Antara Laxadine Syrup dan Supposutoria


Suatu malam di Hospital Labuang Baji, seorang pelajar perubatan berjalan malas ke wad Baji Kamase 2, melihat ke dalamnya, suasana sepi. Hanya kedengaran suara pesakit mengerang kecil, ada yang sesak nafas tak dapat tidur. Semuanya permandangan biasa bagi si pelajar, apa lagi mata sudah mengantuk, tugas ini ingin cepat-cepat diselesaikan.

Dia datang kepada seorang pesakit dengan suspect penyakit Limfoma Maligna untuk melakukan follow-up tanda-tanda vitalnya. Seperti biasa dia meminta izin kepada pesakit dan isterinya yang setia menjaga di sisi untuk melakukan pemeriksaan. Pasien yang sedang menahan kesakitan mengangguk pasrah kerana sejak kemarin lagi beliau diperiksa setiap satu jam. Setelah selesai memeriksa tekanan darah, nadi, pernafasan dan suhu pesakit, tiba-tiba isteri pesakit bertanya:

Isteri pesakit : Doktor, tadi saya disuruh beli ubat ni… (sambil menunjukkan preskripsi ubat bertulis Laxadine syrup).

Pelajar perubatan : Ooo, ni pencahar makcik, untuk lancarkan buang air. Kan pakcik (pesakit) tak buang air besar sejak 2 hari lepas, kena minum ubat ni supaya senang keluar.

Isteri pesakit : Ya doktor. Tapi tadi saya pergi farmasi, harganya Rp25,000(=RM10). Boleh tak saya beli bentuk pil yang masuk dalam punggung?

Pelajar perubatan : Ooh, yang supposutoria? Kan doktor dah preskripsikan ubat minum. Sama je kandungannya.

Isteri pesakit : Kalau sama, saya beli yang supposutoria jela doktor ye…

Pelajar perubatan : Pakcik tak boleh minum ke? Sakit ye kalau menelan?

Isteri pesakit : Eh, boleh je doktor.

Pelajar perubatan: Ha kalau macam tu lebih baik beli yang syrup. Lagi untung, boleh pakai lama. Kalau supposutoria sekali pakai je.

Isteri pesakit : Takpela satu kali pun takpe, daripada takde. Kalau bentuk pil tu Rp9,000(=Rp3) je. Kalau yang syrup Rp25,000, saya tak cukup duit.

Pelajar perubatan : (terdiam)

Isteri pesakit : Takpelah doktor, saya pun ingat nak keluar dah esok. Duit cukup-cukup untuk balik je. Saya kena balik sambung keje untuk cari duit, dah takde orang lain dah.

Pelajar perubatan: Anak makcik?

Isteri pesakit: Anak makcik pun sakit jugak. Sejak kemalangan aritu, dah tak boleh buat keje sangat dah.

Pelajar perubatan: Emm… makcik tunggulah dulu sehari dua lagi ye. Lagipun pakcik kan nak dibiopsi, nak pastikan penyakit die. Lepas tu kena berubat makcik, tak boleh biar je…

Isteri pesakit: Takpe doktor. Pakcik pun dah elok sikit semenjak masuk sini. Saya ingat nak balik keje untuk kumpul duit dulu. Nanti kalau dah ade duit saya datang lagi… kalau umur pakcik panjang… (diam sebentar). InsyaAllah…

Pelajar perubatan: InsyaAllah…

Isteri pesakit: Jadi saya beli yang bentuk pil je doktor ye? Kena tukar preskripsi ke doktor?

Pelajar perubatan: Takpe, esok saya bagitau doktor supaya tukar ye. Lagipun dah malam, farmasi mesti dah tutup. Makcik sabar ye…

Isteri pesakit : Terima kasih doktor… (tersenyum)

Pelajar perubatan itu berfikir panjang setelah keluar dari wad tersebut. “Duit makcik tu tak sampai Rp25,000. Astaghfirullah… sudah susah, diberi lagi dugaan sakit yang berat. Sesungguhnya Allah tahu mana hambanya yang kuat bersabar. Dan wallahu’alam, aku rasa aku tak sekuat itu…”.

Malam yang biasa-biasa itu mengetuk hati pintu si bakal doktor yang selama ini selalu menganggap enteng kisah hidup para pesakit. Hatinya yang membeku dek dinginnya angin malam dicairkan oleh wajah hangat si ibu tua.

-IMAN NAILAH 2009-

3 thoughts on “Antara Laxadine Syrup dan Supposutoria

  1. subahanallah..

    hal2 seperti ini yang mungkin tidak ada ditempat2 lain. selalu lah mencari kemuliaan disebalik kedukaan, pasti ada pelajaran yang disisipkan Tuhan

  2. subhnallah. agaknya kalau wang rakyat yg termakan dek korupsi tu dgunakan utk biaya pesakit2 yg menderita sakit teruk/ terminal illness..1 indonesia boleh tampung agaknye yea iman. hurm.

  3. @yazid: buang yang keruh ambil yg jernih…

    @ummi zara: betul3… rindukan keharmonian spt di zaman kegemilangan Islam yg tak dpt ditemukan org miskin dan susah kerana semua berlumba2 memberi dan berkongsi…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s