Sayembara puisi dan cerpen berunsur Islam



Sempena Minggu Penghayatan Islam (MPI)

Anjuran IPEM (Ikatan Penulis Mahasiswa Malaysia di Indonesia) dengan kerjasama PKPMI

Syarat-syarat :


1. Terbuka kepada semua ahli IPEM dan PKPMI.

2. Setiap karya yang dihantar hendaklah bersesuaian serta mencerminkan kemurnian agama Islam itu sendiri.

3. Cerpen hendaklah tidak kurang 1200 patah perkataan dan tidak lebih 2500 patah perkataan. Setiap puisi tidak lebih dari 2 mukasurat.

4. Hasil karya hendaklah asli ( bukan saduran atau terjemahan) , belum pernah tersiar atau diterbitkan di mana-mana media cetak dan belum pernah menyertai sebarang peraduan lain. Sekiranya karya tersebut pernah disiarkan di blog, diharapkan dapat menarik balik sajak tersebut dari blog sebelum keputusan diumumkan.

5. Setiap peserta bebas menghantar bilangan cerpen/puisi namun hanya satu hadiah sahaja layak dimenangi oleh setiap peserta. Hadiah ditawarkan untuk tempat Pertama, Kedua, dan Ketiga untuk masing-masing genre.

6. Setiap karya yang dihantar tidak akan dipulangkan dan pihak penganjur berhak menyiarkan karya tersebut (di majalah Polaroid, blog IPEM atau PKPMI) tanpa perlu izin rasmi penulis, namun hak cipta karya tetap di tangan penulis.

7. Emailkan karya anda dan sertakan nama, angkatan dan nombor telefon ke ipem.makassar@gmail.com dengan subjek email dimulai dengan tulisan ‘MPI’ dan diikuti oleh genre dan judul karya anda.
Contoh : MPI – Puisi – Gerimis di Palestin.

8. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Desember 2008 (jam 2400).

9. Terma dan syarat tertakluk pada pindaan.

6 thoughts on “Sayembara puisi dan cerpen berunsur Islam

  1. Assalamualaikum.. saya ada beberapa cadangan:

    1- karya yang menang dlm pertandingan-pertandingan yg dianjurkan ipem, dikumpul dan dibukukan. malah mungkin boleh disiarkan juga karya yang tidak menang,(tp terpilih utk disiarkan), ia boleh memberi galakan kpd mereka untuk terus menulis dan berkarya..
    Dan, untuk sama-sama belajar, mungkin boleh adakan ruangan komen atau ulasan (tentang tema, persoalan, gaya bahasa, teknik penceritaan, dsb) untuk setiap karya yang dibukukan itu.

    2- atau kalau tak dpt dibukukan karya yang tidak menang tersebut, disebabkan kekangan tertentu (ruang terhad, or bajet ke etc), mungkin ia boleh disiarkan di web ini.

    ok, sekian dahulu dari saya pada saat ini =) sekadar cadangan😉 nanti kalau ada apa2 cadangan lagi saya bagitahu.
    wassalam.

  2. Waalaykummussalam wbt,

    Terima kasih di atas cadangan anda, alfalfa🙂

    Insya-Allah, kami akan menimbangnya dengan sebaik mungkin. Berkongsi karya sesama ahli sememangnya adalah satu penghargaan baik kepada penulis mahupun pembaca. As what people say, sharing is caring rite😉

    Dan proses pembukuan adalah satu perkara yang menarik untuk diadakan!

    Wallahualam.

  3. GKLN akan membukukan karya2 peserta dari sayembara puisi Islami GKLN 2008. Kalau ada karya yang baik dari sayembara IPEM ini, bagus juga dibukukan.
    Terus menggalakkan penulisan

  4. InsyaALlah, sokongan dari GKLN begitu menggalakkan. Hehe.

    Ada banyak channel untuk kita kongsi karya.
    Di Makassar, ada PKPMI Digest dan Polaroid.
    🙂

    Wallahualam.

  5. Salam
    Kalau mahu dimuatkan dalam antologi puisi GKLN sama (mcm bahasa bumi tmpoh hari, dimuatkan sama sayembara dari morocco), nanti emelkan saya karya2 yang menang dan karya2 peserta yang lain (wpun tak menang). Boleh saya hantar pada penyelenggara utk pilih karya yang sesuai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s