ULASAN BUKU: NABI SULAIMAN DAN BURUNG HUDHUD


 

 

    Ketika berlegar-legar di sebuah kedai buku, timbul idea untuk mencari buku dengan himpunan kisah-kisah pendek dan ringkas. Setelah membelek beberapa buah buku, petikan kisah Nabi Sulaiman dan burung Hudhud yang tertera di belakang sebuah buku menarik perhatian saya. Disebabkan ingin menyingkap kisah-kisah lain antara Nabi Sulaiman dan burung Hudhud, keputusan diambil untuk memiliki naskah yang berbalut kemas ini. Setelah habis membaca kisah pertama tentang Nabi Sulaiman dan burung Hudhud, saya sedikit terkejut dan keliru dengan kisah kedua yang bertajuk Nabi Idris dan Malaikat Izrail As. Lanjut pula dengan kisah ketiga tentang Nabi Ibrahim Khalilullah. Saya beranggapan bahawa buku ini hanya menyajikan kisah-kisah antara Nabi Sulaiman dan burung Hudhud, ternyata saya silap! Walau bagaimanapun, alang-alang sudah menyeluk pekasam, bacaan diteruskan juga selama beberapa hari sehinggalah tamat kisah yang terakhir.

    ”Berbasis Kisah-kisah Nyata Islam”. Itu adalah antara kata-kata yang tercatat pada kulit buku ini. Tercatat juga kata-kata “Pengasah SQ, EQ dan IQ anak-anak anda dengan metode kisah yang unik, menarik dan kaya hikmah”. Buku Nabi Sulaiman dan Burung Hudhud hasil karya Imam Ahmad Ibnu Nizar ini tampil dengan 350 halaman. Buku ini dibahagikan kepada enam bahagian. Bahagian-bahagian tersebut adalah Persiapan Bekal Masa Depan, Jejak-jejak Sang Sufi, Amal-amal Hati, Kisah-kisah Kehidupan, Prinsip-prinsip Dalam Kehidupan dan Untaian Kalam Hikmah. Sebanyak 117 kisah silam islamik diceritakan di dalam buku ini.

    Kisah-kisah singkat yang dimuatkan di dalam buku ini mengandungi pelbagai pengajaran. Walaupun buku ini menggunakan medium bahasa Indonesia, kisah-kisah yang disampaikan mudah untuk difahami. Hikmah atau isi tersirat dari kisah-kisah di dalam buku ini juga tidak sukar untuk direnungi dan dihayati. Walau bagaimanapun, saya berpendapat buku ini tidak sesuai diberi judul “Nabi Sulaiman dan Burung Hudhud”. Ianya seolah-olah menggambarkan buku ini hanya mengisahkan tentang Nabi Sulaiman dan Hudhud sedangkan terdapat banyak lagi kisah-kisah lain di dalam buku ini. Walaupun pada awalnya saya terkeliru dengan inti utama buku ini, saya tetap berpendapat bahawa buku ini berbaloi untuk dimiliki. Bagi anda yang hanya ingin membaca kisah-kisah Nabi Sulaiman dan Hudhud, ini bukanlah buku yang anda cari!

 

Moral of the story:

     Kepada pemilik-pemilik kedai buku, lain kali letaklah sampel buku yang tidak berbalut, senang pembaca hendak selak-selak.
    Kepada pembaca/pembeli buku, jangan sesekali merobek plastik yang membalut buku tanpa izin……

10 thoughts on “ULASAN BUKU: NABI SULAIMAN DAN BURUNG HUDHUD

  1. Gramedia biasanya sediakan buku2 sampel. Kalau kedai2 kecil stok x byk so sayang walaupun just satu buku rosak.
    Nak tanye, cerita2 dalam buku ni banyak yang common atau uncommon? Common tu mcm cerita2 yg dh slalu kite dgr sejak kecil..
    Btw thx Ruq for the review🙂

  2. Hoho…buku ni dibeli di graha media, m’tos.
    Yang bagusnya, byk cerita2 ‘uncommon’ dalam buku ni….sesuai utk golongan yg slalu/suka baca kisah2 pendek.
    Most welcome Miss President…..

  3. la…mesti la dah beli. kalau tak beli tak keluar la ulasan ni. bleh je nak pinjam, jemput la dtg umah. hehe…

  4. yela2, time meeting nanti la bawa. insyaAllah meeting dlm next week, kena confirm dgn presiden balik la nanti.

  5. Sori, lambat respon..
    ha, pinjam jangan tak pinjam pastu sy pulak ye ruq!
    ok, rancang nk meeting this week. akak free ke kalo malam rabu ni (28 april)?

  6. salam tuan pengarang,
    saya sedang mencari buku sirah nabi sulaiman yg sahih dan lengkap kerana saya sedang mengkaji asal usul freemasonry. apakah tuan boleh membelinya utk saya jika saya kirimkan wang?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s