Doktor Diktator


“Kenapa doktor zaman sekarang perlu menjelaskan semua informasi kepada pesakit?”

Pertanyaan doktor forensik tersebut membuat aku ternganga. “Kalau zaman dulu tak payah ke?”

Hubungan doktor-pesakit telah berevolusi seiring masa. Seabad lalu pesakit menganggap doktor sebagai tuhan. Tak lama setelah itu Paternalistic method diterapkan; seperti hubungan ayah dan anak di mana si anak harus menuruti segala perintah sang ayah dengan kepercayaan bahawa keputusan ayah sentiasa terbaik.

Beberapa dekad terakhir, informasi adalah segalanya. Kenapa?

1. Pesakit semakin cerdas, mereka mahu membuat pertimbangan dan keputusan sendiri.
2. Pesakit tidak percaya lagi kepada doktor.
3. Doktor tidak mampu lagi untuk membuat keputusan terbaik.
4. Tumbuhnya undang-undang yang tidak berpihak kepada sistem kesihatan.

Semua di atas benar, namun menurut doktor forensik tersebut, penyebab utama adalah dari doktor itu sendiri.

Doktor sekarang tidak sama lagi dengan doktor sejati di zaman dulu. Kenapa?

1. Dulu, sangat sukar untuk menjadi seorang doktor. Maka setiap mahasiswa yang memilih perubatan sebagai kerjaya akan berfikir masak-masak dan benar-benar bersungguh untuk menjadi doktor yang baik.
2. Dulu, doktor sedar fungsi mereka adalah mengubati dan merawat. Sekarang niat kebanyakan doktor selalu melencong ke arah material.
3. Dulu, mereka yang masuk ke jurusan perubatan benar-benar layak dan terpilih untuk belajar ilmu perubatan. Sekarang siapa saja boleh menjadi doktor.

Kita beri satu contoh. Seorang pesakit kanser payudara dianjurkan untuk menjalani operasi untuk membuang benjolan pada dadanya. Seorang doktor harus menjelaskan pilihan-pilihanpembedahan yang ada, kelebihan dan kekurangan setiap satunya dan hasil akhir dari setiap pilihan.
Dengan memberikan penjelasan, pesakit dapat menilai adakah doktor tersebut benar-benar tahu tentang penyakit tersebut, doktor dapat berkomunikasi dengan pesakit dan mengetahui keadaan dan kemahuan pesakit dan menyesuaikan dengan pilihan operasinya nanti.

Kita melihat hubungan demokrasi doktor-pesakit ini memang yang terbaik untuk masa ini, namun kenapa dulu teknik paternalistik sempat diterima dengan baik? Malah sekarang cara ini masih digunakan sesetengah doktor. Ini kerana seorang doktor bertanggungjawab memilih yang terbaik buat pesakitnya tanpa melihat status sosial, kemampuan dan kecenderungan finansial doktor sendiri. Cuma tidak semua melaksanakan kewajiban ini.

Sekarang doktor cenderung melayan pesakit seperti klien atau pelanggan produk. Sesungguhnya hubungan peniaga-klien dengan doktor-pesakit merupakan dua hubungan yang berbeza.

Peniaga boleh memberikan mutu perkhidmatan bersesuaian dengan bayaran yang diberikan klien. Doktor tidak. Apakah pesakit kaya atau miskin, perkhidmatan harus sama rata.
Peniaga boleh menutup kedainya bila masa saja dia mahu dan menolak memberikan khidmatnya. Doktor tidak. Tak kira waktu dan keadaan, bila seorang pesakit memerlukan bantuan, dia harus menghulurkan segala kemampuannya.

Boleh dikatakan bahawa paternalistic method ini masih applicable jika seorang doktor itu benar-benar menjalankan amanah yang telah diberikan dengan jujur. Doktor boleh saja jadi diktator, selagi mana dia adalah doktor yang baik dan mempunyai ilmu. Semahir apapun seorang doktor berbicara, kalau tidak ada ilmu di dada, untuk apa komunikasi?

-IMAN NAILAH 2010-

2 thoughts on “Doktor Diktator

  1. Setuju dgn apa yg diutarakan…..
    Walau bagaimanapun, masih ada beberapa ‘AutoCorrect’ & istilah yg boleh diperbaiki….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s