Menyelusuri Jejak-jejak Akhir Madrasah Ramadhan


Kelebihan berpuasa menurut kajian perubatan:

  1. Mendidik jiwa supaya bertakwa kepada Allah ketika sunyi dan jelas kerana tiada yang memerhati ke atas yang berpuasa kecuali Tuhan-Nya.
  2. Puasa dapat memecahkan gelora nafsu dan mengurangi kesan dan penguasaannya terhadap diri, sehingga manusia memperoleh ketenangan fisiologi yang stabil. Misalnya, apabila kita berasa lapar atau dahaga yang sangat dan mencium bau makanan yang menyelerakan, terbayang pada pandangannya keinginan kepada air dan kelazatannya, lalu menahan diri daripada memakan makanan dengan benteng keimanan dan ketakwaan kepada Tuhan, sehingga merealisasikan makna ketakwaan.
  3. Mencetuskan perasaan belas kasihan, halus dan sensitif yang mendorong kepada pengorbanan dan sifat pemurah. Bila kita lapar, teringatlah kita kepada mereka yang lebih susah dan dan serba tiada. Kita akan lebih bersyukur dan tidak banyak mengeluh.
  4. Membiasakan diri dengan disiplin dalam kehidupan dengan menegaskan kemahuan antara dua waktu; sahur dan berbuka puasa. Kita dapat ,embentuk kekuatan spiritual dengan menanamkan sabar dalam melawan nafsu, menjadikan kita pejuang yang berjihad melawan diri sendiri. Bukankan itu jihad terhebat?
  5. Memperbaharui kekuatan diri dan menjadikan badan sihat dengan mengurangi makan, merehatkan organ pencernaan dan menghindari perkara memudaratkan seperti tidur dan berbicara berlebihan.

Allah s.w.t berfirman:

Bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” –Al-Baqarah : 183-

Sumber: Diubahsuai dari Al-Quran dan Sains oleh Dr. Hj. Jamnul Azhar b Hj. Mulkan

Bonus:

Soalan: Apa hukumnya ubat titis hidung, telinga dan mata bagi orang yang berpuasa:

Jawapan:

Bila obat titis hidung sampai ke perut maka membatalkan puasa, sebagaimana yang diterangkan dalam hadith Laqith bin Shabrah manakala Nabi s.a.w bersabda kepadanya;

“Bersungguh-sungguhlah kamu dalam menghirup air ke dalam lubang hidung kecuali apabila kamu sedang berpuasa.”  –H.R Abu Daud, Tirmidzi, Nasa’I dan Ibnu Majah.

Manakala ubat titis mata, celak mata dan ubat titis telinga tidak membatalkan puasa kerana tidak ada dalil yang menerangkannya sebagai pembatal puasa.

Sumber: Umat Bertanya Ulama Menjawab oleh Shaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s