Bengkel Penulisan


Assalamualaikum ahli-ahli GKLN sekalian.

Sukacitanya, Grup Karyawan Luar Negara ingin menjemput ahli-ahli sekalian untuk menyertai Bengkel Penulisan Musim Panas Karyawan Muda Luar Negara edisi ke-II hasil kerjasama Grup Karyawan Luar Negara dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bengkel ini akan berlangsung pada 5-7 Ogos 2008 (Selasa-Khamis) dan menumpukan penulisan cerpen sahaja. Tempat dihadkan kepada 20 peserta sahaja. Kos ditanggung oleh pihak DBP (kecuali perjalanan dari rumah ke tempat bengkel). Cadangan tempat, setakat ini Hotel Vistana KL, tapi pengesahan akan dibuat kemudian. Pembimbing setakat ini belum disahkan lagi, tetapi pegawai DBP bercadang untuk mencuba selain daripada Pn Zaharah Nawawi pula (kerana beliau pembimbing pada tahun lepas).

Syarat penyertaan:

1) Merupakan pelajar/bekas pelajar luar negara
2) Mempunyai sekurang-kurangnya sebuah cerpen (tersiar atau tidak)
3) Mendaftar dan menjadi ahli rasmi GKLN (telah menghantar biodata)
4) Berminat dalam penulisan cerpen, dan berhasrat untuk mendalami penulisan cerpen secara lebih mendalam

Setiap yang berminat dikehendaki menghantar butir diri termasuk Nama, Nama Pena (jika ada), No kad pengenalan, emel, alamat rumah, universiti, jurusan, dan no telefon. Selain daripada itu, setiap peserta dikehendaki menghantar minimum 1 cerpen (nak hantar lebih pun tak apa) untuk dibedah semasa bengkel (samada pernah tersiar atau tak).

Untuk permohonan penyertaan, sila hubungi saya, fahd_razy@yahoo.co.uk. HANYA 20 peserta sahaja, jadi pemilihan berdasarkan siapa cepat dia dapat (di samping, semestinya, kesungguhan berkarya).

Harap maklum

Berikut merupakan tentatif bengkel

5Ogos (Selasa)

10-12.30 tengah hari: Ketibaan dan pendaftaran
2.30-4.30 petang: Pendaftaran/ taklimat/ suai kenal/ Ucapan
8.30-10.30 malam: Pembedahan karya

6 Ogos (Rabu)

8.00-10.00 pagi: Pendedahan kelemahan karya
10.30-12.30 t/hari: Mengatasi kelemahan karya
2.30-4.30 petang: Petua penghasilan karya terbaik
8.30-10.30 malam: Pengisian ilmu penulisan Karya Cerpen

7 Ogos (Khamis)
8.00-10.00 pagi: Puitika Sastra Melayu
10.30-12.30 tengahari: Motivasi diri/ Penilaian
2.30-4.30 petang: Ucapan penutup/ sijil/ bersurai

Catatan: Buat pengetahuan semua ahli IPEM, kita semua telahpun secara tak rasmi menjadi ahli GKLN setelah menyertai IPEM, tapi untuk menjadi ahli secara rasmi, anda hendaklah menghantar biodata lengkap kepada pihak GKLN di puisieire@yahoo.com Kepada yang berminat mahupun yang tidak, silalah menghantar biodata anda kepada emel yang telah dinyatakan supaya anda tidak tercicir dari sebarang aktiviti GKLN yang akan datang.

4 thoughts on “Bengkel Penulisan

  1. Masih ada banyak tempat lagi. Jomlah daftar. Kalau tak ada cerpen baru, boleh saja ambil cerpen2 lama. Tak kisahlah yang dah tersiar ke, belum ke, pernah hantar sayembara ke, dan sebagainya…Asalkan boleh dibincangkan, kaji baik buruknya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s