Menambat Bakti


3181259375_546c4e97c8_o

Menambat Bakti

Sesudah demikian lama dicintai
sukarlah dilupakan

Inti pengalaman, kepedihan
akar kerinduan keresahan

Memang begitu banyak
diperlukan kekuatan
ke pangkalan batin, rakit ditambatkan
bara kenangan dikuatkan

Akhirnya tak terduga, kekuatan membuak sendiri
dan disedari, semua takkan sampai ke dasar inti

Tiadalah lagi bezanya
sama ada hilangnya kemudian
atau tenggelamnya sekarang

Tiadalah juga bezanya
jika ia langsung tak datang
atau tiba-tiba terkorban

Kepiluan yang berlanjut akhirnya
ditenterami keyakinan
betapa dielak pun takdir
tetap terbuka pintunya

bertanya manusia engkau ini sebenar-benarnya siapa…

A Samad Said
Mac 1985

3 thoughts on “Menambat Bakti

  1. “…jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”

    -from: iluvislam.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s