Kenapa 1Malaysia?


Pertanyaan seorang ahli IPEM membuatkan saya terpanggil untuk menulis entry kali ini. Terima kasih kepada ahli tersebut kerana berinisiatif mencari penjelasan tentang program 1Malaysia ini.

Kempen 1Malaysia sedang giat dijalankan dengan promosi, pengenalan dan pendedahan tentang konsep tersebut. Berderet pertandingan dianjurkan, dari fotografi sampailah  deklamasi puisi. Semua persatuan dan kelab turun padang menjayakan program besar-besaran ini. Namun sepertinya para ahli masih bingung. Apa semua kehebohan ini?

Sejak satu tahun terakhir, IPEM telah merintis idea untuk melaksanakan suatu program bertujuan mengumpulkan ahli komuniti Malaysia di Makassar duduk bersama dalam satu majlis dan menikmati keindahan sastera, sekaligus menyampaikan mesej tentang perpaduan dan kesatuan. IPEM melihat ada sesuatu yang boleh kami sumbangkan kepada komuniti selain mencoret kata-kata indah di hujung pena.

Kenapa 1Malaysia?

1. Matlamat utama program adalah perpaduan, di antara semua kaum, semua peringkat umur, semua agama dan semua peringkat umur (yang biasanya dipisahkan oleh penggolongan ‘batch’). Kami melihat 1Malaysia sangat menepati dasar tersebut, malah sebagai rakyat Malaysia yang prihatin kita haruslah menyahut seruan positif pemimpin negara.

2. Menyampaikan 1Malaysia dalam bentuk sastera kelihatan bertepatan dan saling menunjang, di mana sastera adalah warisan Malaysia yang sangat bernilai dan dapat membentuk rasa penghargaan sebagai rakyat Malaysia. Dengan kembali kepada adat dan budaya nenek moyang kita, kita akan sedar bahawa asal kita sama.

3. 1Malaysia menerapkan 8 nilai positif yang harus ada pada seluruh rakyat Malaysia demi membentuk negara yang lebih cemerlang. Nilai-nilai ini sebaiknya dipupuk dari awal agar apabila kita pulang ke Malaysia, kita dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia dengan baik, sekaligus menyumbang kepada pembangunan nusa.

Dengan kerjasama dan sokongan dari persatuan dan kelab lain di Makassar ini, maka terbentuklah kempen 1Malaysia yang sudah bermula 13 Mei 2010 dan berlangsung selama dua minggu sehingga malam kemuncaknya pada 5 Jun 2010 nanti.

Kami sangat berharap komuniti pelajar Malaysia di Makassar ini akan memberikan sokongan kepada kempen ini demi impak positif di masa hadapan. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau cadangan, silakan menghubungi kami melalui email, blog atau group di facebook.

-IMAN NAILAH 2010-

One thought on “Kenapa 1Malaysia?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s