TETAPLAH SEMANGAT UNTUK MENULIS


pencil

Sekadar berkongsi………

 

  • KUALA LUMPUR 17 Julai – Bekas peguam, Nisah Haron, 36, yang memenangi tempat pertama kategori cerpen Hadiah Sastera Berunsur Islam Ke-12 hari ini mendedahkan kesanggupannya meninggalkan profesion guaman untuk membolehkannya menghasilkan karya-karya sastera. Menurut Nisah, beliau meninggalkan profesion peguam pada 2006 selepas lapan tahun berkecimpung dalam bidang itu bagi membolehkannya menumpukan kepada minat menulis cerpen, esei dan novel. “Sebagai bekas peguam dan mengetahui undang-undang, saya terapkan ilmu dan pengalaman itu dalam karya-karya saya,” katanya ketika ditemui selepas dinobat pemenang hadiah tersebut di sini hari ini.

(Petikan berita Utusan Malaysia 18 Julai 2009)

             Satu inspirasi bagi mereka yang tidak mempunyai profesion dalam bidang penulisan tetapi ingin menulis.

 

  • Tidak ada sekolah khusus di dunia ini untuk menjadi seorang penulis. Semuanya bermula dari minat dan kerja keras.

 

  • Kunci untuk menjadi penulis ialah menulis, menulis dan menulis!

 

  • Jika mahu menghasilkan sebuah penulisan yang benar-benar baik, kita mungkin perlu melewati proses menghasilkan 100 penulisan yang kurang baik terlebih dahulu.

 

  • Menulis ibarat mencampur warna. Jika kita mempunyai banyak warna, kita mampu menghasilkan warna kita sendiri.

 

  • Anda tidak suka memulai menulis, bukan tidak suka menulis. Tiada orang yang tidak suka menulis.

 

  • Idea atau inspirasi yang tidak kunjung datang ketika bersenang-senang bermakna perlulah dicari kesibukan.

 

  • Bagi yang suka menunda-nunda untuk menulis, mulailah menulis hari ini walaupun hanya satu ayat dihasilkan dalam sehari. Tahun hadapan kita akan mempunyai 365 ayat!

 

  • Tulisan-tulisan yang sulit atau gagal untuk dilanjutkan janganlah dibuang. Siapa tahu anda mungkin memerlukannya suatu hari nanti. 

 

  • Anda tidak akan mampu melakukan inovasi apapun jika anda tidak rela untuk gagal.

 

  • Setiap orang adalah sebuah novel, cuma kita tidak yang tidak mahu menulis tentang diri kita.

 

 (Olahan/kutipan dari Aktiviti Bedah Buku Laskar Pelangi Anjuran IPEM dan buku Mengatasi 25 Hambatan Menulis)

6 thoughts on “TETAPLAH SEMANGAT UNTUK MENULIS

  1. hoho…lupa lak nak tulis nama. sesungguhnya posting itu lebih ditujukan utk diri sendiri….
    -rUq-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s