Keranamu GAZA


KERANAMU GAZA

(korban segala rasa)

Keranamu Gaza
Antara Danone dan Kit Kat
Akan kupilih puasa

Keranamu Gaza
Antara Nescafe dan Coca Cola
Akan kupilih dahaga

Keranamu Gaza
Antara Loreal dan Johnson & Johnson
Akan kupilih luka

Keranamu Gaza
Antara CK dan Boss
Akan kupilih kedana

Keranamu Gaza
Antara M & S dan Carrefour
Akan kupilih buta

3 Januari 2009 (12.20 am)
Playford Road, London.

‘Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.’ [ Muhammad:7 ]

6 thoughts on “Keranamu GAZA

  1. Keranamu Gaza,
    Antara Starbucks, McDonald’s, dan Danone,
    Akan kutahan lapar dahaga.

    Keranamu Gaza
    Antara Nokia,Siemens, dan Motorola
    Akan kupilih surat biasa atau YM sahaja.

    Keranamu Gaza
    Antara IBM dan Intel,
    Akan kupilih mesin taip yang lama.

    Keranamu Gaza,
    Antara Maybelline dan Revlon,
    Bedak sejuk warisan lebih kurela.

    *_*

  2. …”mencegah diri dari menyumbang kepada pengukuhan ekonomi kaum yang zalim, adalah justifikasi minima kepada mengapa boikot ada tempatnya di dalam reaksi kita terhadap tragedi di bumi Palestin. Besar atau kecil, statistik diperlukan untuk menghimpunkan kesan. Tetapi apa yang pasti, menolak produk yang ’sikit-sikit lama-lama jadi bukit’ milik kaum yang zalim, adalah suatu proses Tarbiyah ke atas diri kita… yang sedang berada di jalan pulang kepada asolah Islam.”

    Artikel from;
    Abu Saif: Kecelaruan Prasangka Yang Tidak Kena Masa
    http://saifulislam.com/?p=4483#more-4483

  3. 1.5 juta rakyat Palestin bukan hanya terkepung oleh rejim Zionis,tetapi terkepung oleh negara-negara Arab yang bisu dan bacul….

  4. Salam

    Kita semua berperanan, kecil atau besar, semuanya akan dinilai di padang mahsyar kelak.

    Petikan dialog dalam novel Alchemist karangan Paulo Coelho, “No matter what he does, every one on earth plays a central role in the history of the world. And normally he doesn’t know it…”

    Palestinian people play their part and we must play our roles as great muslim no matter where we’re on this earth, for absolutely Allah knows!

    Wallahu’alam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s