Puasa Dalam Perubatan


Memasuki bulan Rejab, menapaki bulan Sya’aban, menghampiri bulan Ramadhan, bulan yang dirindui semua. Hari-hari di mana ummat Islam berpesta ibadah di sela-sela puasa yang penuh berkah. Tapi, sejauh mana kita menghargai puasa itu sendiri?

 

Puasa sering dianggap sama dengan melaparkan diri atau sekadar menahan diri untuk tidak makan. Sehingga timbul pengertian bahawa puasa boleh dijadikan satu cara menurunkan berat badan. Padahal puasa sebenarnya merupakan proses detoksifikasi total dan holistik bagi tubuh (proses pengeluaran zat-zat bersifat toksin atau racun dari dalam tubuh). Hakikatnya penurunan berat badan hanyalah efek samping dari puasa. Itu pun hanya dapat dicapai jika hakikat puasa diterapkan dengan betul.

 

Selama berabad-abad puasa telah dijalankan oleh manusia sebagai ibadah dalam agama dan terapi penyembuhan paling tua dalam sejarah perubatan manusia. Ada juga referensi yang mengatakan puasa biasa dilakukan manusia purba untuk mengasah kesaktian dan ketajaman batin.

 

Ilmuan dan tokoh terkenal masa lalu seperti Socrates, Hippocrates, Galen, Plato dan Pythagoras juga melakukan puasa untuk kesihatan dan menajamkan daya fikir mereka. Bahkan dunia perubatan Barat pun kini banyak menerapkan terapi puasa sebagai alternatif penyembuhan. Mereka akhirnya menyedari bahawa puasa merupakan mata rantai yang hilang dari pola makan Barat selama ini.

 

Setiap manusia pada dasarnya memerlukan puasa. Dan sesungguhnya puasa itu adalah kurniaan Allah s.w.t untuk kebaikan manusia. Manfaatnya diperoleh oleh manusia jua akhirnya. Sayangnya, ramai yang belum dapat menghayati hakikat puasa. Selama berjam-jam puasa mereka menahan lapar dan dahaga, tapi sebaik sahaja berbuka mereka mengisi perut secara berlebihan seperti takut kehabisan makanan. Bukan itu sahaja, ada yang menggunakan waktu sepanjang hari puasa untuk tidur sahaja sampailah dekat waktu berbuka. Apa yang kita dapat dari habit seperti ini? Bukan sahaja hilang manfaatnya, malah mendapat tambahan penyakit dan berat badan.

 

Setiap hari kita mandi untuk membersihkan tubuh. Setiap hari juga kita membersihkan rumah agar lingkungan kita sihat dan segar. Namun bagaimana dengan kebersihan bahagian dalam tubuh kita? Kebanyakan orang memang lebih peduli pada penampilan luar daripada kebersihan dalaman. Secara alami, usus besar memang tempat najis dan kotoran, sehingga wajar saja kita menganggap bahagian dalam tubuh tidak harus bersih total. Namun tahukah anda bahawa hal ini akan menjadi tidak wajar apabila fungsi pembuangan mulai tidak mampu mengantisipasi jumlah kotoran yang terbentuk?

 

Tubuh kita sudah melakukan detoksifikasi secara teratur seperti buang air kecil atau buang air besar. Tetapi proses ini adakala tidak memadai, terutama jika jumlah toksin yang terbentuk lebih banyak daripada yang dapat dikeluarkan. Setiap hari kita berhadapan dengan polusi udara, stres berat, asap rokok, sinar UV, radiasi, konsumsi ubat-ubatan dan banyak lagi hal-hal yang membentuk toksin dalam tubuh. Semuanya memberikan kontribusi pada perkembangan berpuluh penyakit degeneratif kronik akibat toksin, apalagi diperburuk dengan radikal bebas oksigen dalan badan. Kerana itu, detoksifikasi mental juga penting sehingga tubuh kita memerlukan puasa. Hanya dengan berpuasa kita dapat melakukan detoksifikasi atau pembersihan pada bahagian tubuh secara holistik.

 

Pernahkah kita berpuasa seperti kita sangat memerlukannya?

 

Memasuki bulan Rejab, menapaki bulan Sya’aban, menghampiri bulan Ramadhan. Tidakkah anda mahu sekali lagi menghayati amalan yang saban tahun kita ulangi?

 

Selamat berpuasa dari kami, IPEM sekeluarga…

  

Love,

Halaa Burhanuddin,

IPEM Makassar.

 

NOTE: Rujukan buku “Food Combining” oleh Andang W. Gunawan dan “What Your Doctor Doesn’t Know About Nutritional Medicine” oleh Ray D. Strand, MD.

One thought on “Puasa Dalam Perubatan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s