Pesanan Pengarah JPMI


Assalamualaikum & salam perpaduan…

Seterusnya, berikut merupakan pesanan yang di keluarkan oleh Pengarah JPMI, Dr Junaidy berkenaan dengan isu yang berlaku akhir-akhir ini & keselamatan semua pelajar Malaysia di sini…

Salam kepada semua pimpinan dan ahli PKPMI serta Kelab UMNO,

1. Sekarang media di Indonesia sedang memainkan isu-isu tentang tarian pendet dan lain-lain isu lama. Sedikit sebanyak telah mempengaruhi rakyatnya dan juga para mahasiswa Indonesia. Setakat ini ada 2 demontrasi dianjurkan oleh mahasiswa Indonesia, iaitu di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dan di Fakultas Kedokteran di UGM, Jogjakarta

2. Sebagai langkah berjaga-jaga, semua mahasiswa di nasihatkan agar:

  • · Melaporkan segera kepada saya atau pegawai kedutaan jika ada demontrasi ditempat pelajar
  • · Menjauhi daripada kumpulan yang mengadakan demontrasi dan jangan sekali-kali membuat provokasi terhadap mereka
  • · Jangan terlibat dalam penulisan atau memberi komen-komen dalam mana-mana halaman blog, facebook atau email. Jangan sekali-kali menulis surat-surat layang kepada mana-mana akhbar di Indonesia atau di Malaysia. Para pelajar harus mendapatkan maklumat terus daripada saya sekiranya ada pemasalahan
  • · Mengelakkan daripada mengadakan program outdoor kecuali mendapat kelulusan JPMI
  • · Pemimpin pelajar perlu berjumpa dengan Dekan atau Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar) setiap masa untuk meminta bantuan sekiranya perlu. Pihak JPMI juga berhubung dengan mereka
  • · Sekiranya diancam dan dalam keadaan bahaya, laporkan segera kepada saya atau pegawai kedutaan dan juga kepada pegawai Universiti dan polis setempat

3. Pemimpin PKPMI dan Kelab UMNO harus mempunyai data lengakap ahli-ahli masing-masing seperti no HP dan lokasi tempat tinggal ahli-ahli. Setiap tempat tinggal ahli, perlu ada wakil yang boleh dihubungi pada setiap masa

4. Sekiranya ada pemasalahan, sila berhubung dengan saya di no HP 081808811111 atau Pak Azman (Warden) +6287877023257

Sila maklumkan kepada semua ahli PKPMI dan Kelab UMNO…

Dr Junaidy Abu Bakar
Pengarah
Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia (MSD)
Kedutaan Besar di Indonesia
Jakarta. Indonesia.
+62 81 80 88 11111

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s