PERMATA 2


Program Etika Remaja Mencapai Akhlak Terbilang dan Akademik Cemerlang 2 (PERMATA 2) telah diadakan pada 16 hingga 18 November 2012 bertempat di Tanjung Bira, Bulukumba hasil anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Makassar (PKPMI) bersama kelab-kelab lain seperti Kelab Umno Luar Negara (KULN), Islamic Medical Association of Malaysia (IMAM) dan IPEM sendiri.

Alhamdulillah, program selama 3 hari 2 malam ini telah dilaksanakan dengan baik dan banyak kenangan, pengalaman, serta pengetahuan yang berjaya diperoleh.

Pihak PKPMI Makassar telah menyediakan slot untuk IPEM yang disampaikan oleh Saudara Ruqnuddin Al Hamdi dan Saudari Sharifah Faseha Abdul Halim dibantu oleh ahli jawatankuasa yang lain.

Kami telah membahagikan slot tersebut kepada dua bahagian. Bahagian pertama disampaikan oleh Saudara Ruqnuddin (kini sudah bergelar dokter) yang berkongsi pengalaman beliau sepanjang berada di bumi Makassar. Alhamdulillah, penyampaian yang dilakukan menarik dan membuatkan para peserta terhibur.

Bahagian kedua pula lebih mengutamakan tentang motivasi, pengetahuan terikini dan menaikkan semangat para peserta untuk bergelar ‘5 star doctor’.

Latihan dalam kumpulan juga dilakukan untuk melihat bakat-bakat terpendam peserta serta melatih kreativiti peserta malah pada waktu yang sama berkongsi pengalaman serta pengetahuan.

Aktiviti pertama yang dilakukan adalah para peserta dikehendaki memikirkan atau membayangkan tentang sesuatu dari alam yang mereka sukai dan menyatakan kekuatan dari perkara tersebut yang menjadi perangsang bagi diri mereka. Hal ini dibantu oleh para fasilitator Permata 2 dan ahli jawatankuasa IPEM.

Aktiviti yang kedua ialah persembahan peserta mengenai ‘5 star doctor’. Setiap kumpulan diberi tugas untuk mempersembahkan perkara tersebut dalam bentuk kepelbagaian puisi. Misalnya, sajak, syair, drama dan sebagainya.

ImageImageImageImageImageImageImage

Image

20121117_145150 20121117_145413 20121117_144740 20121117_144603 20121117_144338 20121117_142615 20121117_143948 20121117_143937 20121117_143921 20121117_143755