Keajaiban Dunia~Kenali Kekasih Allah


Sempena Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal 1432 Hijrah, ingin kami ucapkan Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia. Di kesempatan ini, kami ceritakan sebahagian peristiwa awal kelahiran Rasulullah S.A.W yang merupakan rasul terakhir utusan Allah menyampaikan risalah Islam dengan kalam Al-Quran serta penampilan Baginda. Semoga apa yang disampaikan bermanfaat.

Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal 1432 Hijrah

Pada kelahiran Baginda S.A.W:

Bondanya Aminah menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari hingga ke Istana Busra di Syria. Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.

Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa. Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan,

“Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik.”

Pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan. Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata,

“Telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.”

Di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

Api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan.

Pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah.

Kecantikan Rasulullah S.A.W:

Dari Bara’ r.a katanya: Rasulullah S.A.W adalah orang yang paling elok mukanya dan amat baik perawakannya. Baginda tidak tinggi dan tidak juga rendah.

Sifat-sifat kecantikan baginda  diillusikan melalui pertuturan dan riwayat para sahabat dan tabi’in. Para sahabat yang sentiasa bersamanya sentiasa meneliti bentuk tubuh tokoh kesayangannya secara terperinci. Antaranya:

*Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah. Aku melihat cahaya memancar dari lidahnya.

*Seandainya kamu melihat Rasulullah S.A.W, kamu akan merasa seolah-olah sedang melihat matahari terbit.

*Aku pernah melihat Rasulullah S.A.W di bawah sinaran bulan. Aku bandingkan wajahnya dengan bulan, akhirnya aku sedari bahawa Rasulullah S.A.W jauh lebih cantik daripada sinaran bulan.

*Rasulullah S.A.W seumpama matahari yang bersinar. Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah S.A.W.

*Apabila Rasulullah S.A.W berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama dan dari situ kami mengetahui yang baginda sedang gembira.

*Kali pertama memandangnya, sudah tentu kamu akan terpesona.

*Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

*Wajahnya seperti bulan purnama.

*Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.

*Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.

*Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

*Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.

*Mulut baginda sederhana luas dan cantik.

*Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

*Apabila berkata-kata cahaya kelihatan memancar dari giginya.

*Janggutnya penuh dan tebal menawan.

*Rambutnya sedikit ikal.

*Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi.

*Rambutnya terbelah di tengah.

*Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa.

*Seimbang antara kedua bahunya.

*Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya , jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik.

*Aku tidak pernah menyentuh sebarang sutera yang tipis mahupun tebal yang lebih lembut daripada tapak tangan Rasulullah S.A.W.

*Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi, di tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

*Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran antara coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.

*Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan.

*Warna kulitnya putih tapi sihat.

*Kulitnya putih lagi bercahaya.

*Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.

*Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.

*Badannya cenderung kepada tinggi. Semasa berada di kalangan orang ramai, baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka.

*Sekalipun baginda miskin dan lapar tapi tubuhnya lebih gagah dan sihat daripada orang yang cukup makan.Aku tidak pernah melihat seorang lelaki yang lebih gagah dan berani daripada Rasulullah S.A.W.

Kesimpulannya Baginda adalah manusia yang paling sempurna perwatakannya sehingga Saidina Hassan bin Thabit r.a  yang merupakan penyair Baginda mengungkapkan kata-katanya:

“Engkau tercipta bebas dari segala kecacatan;

Seolah-olah engkau dicipta menurut apa yang engkau mahukan!”


Penampilan Rasulullah S.A.W:

Rasulullah S.A.W memakai pakaian seadanya. Kebanyakan pakaiannya berwarna putih, dan Baginda bersabda, “Pakailah pakaian putih dan kafanillah orang-orang yang mati diantara kamu dengannya.”

Rasulullah memakai kopiah dibawah serbannya kadang-kadang Baginda melepaskan kopiahnya dari kepalanya, lalu meletakkannya sebagai pembatas di hadapannya ketika Baginda hendak menunaikan solat.

Apabila memakai pakaian, Rasulullah S.A.W melakukannya dari sebelah kanan terlebih dahulu sambil mengucapkan, “Segala puji bagi Allah yang telah memberi pakaian kepadaku yang dengannya aku menutup auratku dan berhias dihadapan manusia.”

Ketika melepaskan pakaiannya, Baginda memulainya sebelah kiri.

Apabila Rasulullah S.A.W menoleh, akan menoleh dengan semua badannya, kemudian pandangannya sering tunduk ke bumi, kelihatan Rasulullah lebih banyak melihat ke arah bumi daripada melihat ke atas langit, jarang baginda memerhatikan sesuatu dengan terlalu lama, selalu berjalan beriringan dengan sahabat-sahabatnya dan selalu memulakan salam kepada siapa yang ditemuinya.

Apabila Rasulullah S.A.W  berjalan pula, dan apabila diangkat kakinya maka diangkatnya dengan lembut (tidak seperti jalannya orang menyombongkan diri), melangkah satu-satu dan perlahan-lahan, tapi setiap langkahan adalah panjang-panjang seperti orang yang melangkah di atas jurang.

Rasullullah S.A.W adalah seorang yang pendiam, tidak banyak cakap kecuali bila ada keperluan, atau hal penting, dan memulakan bicara dengan lemah lembut, kata-katanya penuh hikmah, satu-satu kalimatnya, tidak berlebih-lebihan atau berkurang-kurangan, kadang kadang mengulang percakapan sebanyak 3 kali.

Rasulullah S.A.W tidak terlalu kasar atau menghina diri, senantiasa membesarkan nikmat walaupun kecil, tidak pernah mencela nikmat apa pun atau terlalu memujinya, tiada seorang dapat meredakan marahnya, apabila sesuatu dari kebenaran dihinakan sehingga dia dapat membelanya.

Di waktu marah, baginda Rasullullah S.A.W  terus berpaling dari arah yang menyebabkan ia marah, dan bila baginda gembira, dipejamkan matanya, kebanyakan ketawanya ialah dengan tersenyum, dan bila baginda ketawa, baginda ketawa seperti embun yang dingin.

 

~Kerana cinta kepada Rasulullah beerti cinta kepada Allah~

Sumber: amalan-harian.blogspot.com, sunnahrasullah.blogspot.com

One thought on “Keajaiban Dunia~Kenali Kekasih Allah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s