Tahniah Dr. Ruqnuddin Al Hamdi!


Assalamualaikum dan salam mesra Ipem🙂

Buat pengetahuan semua pembaca Ipem WordPress ini, mantan Presiden IPEM iaitu Saudara Ruqnuddin Al Hamdi telah berjaya menghabiskan pengajian beliau dan kini sudah bergelar seorang doktor. Alhamdulillah. Segulung tahniah kami ucapkan kepada beliau dan semoga kejayaan beliau ini akan menjadi pemacu semangat kita semua di sini. InsyaAllah🙂

Sewaktu Gathering Ipem tempoh hari, telah diadakan sedikit sambutan bersama ahli Ipem dan Saudara Ruqnuddin. Selari dengan hal itu juga, ahli jawatankuasa Ipem sendiri mengadakan ‘Nostalgia Bersama Dr. Ruqnuddin’ sebelum beliau pulang ke Malaysia. Agenda ini diadakan di Pizza Ria Cafe Tamalanrea pada 11 Januari 2012, jam 8.30 malam.

Sesi ucapan dari para AJK dan soal jawab diadakan dalam pertemuan ini. Beliau juga telah memberi pelabagai nasihat dan semangat kepada kami semua dalam meneruskan perjuangan di sini.

Image

Image

ImageImageImageImageImage

Terima kasih Saudara Ruqnuddin! Semoga ukhuwah yang terjalin ini akan berkekalan. Kami mendoakan anda dimudahkan urusan sewaktu bekerja nanti dan jangan lupakan kami di sini🙂 Tahniah juga diucapkan kepada doktor-doktor yang lain🙂 Teruskan berbakti untuk agama, bangsa dan negara. InsyaAllah..

Image

Credit gambar akhbar: Mohd Firdaus (PKPMI Makassar’s Facebook)