Bila sayang kerana Allah


Open your heart for truly Islam

Awan hitam seakan membentuk kepulan asap di langit.

“Kat langit dah mendung, tunggu nak hujan je. Mana Sofea ni, tak balik-balik lagi,” keluh Diyana sendirian sambil memerhati kelibat jirannya yang tergesa-gesa mengangkat kain jemuran di luar rumah. Belum pun sempat Diyana melabuhkan punggung di sofa ruang tamu, kedengaran…

…Dum! Dum! pintu diketuk dari luar.

“Assalamualaikum. Yana cepat buka pintu, saya basah kuyup ni!,” minta Sofea menggigil sejuk.

“Waalaikumussalam, kejap.” Balas Diyana sambil selak pintu dibuka perlahan.

“Kau pergi mana sampai basah kuyup ni, kat sini belum pun hujan lagi?” tanya Diyana kehairanan.

“Tadi saya di Masjid Kampus ada usrah dengan Murabbi. Dekat kampus bukan main lagi hujan lebat, tup.. tup.. sampai sini gerimis je,” ulas Sofea dengan senyuman.

Diyana mengerutkan dahi sambil menghulurkan tangannya meminta sesuatu.

“Alamak! Maaf Yana, saya lupa nak beli topup masa nak balik sini tadi sebab baju dah basah. Ingat nak cepat sampai rumah je. Sorry eh.” Sofea memujuk Diyana sambil mengukir senyuman lebar di mukanya. Diyana mencebik lalu menaiki tangga rumah masuk ke kamar tidurnya.

Dalam hati kecil itu bukanlah marah cuma merajuk kerana Sofea lupa akan pesanannya. Dia memasang headphone ke telinga lalu melakukan tugasan kuliah di meja. Sesekali dia turut menyanyi mengikuti rentak alunan muzik itu.

Selang satu jam. Di luar jendela jelas kelihatan hujan turun mencurah-curah tanpa henti. Sofea mengetuk pintu kamar, “Err.. Yana, jom makan. Saya masak sup ayam ni. Hurm… sedap kalau makan panas-panas waktu hujan.”

Dengan pantas Diyana membalas, “Ok! I’ll be right there.” Seakan rajuknya tadi itu hilang bersama deruan air hujan jatuh melenyapkan segala bunyi.

Waaahhh… Bestnya kau masak sup, sejuk-sejuk ni yang best. Sepatutnya aku yang masak untuk kau, ni terbalik pulak,” teringat Diyana akan kelakuannya tadi yang mencebikkan mulut tanda tidak sopan.

“Tak kisahlah siapa masak untuk siapa. Yang penting sekarang dah ada. Jom makan jom! Eh, kejap meh saya baca doa dulu.” Balas Sofea dengan nada gembira.

Diyana mengenggam sendok sambil mencedok sup, lantas dia memulakan pertanyaan, “Aku nak tanya kau sesuatu ni Sofea, kenapa sejak akhir-akhir ni aku lihat kau asyik pulang lewat je. Terutama kalau hari Khamis. Kalau hari Jumaat dengan Sabtu pula, aku jarang nampak kau selalu kat rumah ni dan aku tengok kau dah lain sikit je. Kenapa?” Sifat ingin tahunya semakin membuak-buak setelah dia meluahkan segala pertanyaannya itu.

“Oh, kan dah nak ujian Final sem, saya balik lewat tu sebab saya study dekat library. Kalau hari Khamis tu, sebab saya ada usrah di Masjid Kampus. Saya baru saja join usrah tu, kira masih baru lagi. Hari Jumaat dan Sabtu saya ada riadah dengan mutarrabi dan murrabbi usrah tu. Hurm.. awak nampak saya lain? Lain macam mana tu? Rasa macam sama je.” Sofea tenang sambil menuangkan teh kosong kedalam gelas kawannya itu.

Diyana memandang tepat kearah kawannya dengan rasa belum puas akan jawapan yang diberikan. Dia membalas, “Apa maksud murabbi dan muttarabbi tu? Aku tak faham la. Yelah, maksud aku kau dah lain tu macam gaya luaran kau sekarang. Aku tengok gaya kau pakai tudung lain. Dah tak selimpang situ selimpang sini. Kemudian kau cakap dengan aku pun dah ber-awak saya. Banyak juga kau beli buku. Setahu aku, kau ni bukan seorang penggemar buku-buku novel atau buku-buku tebal tu. Kau memang dah lain.” Tegas Diyana lagi.

“Sebenarnya saya tak lain la, saya  masih lagi Sofea Nadirah yang awak kenal dulu. Kita masih kawan baikkan? Cuma hati saya ni nak berubah. Berubah untuk jadi lebih baik dari dulu. Kenapa kita perlu memandang ke tepi, kanan dan kiri kalau jalan yang kita nak tuju tu adalah lurus. Kenapa kita harus ikut jalan yang bercabang padahal jalan yang mudah tu hanyalah straight je.” Pandangan Sofea beralih ke arah Diyana.

Hairan. Bertambah kerut lagi dahi Diyana menandakan pertanyaannya itu semakin membingungkan dengan jawapan yang dia sendiri tidak tahu. “Aku pun nak berubah, tapi aku nak berubah atas sebab aku sendiri yang nak, bukan sebab orang lain. Kau belum jawab lagi apa maksud murabbi dan muttarabbi tu Sofea?”, Diyana tidak putus asa.

Hurm.. awak nak tahu ye? Kalau macam tu jom la ikut saya hari Khamis minggu depan? Jom la.” Pujuk Sofea. Diyana hanya mengangguk-angguk saja. Diletak mangkuk sup di atas meja sambil meneguk teh kosong perlahan-lahan. Fikirannya masih disarati jawapan yang diberikan Sofea tadi. Bagai melayang di awangan.

———————————————————–*————————————————-

Sofea Nadirah bersahabat baik dengan Diyana Malik sejak mereka sama-sama diterima masuk ke Universiti Malaysia Terengganu dengan jurusan Sarjana Muda Perakaunan. Mereka adalah seperti gadis kebanyakan dalam masyarakat. Menginginkan karier dan status keluarga yang berjaya demi masa depan. Itulah impian remaja masa kini. Impian bertukar menjadi matlamat hidup semata. Amal ibadah? Ya, sekadar melakukan yang wajib. Namun di hati Sofea terbit rasa inginkan ketenangan yang abadi sedangkan dia tidak ada masalah dalam pelajaran mahupun keluarga serta kawan-kawan. Terdetik bahawa hati ini seolah-olah kosong umpama gerhana bulan. Cahayanya malap kerana dilindungi bumi dari bayangan matahari. Bumi ibarat dunia. Dunia yang memagari si bulan supaya sentiasa terlindung dari cahaya matahari, sinar Illahi. Benarlah hidayah itu milik Allah. Dia kurniakan rahmat hidayah kepada Sofea sehingga tertarik untuk mengenal Islam sebenar-benarnya. Diyana pula seorang gadis lincah yang suka mengikuti perkembangan hiburan masa kini. Mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling dan perkembangan teknologi. Naif.

——————————————————–*—————————————————-

Tit..Tit.. Salam yana. Hari ni hari khamis, jom la datang masjid kampus. Saya tunggu awak tau. Pakai baju kurung pun cantik! Hihi.Diyana membaca mesej yang dikirim Sofea. Dia hanya mampu tersenyum.

Selang dua puluh minit. Kelibat Diyana kelihatan ayu mengenakan baju kurung merah jambu bersama tudung hitam yang dipin ke bawah. Dia pantas menuju ke arah Sofea langsung tangannya digenggam erat. Raut wajah Sofea menggambarkan dirinya yang begitu gembira dengan kehadiran Diyana. Bahagianya seorang sahabat.

Andai dunia bertemu penghujungnya,

Jangan pernah dicerai ukhuwwah,

Andai pena kehabisan tinta,

Jangan diberhenti mengkhabari warkah,

Andai diri sudah tidak punya upaya,

Jangan pula hanya berserah,

Kerana Allah mencintai hamba-Nya,

Yang tidak putus asa di jalan dakwah.

“Jom, masuk dalam. Semua orang dah tunggu awak tu. Ujar Sofea.

Hurm.. Aku takut, aku malu. Aku rasa dah lama sangat tak jejak kaki kat masjid kampus ni kalau bukan waktu first year dulu. Balas Diyana.

“Apa nak takut malunya? Betul la ni. Jom la masuk.” Sofea menggesa.

Mereka berdua duduk bersebelahan di bulatan gembira itu. Terus Kak Sakinah memulakan perbualan, “Adik berdua buka majlis dulu. Lepas tu boleh adik perkenalkan diri depan kawan-kawan.”

Seusai membaca ummul kitab Al-Fatihah, mata Diyana meliar-liar melihat sekelilingnya. Sofea kemudian menepuk tangan Diyana lalu dia memulakan bicaranya. “Saya Diyana Malik, saya jurusan akaun, batch 2009, sekarang tahun tiga. Akak pula?” Diyana memaling muka ke arah Kak Sakinah.

Pertanyaan Diyana menimbulkan ketawa kecil dalam bulatan gembira yang dihadiri tujuh orang gadis. Semuanya dari latar belakang yang berbeza. Bermula dari latar belakang keluarga, pendidikan dan aktiviti sosial mereka.

Kak Sakinah membalas dengan lirikan mata dan senyuman manisnya. Nama akak, Sakinah Habibah. Tahun empat, jurusan akaun juga. Akak asal Kedah. Allah beri akak peluang untuk berhijrah ke negeri yang cantik pantainya ini. Alhamdulillah.

“Akak, saya nak tanya apa maksud Murabbi dan Muttarabbi?” Pertanyaan Diyana memecah kicauan burung petang di Masjid Kampus itu. Setelah sekian lama.

Murrabbi tu adalah yang mendidik manakala muttarabbi itu adalah anak didik dan yang sesungguhnya, Murabbi kita adalah Rasulullah suri teladan sepanjang zaman. Kita tak dapat pun melihat dan kenal bagaimana Rasulullah, namun sampai sekarang semua umat Islam percaya kepada risalah yang dibawa baginda. Mereka beramal dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah sedangkan mereka hanya mendengar dan membaca sirah-sirah Rasulullah sahaja. Mereka berpegang teguh kepada dua tinggalan Rasulullah iaitu Quranul Karim dan sunnah baginda. Mereka inilah yang Rasulullah rindukan. Seorang manusia tidaklah sempurna ibarat seorang nabi, namun dia boleh jadi lebih baik dari sebelumnya jika dia berusaha. Dan murrabbi Rasulullah itu adalah Allah, Tuhan Sekalian Alam. Dan sesungguhnya, Dia lah Murrabbi kepada kita semua kerana dari-Nya kita hidup dan dari-Nya kita kita kembali.

Seusai Kak Sakinah bersama ta’aruf dan jawapannya maka disambung dengan ta’aruf ahli-ahli yang lain. Semuanya bersungguh-sungguh dan khusyuk mendengar walau ada antara mereka yang sudah kenal antara satu sama lain.

Tak kenal maka ta’aruflah. Ianya mengenai cinta Allah dan Rasul serta cinta seorang hamba. Itulah tajuk diskusi usrah petang itu. Kak Sakinah sangat pandai meletakkan tutur katanya dengan nada dan intonasi yang berbeza-beza dalam penyampaiannya. Dalam erti kata lain, ingin menarik hati-hati yang dambakan cinta Illahi sehingga betul-betul ingin memiliki cinta-Nya. Kemudian mengajak mereka berkenalan dengan akhlak dan ketinggian peribadi Rasulullah. Lengguk kata dan susunannya berjaya menawan hati Diyana.

Sesi diskusi usrah petang itu selesai kira-kira jam lima petang. Diyana mengajak Sofea untuk mengambil angin di tepi Pantai Teluk Ketapang sebentar. Sofea gembira malah begitu senang sekali dengan ajakan Diyana.

—————————————————–*——————————————————-

Angin sepoi-sepoi bahasa meniup ke arah tepian pantai. Dedaunan turut serta mengikut lambaian tiupan angin. Sesekali ia mendamaikan dan mengisi segala kekosongan yang ada dalam kedua hati kerdil ini. Keduanya diam sambil berpegangan tangan menikmati indahnya kurniaan Illahi. Rasa ingin diluahkan segala kebuntuan yang dicari mereka selama ini namun hati kerdil dua sahabat itu seolah-olah lebih bersyukur kerana Allah kurniakan sebuah persahabatan antara mereka. Bunyi kipas kapal terbang yang berpusing. Tayar diturunkan tanda untuk mendarat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, kira-kira 15 km dari pusat bandar Kuala Terengganu. Bingit.

"ana uhibbuki fillah"

“Diyana, tadi kak Sakinah ada cerita pasal salah satu sifat Rasulullah kan, sifat pemalunya. Malunya melebihi dari malunya seorang gadis pingitan. Maksudnya, Rasulullah itu lebih malu dari seorang anak dara yang bersendirian di rumahnya? Begitu bukan?” Pertanyaan Diyana memberhentikan kesepian.

“Betul la tu. Gadis pingitan yang susilanya dipelihara dan agamanya dimulia. Betapa mulianya Rasulullah sehingga dia menjadi kekasih Allah kan? Balas Sofea.

“Kalau macam tu, saya pun malu dengan Rasulullah, malu dengan Allah. Selama ini, saya hanya buat yang wajib je, tak pernah buat lebih. Pasal sirah Rasulullah hanya belajar waktu sekolah dulu je, apatah lagi nak kenal Allah. Semuanya banyak dah lupa. Saya rasa malu sangat nak kenal Rasul dengan Allah balik.” Keluh Diyana dengan nada yang sebak.

“Jangan macam tu Diyana. Allah sentiasa sayangkan hambanya yang sentiasa mengingatinya. Dan untuk kita berubah, Allah akan lebih dekat dengan kita. Innallah Ma’ana. Sesungguhnya Allah bersama kita. Segala apa yang kita ada sekarang ini adalah ujian buat kita. Sama ada kita bersyukur atau tidak. Sama juga dengan jalan pilihan kita, kalau Jalan Allah itu lurus, kenapa kita nak pilih yang bercabang? Kesemuanya adalah ujian buat kita. Dan insya-Allah, Allah dah bagi kita clue untuk lalu jalan Dia. Biarlah semua yang kita lakukan di bumi menjadi ibadah kepada Allah dalam rangka kita nak capai cinta Allah dan Rasul. Rasulullah juga berpesan pada umatnya selagi mana kita berpegang kepada Al-Quran dan sunnahnya, kita tidak akan sesat. Sebelum baginda wafat pun, perkataan terakhir yang Rasulullah sebut adalah ummati, ummati, ummati . Betapa baginda sangat rindu dan kasihkan umat akhir zamannya ini. Jadi kenapa kita harus malu untuk berubah sedangkan Allah tu Maha Pengampun dan Rasulullah pun merindui kita.” Balas Sofea yang gembira apabila tutur kata Diyana mula berubah sedikit demi sedikit.

“Tapi, awak kena bantu untuk saya lebih kenal Rasulullah dan nak kenal lagi Allah. Boleh kan?” Desak Diyana.

Insya-Allah. Kita akan sama-sama ikut jalan ini. Seorang kawan yang baik akan berada disamping kita bilamana kita susah bukan hanya sewaktu senang. Macam persahabatan Nabi Muhammad dengan Saidina Abu Bakar. Awak masih ingat lagi, dulu saya pernah cakap dekat awak yang saya nak jadi BFF (Best friend forever) awak sampai bila-bila bukan? Tapi tak bestla, saya nak jadi BFTJ baru best!” Sofea bersemangat.

“BFTJ tu apa?” Tanya Diyana rasa ingin tahu.

Best friend till Jannah!” Jawab Sofea dengan melebarkan senyuman di wajah cerianya.

“Eh, saya perasan kan awak ni dah pandai cakap Bahasa Arab ye. Kat mana awak belajar?” Tanya Diyana lagi.

Sofea ketawa kecil, “Tak ada la. Saya belajar dari buku je, itu pun sikit-sikit. Jom Yana teman saya pergi kedai muslimah dekat depan kampus tu. Ada jual tudung.”

“Kan awak dah ada banyak tudung, nak cari tudung apa lagi?” Diyana mengerutkan dahi.

“Kalau boleh, tudung yang lebih besar dari ini.” Balas Sofea dengan senyuman. Gembira. Bahagia.

Mereka berdua saling berpandangan. Kedua hati ini ibarat tersenyum lebar walau tidak tampak pada zahirnya. Dengan jiwa yang penuh rasa syukur, Sofea membisikkan pada nuraninya, “Rabbi-Rabbi, I’m yours.”


3 thoughts on “Bila sayang kerana Allah

  1. Semoga Sofea, Diyana dan Kalamwarkah sentiasa dalam rahmat Allah SWT, dan ditetapkan iman dalam agama ini. amin.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s