JALAN WANITA SOLEHAH…. :)


Tatkala melihat judul buku ini “Jalan Wanita Solehah”, rasa ingin tahu benar-benar menghambat diri ini,buku ini ku pinjam dari seorang temanku..semoga Allah meredhainya kerna telah melaksanakan tarbiyah ilmu biarpun sekadar meminjamkan buku ini,namun ku pasti rahmat Allah itu pasti mengiringi sahabatku dalam setiap patah perkataan yang meresapi sel-sel neuron akalku dan lebih besar lagi pabila setiap ilmu yang disampaikan dalam buku ini menjadi tamu istimewa hati yang sentiasa dahagakan cairan hempedu suci yang bernama ilmu bagi menyingkirkan bilirubin nafsu yang menjadi toksik kepada akal manusia…

Alhamdulillah..ku panjatkan rasa syukur ini kepada Pencipta Agung, Allah SWT kerna memberikan ku sedikit ruang waktu untuk berkongsi serba sedikit ilmu yang menjadi tamu hati ini…Terima kasih ku tidak terhingga buat penerbit dan penulis buku ini, Dr. Ramadan Abu Bakar Mahmud kerna tarbiyah ilmu yang disampaikan ini benar-benar berguna untuk kaum Hawa hari ini yang semakin hari semakin leka dengan buaian dunia yang menjanjikan kemenangan palsu…

Pasti sahabat-sahabat muslimah ku ingin sekali mengetahui kandungan buku ini..pasti sekali kita ingin mencari keredhaan Allah sebagai bekalan hari akhirat kelak kerna kita tidak pasti bilakah Malaikat Maut itu datang menjemput kita..bahkan kita juga tidak tahu bilakah Kiamat itu akan berlaku..Subhanallah..semoga Allah memberi kita waktu untuk memperbaiki diri ini, agar Firdausi itu milik kita bersama..InsyaAllah..

Antara lembaran tarbiyah yang memberi peringatan kepada hati ini ialah kisah kesungguhan wanita pada zaman Rasulullah SAW dan para sahabat yang bersungguh-sungguh melakukan ibadah pada malam hari. Mereka sentiasa menyibukkan diri mereka dengan ibadah malam (Qiyamul Lail) agar diri mereka tidak hanyut diulik mimpi syaitan. Mereka berdiri di hadapan penciptanya dengan penuh keikhlasan dan rasa cinta padaNya,dengan hati dan seluruh anggota bermunajat padaNya dengan alunan zikir di bibir, solat dan bacaan al-Quran.

Malam hari merupakan kehidupan para soleh dan solehah sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

”Kamu wajib beribadah malam, kerana itu merupakan kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu. Sesungguhnya Qiyamul Lail merupakan bentuk taqarub kpd Allah, menghindar drp dosa, penghapusan kesalahan dan menghalau penyakit dr tubuh.”

Oleh yg demikian, wanita yg solehah sangat senang pabila datang malam hari kerana malam itu mendekatkan mereka kepada kekasih mereka yg Maha Esa, iaitu Allah SWT.

”Malam hari telah tiba, gelap-gelita telah menyelimuti, setiap kekasih pergi kepada kekasihnya. Kesunyianku dengan-Mu! Wahai Kekasih, agar Engkau dapat menyelamatkan aku dari api neraka”- Fatimah binti Mikdar yang sering berpuasa di siang hari dan Qiyamul Lail di malam hari.
Malam itu mengingatkan wanita solehah akan lamanya terbaring di dalam kubur, adakalanya berada di taman syurga atau di dasar neraka. Dengan demikian, mereka benar-benar menyukai malam kerna dapat merasakan kenikmatan di sana yang kekal abadi.

Wanita yang solehah itu sangat takut dan risau jika mereka terhalang dari melaksanakan ibadahnya. Habibah al-Adawiyah, pabila tibanya Isya’, beliau segera naik ke bumbung rumahnya, kemudian mengetatkan baju dan selendangnya. Lalu berkata: ”Ya Tuhanku! Bintang telah bersinar, mata telah tertidur, pintu-pintu istana telah tertutup, namun pintuMu tetap terbuka. Setiap kekasih berduaan dengan kekasihnya. Inilah tempatku berada di hadapanMu.”

Tatkala tiba waktu sahur, beliau berkata: ”Ya Allah! Malam ini telah berlalu, siang akan tiba. Aku berharap, apakah Engkau mempertemukan malam kepadaku, sehingga aku dapat merasa senang, atau Engkau menghalangnya dariku, sehingga aku merasa berduka.”

Demikianlah yang dilakukan wanita muslimah solehah yang perlu diteladani oleh wanita muslimah hari ini tatkala kita semua hanyut dengan arus kemodenan yang menjanjikan kebahagiaan dunia semata-mata, seharusnya kemodenan itu diselit dengan nilai-nilai tarbiyah yang tinggi agar nilai ketamadunan Islam itu tidak luntur dalam masyarakat Islam hari ini.

”Kemuliaan seorang muslim itu adalah Qiyamul Lail” ~ al-Habib Mustafa

Tingkah laku para sahabat dan wanita solehah di zaman Rasulullah telah memberi pengajaran berharga kepada orang-orang yang tidur. Tatkala wanita-wanita solehah itu mengingatkan mereka akan lamanya terbaring di dalam kubur, yang mana di alam barzakh sana terdapat pelbagai perkara luar biasa yang berlaku berdasarkan perbuatan manusia di dunia. Barangsiapa yg lama terbaring di dunia, maka sedikit tidurnya di alam barzakh (kerna sentiasa diseksa disoal oleh malaikat penjaga kubur dan diseksa dengan pelbagai binatang berbisa). Barangsiapa yg sedikit tidurnya di alam barzakh sana (aman dan tenteram). Maka kita sendiri yg berhak memilih situasi mana yg kita inginkan. Segala apa yg kita lakukan di dunia ini, haruslah difikirkan akan kesan jangka panjang kelak yg kekal abadi. Hiasilah hari-hari mendatang dengan ibadah, bermunajat dan berserahlah di malam hari, nescaya Allah sentiasa mendengar rintihan hambaNya dan berdoalah di malam hari kerna pada setiap malam itu, ada suatu saat Allah turun ke langit yg paling rendah dan tatkala itu sesiapa yg memohon kpd-Nya pasti akan dimakbulkan.

* p/s: Khas buat sahabat-sahabat yg sama-sama berjuang dalam bidang perubatan mahupun bidang lain, peruntukkan sedikit waktu malam mu untuk pencipta yg Maha Agung tatkala dalam kesibukan melaksanakan Fardhu Kifayah..nescaya kita tidak akan rugi walau sedikit pun, bahkan rahmat Allah itu pasti bersama kita..sesungguhnya itulah saat di mana minda kita dapat beristirahat dan saat itu jugalah yg menjana sel-sel neuron kita untuk meningkatkan daya fokus,..InsyaAllah….WE ARE GOING TO BE A GOOD MUSLIM DOCTOR SOON:)
~ZAHRA FIRDAUSI~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s