Sayembara Cerpen & Puisi Berunsur Islam IPEM 1431H


SYARAT PENYERTAAN

1) Sayembara ini terbuka kepada semua pelajar Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di Universitas Hasanuddin. [wajib penyertaan untuk batch 2007, 2008 dan 2009 & digalakkan untuk batch 2006, 2005, 2004 etc]

2) Setiap karya yang dihantar hendaklah bersesuaian serta mencerminkan kemurnian agama Islam itu sendiri. Tiada tema khusus ditetapkan, tetapi cerpen yang berkisarkan permulaan dan pembaharuan amat digalakkan. Karya-karya boleh menyentuh mana-mana aspek perjuangan menegakkan syiar Islam, dakwah dan tarbiyah, kritikan sosial dan sikap umat silam, isu-isu semasa dunia Islam, kocak politik dan ekonomi negara-negara Islam, keamanan/ kezaliman khususnya yang melanda negara-negara Islam seperti Iraq, Palestin, dan sebagainya, sejarah-sejarah Islam, ketamadunan kerajaan-kerajaan Islam silam, dan lain-lain yang bersesuaian, perkembangan/ harapan terhadap kemajuan umat Islam di masa hadapan, aspek sains dan teknologi yang membabitkan umat Islam, dan lain-lain aspek yang berkaitan.

3) Karya anda mestilah dihasilkan dalam BAHASA MALAYSIA.

4) Setiap peserta bebas menghantar bilangan karya namun hanya satu hadiah sahaja layak dimenangi oleh setiap peserta. Hadiah ditawarkan untuk tempat Pertama, Kedua, dan Ketiga bagi setiap genre cerpen dan puisi.

5) Keputusan akan diumumkan pada Malam Sambutan Awal Muharam PKPMI pada 18 Des 2009 beserta dengan penyampaian hadiah. Deklamasi puisi yang terbaik turut diadakan.

6) Cerpen hendaklah tidak kurang 1200 patah perkataan dan tidak lebih 2500 patah perkataan. Puisi hendaklah tidak melebihi 1 muka surat.

7) Hasil karya hendaklah asli (bukan saduran atau terjemahan), belum pernah tersiar atau diterbitkan di mana-mana media cetak dan belum pernah menyertai sebarang peraduan lain. Sekiranya karya tersebut pernah disiarkan di blog, diharap dapat menarik balik cerpen tersebut dari blog sebelum keputusan diumumkan.

8) Setiap karya yang dihantar tidak akan dipulangkan dan pihak penganjur berhak menyiarkan karya tersebut (di buletin, majalah, weblog dan yahoogroups IPEM) tanpa perlu izin rasmi penulis, namun hak cipta karya tetap di tangan penulis.

9) Terma dan syarat tertakluk pada pindaan. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 16 Desember 2009.

10) Hantarkan penyertaan anda berserta nama, nama pena (jika ada), emel, dan jurusan serta no telefon anda kepada wakil AJK IPEM di bawah:

Ruqnuddin ’07 – 085656217414
Nabil Fahmi ’07 – 085656316345
Firdaus Musa ’06 – 085823147092
Iman ’05 – 085756740061
Halaa ’05 – 081355155585
Azzahra ’06 – 081944331323
Maisarah ’06 – 085757339669
Khadijah ’06 – 085696092381

Atau anda boleh emelkan kepada ipem.makassar@gmail.com

Serlahkan bakat anda!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s