Pahitnya jalan yang ku lalui


Dikala aku perasan diri sibuk, aku tak tahu nak tulis apa, tiba-tiba jumpa pengalaman ni, selamat membaca dan menghayati.

Aku dulu punya pengalaman sangat teruk malah aku tak mampu lupakan pengalaman-pengalaman hitam aku dulu, pengalaman hidup di zaman Jahiliyah. Namun aku bersyukur sekarang kerana Allah sudah bukakan jalan yang lurus seluas-luasnya untuk aku dan teman-temanku yang telah nampak jalan ini. Aku bersyukur kepada Allah kerana aku masih diberi peluang untuk tebus segala kesalahan aku kat dunia ni, aku masih diberi peluang oleh Allah untuk bersyukur atas segala rezeki yang sudah dikurniakan kepadaku. Semoga hidayah dan jalan yang aku sedang lalui ini dapat aku lalui sampai nyawa hilang dari jasad ini.

Aku memilih jalan ini bukan kerana jalan ini senang, bukan juga kerana jalan ini seronok, namun hakikatnya jalan yang nampak lurus ini penuh dengan liku-likunya yang tersendiri, penuh dengan tangisan dan penuh dengan kekecewaan. Namun pahitnya cuma di dunia tetapi Allah janjikan manisnya di Syurga malah ada yang Allah telah beri kemanisan itu di dunia lagi, betapa bertuahnya menjadi hambaNya yang bersyukur. Jalan-jalan yang aku tempuhi dulu penuh hasutan dunia – perempuan, harta, pangkat, akademik dan teman-teman sekepala-. Kesemua perkara-perkara ini membawa aku hanyut terus menerus walaupun sebenarnya Allah telah mengetuk aku beberapa kali dengan beberapa tragedi, namun dek larut dengan hasutan dunia, larut dek kegembiraan berpesta bersama syaitan, dek kesenangan hidup di dunia yang penuh tipu nista aku terus larut bergembira bersama-sama syaitan durjana, namun hakikatnya hatiku penuh kegelisahan dan tiada ketenangan.

Namun, berbeza kini, jalan yang ku lalui, tidak ku nafikan ku masih temukan- perempuan, harta, pangkat, akademik dan teman-teman sekepala, namun perempuan yang kutemui memberi ketenangan bagiku, memberi inspirasi kerana pakaian mereka pakaian ahli syurga, bicara mereka susah diminta, dan nasihat mereka sentiasa mengingatkan ku terus berada di jalan ini sampai ke destinasinya. Harta dan pangkat masih aku perolehi, namun harta yang ada digunakan untuk bersedekah, infak, dan urusan-urusan dakwah, ini membuatkan lebih keberkatan terjadi dalam hidupku dan benarlah kata Allah bahawa akan aku gandakan rezekinya orang-orang yang bersedekah dengan ikhlas semata-mata kerana Allah, kerana dulu aku lupa bersedekah, aku simpan duit banyak-banyak buat beli ‘top up’ call awek, nak belanja awek, dapat duit nak beli HP baru, harta aku habis dengan tanpa perkara-perkara berfaedah, nauzubillah. Seterusnya pangkat juga masih aku perolehi, namun pangkat yang aku perolehi mengajar aku lebih merendah diri kerana pada seorang pemimpin itu banyak tanggungjawab dan andai tanggungjawab itu tidak dipenuhi dosa besar seorang pemimpin itu, kerana dulu aku punya pangkat kerana ingin jadi popular, ingin digilai ramai gadis-gadis, ingin memberitahu semua orang bahawa ” I’m the best among the best ” namun sekarang andai tanpa pangkat, tanpa nama akan aku perjuangkan medan dakwah ini seperti Panglima Khalid Al-Walid yang mana ketika dilucutkan jawatan sebagai panglima oleh Saidina Umar Al-Khattab masih mampu terus berjuang persis sama ketika beliau menjadi ketua panglima perang, maka ditanya oleh orang ramai, dan di jawab dengan penuh semangat bahawa beliau berperang bukan kerana khalifah atau ingin semata-mata disanjung namanya dalam sejarah tetapi adalah semata-mata kerana Allah S.W.T. Begitu juga yang aku mahukan dari sekarang, aku ingin berjuang berhabisan-habisan kerana Allah dan syahid di jalan ini.

Dan seterusnya, dulu akademik yang sentiasa aku jaga walau apa pun posisi aku, kerana untuk mengejar dunia perlukan akademik yang hebat dan juga supaya semua orang tahu bahawa aku ni hebat, namun sekarang akademik adalah satu cabang dakwah bagiku, dan aku ingin sekali menjadi ahli ilmu kerana musuh-musuh Islam takut dengan cendekiawan-cendekiawan Islam yang hebat dan masih mampu berada di jalan ini dan dulu aku punya teman-teman sekepala, hanya ketawa bersama dan hakikatnya sekarang teman-teman yang ku miliki lebih lembut, boleh ketawa bersama dan boleh menangis bersama dan yang terpenting teman yang ingin bersama denganku meniti haruman syurga dan mencari syahid.

Dulu ketika aku sayang semua orang yang aku kenal dan sayang perempuan-perempuan terutamanya kerana dunia, ramai yang menjadi downline ku dan ramai yang bersedia bersama-sama denganku, namun ketika aku sayang mereka kerana Allah namun hilang semuanya sekali yang sisa hanyalah mereka yang dulu aku hina, yang dulu aku tak pandang, yang dulu perasaan mereka aku remehkan, kerana lebih kepada perempuan semata-mata, mereka inilah yang menjadi akar dan batang pokok bagi dahan yang rapuh seperti aku sekarang.

Hina sungguh diri aku ini yang hakikatnya penuh bergelumang dosa, penuh dengan titik-titik hitam. Adakalanya ketika di jalan ini aku rasa tidak mampu kerana teringat dosa-dosa silam yang menghantui namun ketika mengingat ibrah dari seorang khalifah bernama Saidina Umar Al-Khattab yang dari seorang samseng namun telah lembut hatinya dan telah larut dirinya dalam kenikmatan Islam aku menjadi semangat dan biarlah Allah yang tetntukan segala kekurangan aku, yang hanya perlu aku buat adalah terus dan terus berjuang di jalanNya sehingga darah menitis membawa roh ku keluar dari jasadnya, dan selagi keringat ini tidak kering selagi itulah akan aku terus di jalan ini.

Buat semua sahabat-sahabatku yang berada di jalan ini, jalan ini penuh kepahitan, penuh liku-liku, penuh cemuhan, malah jangan engkau merasa hairan ketika mana orang yang kau pernah sayang sepenuh hati akan lebih mencemuh kau dan menjadi musuh kau sekarang, namun ketahuilah jalan yang pahit di dunia pastinya manis di sana, semoga Allah sahaja yang mampu membalas jasa-jasa kamu di dunia. Dan jika dulu anda ada awek atau pakwe yang anda sayang sepenuh jiwa dan raga (chewah), yang anda pernah katakan “you la isteri / suami I dunia akhirat”, yang pernah anda habiskan harta-harta anda padanya, dan yang penting hubungan anda dan dia terlarang di sisi Islam (couple) namun sekarang bersama-sama dengan anda sebagai yang halal di jalan ini, bergembiralah dan bergembiralah juga ketika yang mana ketika yang anda sayang sepenuh jiwa dan raga itu menolak anda ketika sayang anda kepadanya hanyalah semata-mata kerana Allah dan ingin berubah dari jahiliyah dan anda ingin bersamanya, namun anda ditolak, dihina, dimarah dan dibenci, maka bergembiralah anda juga kerana Allah sedang merancang memberi anda insan yang lebih baik yang mana lebih diberkati dan janganlah kita bersedih kerana ada kadang-kadang diantara kita sedih kerana awek / pakwenya yang disayang bertahun-tahun dan dah rancang ingin menikah namun putus ketika mana hatinya sudah terpaut di jalan ini merasa sedih yang melampau sampai kadang-kadang mengembalikan dirinya ke lembah yang hina semula, namun bertuahlah anda kerana jika mereka menjadi pasangan anda dan mereka tak paham sampai selepas menikah mungkin akan menyebabkan terjadinya keruntuhan rumah tangga dan bergembiralah dengan rancangan Allah kerana Allah tahu yang terbaik buat hambanya.

copy paste dari curahan hati seorang teman..=)

p/s : teruslah berada di jalan ini walaupun anda dah rasa cukup limit dengan hinaan, cacian, makian, marah..Kerana Allah maha tahu segalanya, dan Allah akan sentiasa menolong hambanya yang berada di jalanNya.

Pedang_Jawa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s