat meneka peristiwa ke depan dan cara ini seringnya supaya jalan ceritanya lebih mudah untuk disusun penulis. more to writers, not to readers. seperti penulis mementingkan diri untuk memudahkan penulisannya.

Masalah yang terlalu banyak berhujung kepada cinta. sepertinya seluruh kehidupan dalam novel ini bersandarkan kepada nafkah dari cinta. ini menyebabkan jalan cerita menjadi tidak real dan pola fikiran pembaca tidak banyak berubah.

Seterusnya adalah tentang kebanyakan masalah terlalu mudah diselesaikan sehingga pada waktu wujud klimaks, pembaca menjadi kecewa dengan step-down yang terlalu cepat. sekali lagi menjadikan cerita tidak real. Seperti contoh yang diberikan ketika salah satu karakter dalam cerita ini ada masalah, cukup dengan membaca alQur’an masalah langsung selesai.

Beliau juga menyatakan tentang masalah sastera yang tidak terhitung banyaknya dalam KCB (kebetulan dia org sastera dan Habiburrahman tidak pernah mendapat pendidikan formal sastera, katanya belajar waktu kat pesantren sj) dan macam2 lagi yg saya tidak berapa ingat, tak berani nak tulis takut salah.

Tentang cadangan dari peserta, dr Asadul Islam, pembantu dekan 3 yang merasmikan majlis ini, harus dilakukan lebih banyak research sebelum menulis novel. katanya dia sendiri tidak suka baca karya Indonesia adalah kerana tidak banyak yang melakukan penelitian dan informasi di dalam novel/buku selalu atas dasar imiginasi dan fikiran dari penulis sahaja. untuk bersaing dengan novel luar, beliau sangat menyarankan dilakukan research terlebih dahulu, terutama pada karya yang melibatkan multidiscipline seperti undang2, perubatan, geografi dll. ada juga yang bertanya adalah cerita ini benar? kata Kang, tidak. tetapi sosok2 seperti dalam KCB ada, cuma tidak sesempurna seperti di dalam novelnya.

jawapan Kang Abik atas masukan dari saudara Aan tentang banyak masalah dari segi sastera adalah kerana misi yang berbeza. tujuan utama beliau menulis tidak lain adalah sebagai salah satu method dakwah. berangkat dari alasan itu, beliau sepertinya memberikan license kepada dirinya untuk melakukan apa saja yang perlu asalkan mesej dakwah dapat disampaikan/menyambung dengan pembaca. pada saya, karya Kang Abik masih belum terlalu banyak melanggar susila sastera (walaupun boleh tahan juga banyak salahnya) sehingga masih dapat diterima oleh sasterawan kelas 2 (bukan major sastera). dan yang lebih penting daripada itu, masyarakat dengan senang hati menerima karya2 beliau dan dihargai. saudara Aan mungkin boleh mempertahankan banyaknya kekurangan dari karya2 Kang Abik, tetapi pembaca masih memihak kepada Kang Abik dalam erti menikmati hasil tulisannya. inilah yang dijelaskan oleh Kang Abik sendiri, bahawa karya sastera selalu sukar untuk dinikmati oleh orang umum (karya DBP pun memang tak ramai org beli, ini memang harus kita akui). sehingga jika terlalu rigid dalam berkarya, tidak berani melanggar pantang larangnya, pembaca harus siap untuk berusaha berimiginasi sama level dengan penulis, atau langsung hilang minat membaca. jadi bagi Kang Abik, masih keutamaannya pada perhatian dari pembaca, salah silap sastera tu bukan sengaja diabaikan, tetapi berangkat dari hukum fiqh, ‘melakukan mudharat kecil untuk menghilangkan mudharat yang lebih besar’. begitulah yang dapat saya tangkap dari penjelasan beliau. dari sisi Aan, saya sedar bahawa ada tanggungjawab yang harus dipikulnya, iaitu mempertahankan maruah sastera melayu. bagi seorang sasterawan, berani utk melakukan seenaknya kepada sastera adalah seperti menghina ibu dan ayahnya sendiri. warisan bangsa bagi mereka adlah darah yang menghidupi nyawa mereka setiap saat. jelas mereka bersikukuh dengan satu lagi usul fiqh yg saya tahu, ‘matlamat tidak menghalalkan cara’. tidak layak seseorang untuk mengubah jalan yang wajar hanya semata2 untuk menemukan pintasan ke tujuannya. konflik di atas panggung yang mencemaskan. masing2 mempunyai hujah yang cukup keras untuk menumbuk hujah yang lainnya. namun kedua-nya nampak tenang dan tidak saling merendahkan. bagi saya, mereka cukup professional dalam menanggapi pandangan lainnya. semoga input yang saling mereka berikan dapat difikirkan buruk baiknya. dan bagi peserta, kami mendapatkan input yang sangat menyenangkan, kerana selain daripada menghadiri sebuah majlis ilmu, kami juga mempelajari sedikit sebanyak tentang kerapian sastera dari saudara Aan Mansyur dan keberanian dalam berdakwah oleh saudara Habiburrahman El Shirazy.

Alhamdulillah ~

5 thoughts on “Re-review on Habiburrahman’s Tale

  1. lama btul tak tinggal jejak kat cni…..info yg mnarik utk org2 yg tak berkesempatan nakgi bedah buku ni. ada gambar2 lain lg tak?

  2. sebenrnya berhajat nak pegi kalau photohunt dapat selesai sesuai plan,tapi ternyata tak sempat

  3. takpe akhi, review ni pun tak jauh bezanya hehe. maaf banget ana telepas gi hunting iphoto ngan antum semua. nnti kalau ada lg pls maklumkan ya..

  4. waa siap ade gbr dgn kang abik! saya g gak kat baruga tuh. rase mcm jumpe artis. tak sangke dpt jumpe kang abik real. sbb sy mmg bc karya2 dia. slame ni tak ske crite cinta, tp ayat2 cinta besh! (buku dia jek, muvie hancus). neway, ketika cinta bertasbih, kureng sket. same mcm yazid ckp, too much love, no research. btw, bedah buku ni bagus, sbb membantu sy untuk menjadi penulis yg lbih bgs. satu pengalaman menarik. nk wat cerpen lg pon smngt. hehhee….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s