Hari yang panas…


Hari yang panas terik berserta habuk, debu berterbangan membuatku semakin rimas. Kelajuan motosikal aku tingkatkan, sungguh aku tidak tahan panas pada hari ini, “luar biasa” bisikku di dalam hati.

Fikiranku melayang ke rumah, membayangkan air yang sejuk, bersama air cond yang mendinginkan.

“arghh, cepat la sampai rumah”

Pecutanku terkendala sebentar dek kerana lampu isyarat merah dan aku hampir-hampir melanggar kanak-kanak melintas.

“astaghfirullahalazim”

Hati kecilku beristighfar. Hanya kerana panas dunia, kesabaranku hari ini seolah-olah ditelan sang matahari.

Sementara menunggu lampu hijau kembali, aku terus beristighfar dan berdoa agar dijauhkan dari marabahaya dalam perjalananku ini.

Pandangan mataku menangkap aksi beberapa kanak-kanak yang hampir dilanggarku tadi. Kelihatan si kakak mengendong adik kecilnya di belakang, bersama dua orang lagi adik yang masih kecil. Ya, ku kira mereka adalah adik beradik dari perlakuan sesama  mereka.

Mereka mendekati kereta-kereta yang berhenti menunggu lampu isyarat, bertepuk-tepuk tangan sambil menyanyi, dengan harapan mendapatkan sedikit wang dari pemandu tersebut.

Ada yang memberi , ada yang segera menutup cermin kereta menghalau pergi.

“yeay! Hooray!” terpancar kegembiraan di wajah masing-masing bila seribu rupiah bertukar tangan.

“pin!pin!pin!”

Kedengaran pula hon dibunyikan tanda lampu isyarat sudah hijau. Lamunanku terhenti, lalu ku teruskan perjalanan. Membunyikan hon sudah menjadi kebiasaan di sini.

Aku pernah terbaca sebuah artikel mengatakan bahawa kajian menunjukkan rakyat India menggunakan hon untuk satu bulan sama kerap nya dengan penduduk Eropah menggunakan hon untuk satu tahun. Mungkin Indonesia juga begitu.

Mindaku kembali menggambarkan wajah anak-anak kecil tadi seolah-olah satu scene flash back sedang dimainkan di kotak fikiranku.

Pelbagai persoalan bergantian muncul.

“dimanakah ibu dan ayah mereka?”

“apakah mereka benar-benar orang susah? Atau hanya lakonan?”

“berapakah yang boleh diperoleh dengan hanya sekadar bernyanyi di tepi jalan?”

“sampai bila mereka akan berterusan menjadi pengemis?”

Aku membayangkan jika aku adalah mereka.

Aku yakin aku tak kan mampu tertawa gembira, tersenyum riang dalam keadaan begitu.

Baju yang compang-camping, muka yang comot, tangan yang kotor. Walau aku bukanlah orang berada, tetapi aku tidak pernah merasa susah nya kehidupan sampai begitu sekali.

Bertuahnya aku. Bertuahnya kita.

Dilahirkan dalam keluarga yang sederhana, cukup makan minum, pakaian, tempat tinggal terjaga.

Aku bertanya pada diriku ini..

“nikmat yang manakah yang kamu dustakan?”

Aku tahu aku tidak sekuat mereka, kelihatan gembira di luar, di dalam hati bergelora.

Sewaktu aku sebaya mereka, aku ketawa girang bermain bersama kawan-kawan, menikmati zaman kanak-kanak dengan penuh keseronokan. Mungkin tidak pernah terlintas di fikiranku, aku perlu mencari wang untuk meneruskan kehidupan saat itu.

Dengan sedar tak sedar, aku sudah di perkarangan rumah. Mataku menilau melihat keselesaan yang kumiliki, yang jauh lebih selesa jika dibandingkan dengan tinggal di tepi jalan.

Aku bukanlah orang kaya, yang mampu menghulurkan duit yang banyak untukmu adik-adik berjiwa kental, ku kirimkan doa buatmu, agar kau terus tabah menghadapi rintangan hidup di tanah airmu, agar pemimpinmu bersifat adil terhadapmu, membahagiakanmu.

Gelak tawamu masih ku mampu bayangkan hingga ke saat ini. Ada sesuatu yang menarik bagiku, walau biasa bagi yang lain. Aku juga tidak tahu kenapa kau betul-betul membuatku tertarik.

Yang ku tau,

Engkau miskin dengan harta, tetapi kaya dengan jiwa. Ku ingin setabahmu.

p/s: gambar sekadar hiasan🙂

2 thoughts on “Hari yang panas…

  1. trkesan dgn prkataan trakhir🙂 Engkau miskin dengan harta, tetapi kaya dengan jiwa. Ku ingin setabahmu… Mudah-mudahan Allah kurniakan kta ketabahan yg sma walau musibah yg brbeza. “Panas pd pemulanya, dingin pd akhirnya”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s