Bingkisan Teladan Umar Abdul Aziz


Khalifah Umar Ibnu Abdul Aziz merupakan seorang khalifah dari Bani Umayyah yang terkenal adil dan bijaksana. Dia menaiki takhta pada tahun 99 Hijrah atau 717 Masihi bagi menggantikan Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik. Dia adalah dari keturunan Sayidina Umar Al-Khattab.

Selepas upacara perlantikan khalifah baru, dia merasa sungguh keletihan. Oleh itu dia berhasrat untuk tidur sebentar sambil menunggu waktu solat Zuhur.

Sebaik sahaja dia membaringkan tubuhnya, tiba-tiba anaknya Abdul Malik datang menemuinya dan berkata, “Ada orang mahu berjumpa, ayah.”

“Aku ingin tidur sebentar, selepas solat Zujur akan aku terima sesiapa saja yang ingin menemuiku,” minta Khalifah.

Maka Abdul Malik pun berkata, “Ayah, siapakah yang dapt menjamin bahawa ayah akan dapat hidup sehingga waktu Zuhur?”


“Astaghfirullah…” Khalifah tersedar dari kesilapannya. Dia segera bangun dari tempat tidurnya. “Aku beruntung kerana mempunyai anak yang selalu membantuku dalam menegakkan ajaran agama,” katanya sambil memeluk anaknya itu. Kemudian Khalifah pergi ke balai penghadapan untuk menjalankan tugasnya.

(Dipetik dari ‘87 Kisah-kisah Teladan’  susunan: Ummu Juwairiah)

Benarlah ada pepatah mengatakan  bahawa kita boleh mengira sudah berapa lama kita hidup di dunia ini namun mampukah kita mengetahui dan menghitung berapa lama pula waktu yang tersisa sebelum ajal menjemput. Jadi mengapa harus kita perlengahkan sesetengah perkara sedangkan kita tidak pasti adakah kita sempat melakukannya atau tidak. Tidak menghargai masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.

Pentingnya juga kita supaya sentiasa duduk di lingkungan atau orang sekeliling yang selalu mengingatkan kita ketika lalai kerana pastinya iman manusia itu ada tinggi rendahnya. Iman itu sentiasa dimusuhi nafsu penggoda dan syaitan penghasut diri. Demikian jadilah seperti mereka yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan iman dan taqwa seperti dalam surah di bawah:

Apa khabar iman hari ini?

2 thoughts on “Bingkisan Teladan Umar Abdul Aziz

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s