LAPORAN TAHUNAN AKTIVITI IPEM SESI 2012


JANUARI-FEBRUARI

  • Jamuan perpisahan dengan senior (ALUMNI  IPEM-batch 06)

Majlis perpisahan ini diadakan khas bersempena tamatnya pengajian dua orang AJK tertinggi IPEM yang banyak berjasa  kepada persatuan ini, iaitu Kak Zahra dan Kak Khadijah. Majlis perpisahan ini berlangsung di RM Damang dan dihadiri oleh 12 orang AJK IPEM pada waktu itu. Selain daripada jamuan makan, kedua alumni IPEM ini turut menitipkan kata-kata semangat dan pesanan kepada kami. Majlis turut diserikan dengan sesi penyampaian hadiah sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan dari IPEM yang disusuli dengan sesi fotografi antara alumni dan AJK IPEM.

  • MMW Edisi ke-3

Penerbitan MMW Edisi ke-3 yang berjudul ‘Next Chapter’. Judul ini dipilih bersesuaian dengan permulaan tahun 2012. Judul ini menggambarkan lembaran baru yang bakal ditempuhi di sini. Oleh yang demikian, polemik utama yang dibahaskan dalam MMW edisi ke-3 ini berkisar mengenai azam dan harapan sempena tahunbaru 2012 pada waktu itu.

Malaysian Medical Writers (MMW) adalah buletin IPEM yang diterbitkan setiap tiga bulan sekali. Buletin ini memuatkan beberapa slot iaitu Polemik, Titian Iman, Karya, Slot IMAM dan Chill. Polemik merupakan slot utama buletin ini yang membicarakan tentang isu yang berkesinambungan dengan judul MMW pada waktu tersebut. Titian Iman merupakan slot yang membincangkan isu-isu dan pandangan dari aspek rohani yang bersesuain dengan judul yang dipilih. Seterusnya karya adalah slot yang memuatkan beberapa karya AJK IPEM manakala slot IMAM adalah slot khas yang diberikan kepada IMAM untuk menerbitkan karya mereka, secara tidak langsung hal ini mewujudkan kerjasama antara IPEM dan IMAM.

Untuk menjayakan penerbitan buletin ini, IPEM telah menubuhkan sidang redaksi iaitu ‘MMW crews’ yang kini diteraju oleh saudara Farez. Terdahulu, IPEM telah Berjaya menerbitkan MMW edisi pertama dan kedua yang masing-masing berjudul Adaptasi dan Pengorbanan. Judul MMW 1 iaitu ‘adaptasi’ dipilih bersempena dengan kedatangan junior-junior baru angkatan 2011 iaitu pada pertengahan bulan Ogos, 2011. Manakala judul MMW 2 iaitu ‘pengorbanan’ dipilih bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha pada bulan November 2011.

  • Sayembara Penulisan Puisi dan Cerpen IPEM

Sayembara ini berlangsung selama lebih kurang dua bulan iaitu dari awal Januari hingga penghujung Februari. Sayembara ini terbuka kepada semua mahasiswa jurusan perubatan di Makassar. Sayembara ini pada awalnya bertemakan ‘Maulidur Rasul/Rasulullah’ bersempena dengan hari kelahiran baginda s.a.w. Namun di pertengahannya, atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan, kami telah mengubahnya kepada sayembara penulisan puisi dan cerpen Islamic. Sehubungan itu, pihak kami telah menerima penyertaan yang agak memberangsangkan baik dalam bentuk puisi mahupun cerpen.

MAC

  • Penilaian Karya-karya Sayembara

Setelah menerima karya-karya daripada peserta, AJK IPEM telah mengadakan satu rapat atau mesyuarat khas bagi mendiskusikan dan menilai karya-karya yang telah dihantar. Proses penilaian berjalan berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak IPEM dengan kesepakatan setiap AJK IPEM. Proses penilaian ini diadakan bertujuan untuk memilih tiga karya terbaik sebagai pemenang dari setiap kategori, puisi dan cerpen.

  • Proses pemilihan dan merekrut AJK baru dari batch 2011

Setiap tahun, IPEM akan merekrut beberapa orang AJK baru terutamanya dari kalangan ‘junior pre-clinical’ bagi mengisi kekosongan setiap exco IPEM, seperti kata pepatah ‘patah tumbuh hilang berganti’ J. Pemilihan AJK diadakan secara musyawarah antara AJK IPEM, terdahulu pihak kami telah menilai beberapa karakter tertentu daripada beberapa calon yang dicadangkan dalam mesyuarat tersebut. Seterusnya kami memberi kata sepakat untuk memilih beberapa orang yang memiliki kriteria seperti yang kami tetapkan. Untuk tahun 2012, IPEM telah merekrut enam orang AJK baru dari batch 2011 (Najihah, Waazalimah, Aainaa, Insyirah, Fawwaz dan Arifin).

  • Penulisan dan penghantaran karya AJK IPEM kepada pihak GKLN 

Kami telah dimaklumkan tentang perancangan penerbitan antalogi puisi yang berjudul ‘Dandelion’ oleh pihak GKLN sejak dari Januari 2012. Tujuan penerbitan ini adalah untuk mengumpulkan karya-karya penulis yang terdiri daripada pelajar-pelajar Malaysia yang sedang menuntut di luar Negara. Antalogi ini telah berjaya menghimpunkan karya daripada 62 orang penulis muda yang sedang menuntut di pelbagai latar Negara iaitu Amerika, India, Indonesia, Ireland, Jepun, Jordan, Maghribi, Mesir, New Zealand, Perancis, Rusia dan United Kingdom. 62 orang penulis dari pelbagai Negara ini bernaung di bawah persatuan penulis yang dikenali sebagai Grup Karyawan Luar Negara (GKLN). Bertemakan unsur Islam, antalogi ini rinci dengan pelbagai isu dan nilai serta mempamerkan pemikiran dan pengalaman para penulis yang direalisasikan dalam bentuk puisi yang cukup unik dan kreatif. Karya-karya yang dibukukan hanyalah karya yang ditulis dalam bahasa Melayu yang bersesuaian dengan tema yang ditetapkan. Penerbitan antalogi ini merupakan satu langkah bernas oleh pihak GKLN untuk mengetengahkan bakat-bakat penulis yang terdiri dari kalangan mahasiswa Malaysia di luar Negara atau lebih tepat lagi anak rantau.

  • Hari Kantin 2012 (1 Mac)

Hari Kantin merupakan salah satu daripada acara tahunan Persatuan Kebajikan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) yang diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada mahasiswa-mahasiswa dan persatuan-persatuan pelajar untuk berniaga serta mempromosikan persatuan mereka. Sehubungan dengan itu, IPEM telah merebut peluang keemasan ini bagi mencari dana tambahan bagi IPEM dengan mengadakan jualan ‘cupcakes’ dan beberapa barangan lain seperti telekung solat dan sarung tangan. Hasil keuntungan jualan ini disalurkan ke tabung IPEM. Selain itu, IPEM juga mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan persatuan kami serta mengedarkan borang keahlian kepada mereka yang berminat. Di samping itu, bagi memeriahkan suasana, kami juga turut mengadakan pertandingan teka gula-gula dalam balang sebagai usaha untuk menarik perhatian tetamu agar mengunjungi gerai jualan kami.

APRIL

  • Majlis Perpisahan dengan senior/alumni IPEM (2.4.2012)

Setiap pertemuan itu pasti diakhiri dengan perpisahan. Begitu juga IPEM, buat kedua kalinya untuk tahun 2012, IPEM sekali lagi akur dengan ketentuanNya. Sekali lagi IPEM kehilangan seorang AJK yang cukup banyak menabur bakti kepada IPEM, Kak Maisarah, yang kini merupakan alumni IPEM dari angkatan 2006. Untuk itu, kami mengadakan majlis perpisahan ini yang bertempat di Restauran Pizza Ria, Tamalanrea. Majlis ini juga bertujuan meraikan kejayaan beliau yang berjaya menamatkan pengajian dan merangkul gelaran doktor perubatan. Namun perpisahan ini tidak bermakna ukhuwah yang terjalin terputus begitu sahaja. Berbekalkan teknologi moden dan dunia tanpa sempadan, kami masih bisa berhubung serta berutus khabar; jarak bukanlah penghalang ukhuwah bagi IPEMJ Seperti biasa, majlis ini tidak akan lengkap tanpa sesi penyampaian hadiah tanda penghargaan IPEM dan juga sesi fotografi.

  • IPEM Annual Gathering (14.4.12)

Acara ini merupakan aktiviti tahunan IPEM yang diadakan bertujuan untuk mengumpulkan semua ahli IPEM daripada semua angkatan baik mahasiswa pre-klinik mahupun KOAS. Untuk tahun 2012, perkumpulan tahunan ini telah diadakan di Aula Rusunawa UNHAS, bermula jam 7.30 malam, dengan berkonsepkan ‘Tradisional  dan Kesultanan Melayu’. Acara ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua ahli IPEM dan telah berjaya mengumpulkan seramai lebih kurang 200 orang yang terdiri daripada kalangan Ahli Jawatan Kuasa tertinggi dan ahli biasa. Majlis ini dikelolakan oleh Arisman Wenge yang diberi gelar laksamana pada malam tersebut. Manakala setiap yang hadir pada malam tersebut diberi gelar pendekar. Antara tentatif utama pada malam tersebut adalah jamuan makan malam dan BBQ, ‘dinner kampung style’, tayangan filem “Nujum Pak Belalang” yang kemudiannya disusuri oleh slot bedah filem. Di samping itu, pihak kami turut mengadakan beberapa ‘games’ antaranya teka silang kata dalam bentuk puisi bergambar, teka gaya, bina pantun dan ‘Tongue Twister’. Setiap ahli serta tetamu yang hadir telah memberi sokongan dan partisipitasi yang padu kepada slot-slot yang diadakan pada malam tersebut. Sebagai penghargaan, pihak kami telah menyediakan beberapa anugerah pada malam tersebut, iaitu anugerah “Raja Siong” dan anugerah “Keris Taming Sari”. Penilaian telah dilakukan oleh barisan hakim yang adil dan saksama yang diberi gelar pendeta.  Selain itu, kami juga turut menyediakan beberapa hadiah dan saguhati bagi setiap kelompok pendekar sebagai tanda penghargaan atas sokongan terhadap acara tahunan IPEM tersebut. Sebelum acara berakhir, semua ahli IPEM mengambil kesempatan untuk bergambar kenangan dalam “sesi fotografi bersama pendekar”.

MEI

  • MMW Edisi ke-4

Penerbitan MMW edisi ke-4 yang berjudul “Zero to Hero” yang bersempena dengan sambutan Hari Ibu dan Hari Guru. Judul ini dipilih ini merujuk kepada pembaca selaku anak dan murid, yang pada awal kelahirannya bermula dengan ‘zero’ kemudian ibu telah menjadi orang pertama yang mencorakkan anaknya dengan pelbagai ilmu yang seterusnya dibantu oleh bimbingan guru-guru yang telah member pelbagai tunjuk ajar dan curahan ilmu dunia mahupun akhirat. Dua insan inilah yang telah membantu menerangi hidup kita dan membentuk diri kita hari ini. Tanpa mereka, kita bukanlah siapa-siapa di dunia ini. Slot MMW 4 ini masih mengekalkan format edisi-edisi yang sebelumnya.

  • Minggu Akademik PKPMI

Bersempena dengan Minggu Akademik yang dianjurkan oleh PKPMI Makassar bermula dari 13 hingga 19 Mei, IPEM telah diberi mandat untuk mengambil bahagian dalam minggu tersebut.Memandangkan minggu akademik ini berlangsung dalam minggu perkuliahan, slot bersama IPEM ini telah diadakan pada jam 7.30 malam bertempat di Aula Rusunawa. Pada malam tersebut, IPEM telah mengadakan Pertandingan Berpantun (Jual beli pantun) yang telah disertai oleh tiga hingga empat orang wakil dari batch 2009,2010 dan 2011. Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat terpendam dalam kalangan mahasiswa perubatan UNHAS. Pertandingan tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan berdasarkan jumlah audience yang hampir memenuhi ruang aulaJ Pertandingan ini telah dikelolakan oleh AJK tertinggi IPEM yang diketuai oleh saudari Imiey Eleena. Beberapa orang hakim telah dipilih dari kalangan AJK bagi mengadili sesi jual beli pantun tersebut. Kredibiliti para pemantun daripada setiap angkatan sangat mengagumkan walaupun berlatar berlakangkan sains perubatan, namun kemampuan mereka dalam menghasilkan pantun amat memberangsangkan.

JUN-OGOS

  • Semester break

SEPTEMBER

  • Penerbitan karya-karya AJK IPEM dalam Antalogi Dandelion

Pada awal bulan September lalu, pihak GKLN telah melancarkan Antalogi Dandelion yang memuatkan karya-karya penulis daripada 62 buah Negara (seperti dinyatakan sebelum ini). Sehubungan dengan itu, karya-karya AJK IPEM yang telah dihantar sekitar bulan Februari juga turut diterbitkan dalam antalogi tersebut. Hampir kesemua karya yang dihantar telah diterbitkan. Hal ini merupakan satu titik penghargaan yang besar buat para penulis serta telah meningkatkan semangat mereka untuk terus berkarya dan memperbaiki mutu penulisan masing-masing.

  • Pembentukan Organisasi IPEM baru untuk sesi 2012/2013

Pembentukan organisai IPEM yang baru ini bertujuan untuk  menyusun semula struktur pimpinan IPEM memandangkan beberapa orang AJK tertinggi IPEM yang merupakan teraju utama IPEM telah hampir tamat perkuliahan mereka di UNHAS. Pembentukan organisasi baru ini penting bagi memastikan struktur kendalian persatuan ini dapat bergerak dengan lancar dan sistematik. Berikut adalah organisasi baru IPEM yang telah dibentuk berdasarkan persetujuan daripada semua AJK dalam sidang musyawarah yang diadakan :

Presiden: Arisman Wenge (2008)

Timb. Presiden: Azurin Syazlina (2009)

Setiausaha: Nurayunie (2010)

Bendahari: Sharifah Faseha (2008)

Beberap aExco telah dibentuk, kebanyakannya mengekalkan exco-exco yang lalu, kecuali Exco Seni dan Bakat (SEBAK) yang baru dibentuk bagi meningkatkan lagi usaha daya IPEM di samping mencari dana untuk persatuan. Berikut adalah senarai-senarai exco yang telah dibentuk :

1. Sastera Bahasa Melayu

  • Syawal (K)
  • Ariffin
  • Najihah
  • Nabil

2. Sastera Bahasa Inggeris

  • Farez (K)
  • Nurul Insyira

3. Moderator Blog

  • Imiey (K)
  • Aine
  • Waazalimah

4. ADOP

  • Muhammad Fawwaz (K)
  • Mohd syaiful
  • Mohd Idris

5. SEBAK

  • Nazirul Munir (K)
  • Aainaa Mahirah
  • Taaruf atau malam suai kenal IPEM dengan junior 2012

Kata orang “tak kenal, maka tak cinta”. Sehubungan dengan kemasukan mahasiswa-mahasiswa baru angkatan 2012, IPEM telah mengadakan malam suai kenal antara junior 2012 dengan AJK tertinggi IPEM. Malam suai kenal ini bertujuan untuk memperkenal dan mempromosikan IPEM kepada mereka. Acara mala mini dimulai dengan tayangan video dan slide IPEM yang telah disediakan oleh saudara Fawwaz yang seterusnya disusuli dengan sesi taaruf bersama angkatan 2012. Selain itu, sebagai menceriakan suasana pada malam tersebut, pihak kami telah mengadakan pertandingan merekacipta dan deklamasi puisi yang bertujuan untuk melihat bakat-bakat terpendam dalam kalangan angkatan 2012 sebagai langkah permulaan sebelum merekrut AJK IPEM dari kalangan angkatan mereka. Sebagai penghargaan, pihak kami telah memilih puisi dan pemuisi terbaik pada malam itu untuk menyemarakkan semangat mereka untuk berkarya dan seterusnya berminat untuk menyertai IPEM.

  • Jamuan Mesra IPEM (IPEM Style Gathering) (20.10.2012)

7.30-11.00 malam. Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan ahli-ahli baru IPEM di samping mengumpulkan semua ahli IPEM daripada semua angkatan. Antara tentatif pada malam tersebut adalah ucapan alu-aluan oleh Presiden IPEM (Arisman Wenge), pengenalan organisasi IPEM, tayangan video IPEM, tayangan filem ‘Up’, jamuan makan dan kuiz berdasrkan filem yang ditayang. Di samping itu, pada malam itu juga, pihak kami telah meraikan kejayaan mantan presiden Dr. Ruqnuddin al-Hamdi yang telah  Berjaya menamatkan pengajiannya dengan penyampaian sedikit cenderahati sebagai tanda penghargaan dan kenangan bersama IPEM. Selain itu, pada malam tersebut juga, presiden IPEM telah mengumumkan tentang perancangan khas penerbitan Antalogi ‘Vitae Libellus’ bagi menghimpunkankarya-karya penulis dalam kalangan ahli IPEM yang dijangka bakal diterbitkan pada Ogos atau September 2013.

  • Perancangan Kutipan Dana IPEM (SEBAK)

Exco SEBAK telah memulakan langkah bagi mengumpulkan dana IPEM melalui penjualan note book KOAS, buttons, penanda buku dan sebagainya. Penjualan ini bermatlamat untuk menambah dana IPEM untuk menampung kos modal program-program pada masa akan datang.

  • Program Permata (16-18 Nov 2012)

Baru-baru ini, PKPMI Makassar dengan kerjasama UMNO, IPEM dan IMAM telah menganjurkan program PERMATA yang bertempat di Tanjung Bira. Program yang berlangsung selama tiga hari dua malam ini bertemakan ‘Etika Remaja Pemangkin Akhlak Terbilang’ merupakan suatu program yang menelan dana yang cukup besar  dan memakan masa berbulan-bulan dalam usaha menjayakannya. Program ini menyaksikan koleberasi antara PKPMI dengan persatuan-persatuan pelajar lain di Makassar iaitu UMNO, IPEM dan IMAM. Setiap persatuan telah diberi mandat untuk menyediakan modul tersendiri bagi mengisi slot-slot yang telah ditetapkan oleh pihak PKPMI dan IPEM telah diberi mandat untuk mengisi slot akademik. Sehubungan itu, suatu jawatankuasa khas yang diketuai oleh saudara Munir, telah dibentuk bagi membincangkan dan merangka modul khas yang bersesuaian dengan tema PERMATA. Bersesuaian dengan slot akademik, IPEM membawakan tema yang memfokuskan ke arah akademik dan prestasi mahasiswa, yaitu tentang sejauh manakah kesedaran mahasiswa-mahasiswa akan tanggungjawab dan tugas mereka sebagai seorang mahasiswa perubatan dan sejauh manakah kesedaran mereka akan realiti dan polemik bidang perubatan (kedokteran) masa kini. Untuk mencapai matlamat dan objektif modul, IPEM telah membahagikan modul ini kepada beberapa bahagian/sesi iaitu materi utama, ceramah motivasi dan sesi LDK 1 dan 2.  Kebijaksanaan dan kreativiti AJK IPEM sewaktu mengendalikan sesi-sesi tersebut telah menjadikan slot ini suatu slot yang menarik terutamanya bagi sesi LDK. Pihak kami juga telah menerima respons yang amat baik daripada para peserta PERMATA. Dan diharapkan untuk program ke depan, IPEM akan lebih bersemangat dan termotivasi dengan kejayaan modul PERMATA yang lalu. InshaaAllah.

  • Program Khas Penerbitan Antalogi IPEM ‘Vitae Libellus’

Sepertimana yang telah diwarwarkan sebelum ini, berikutan perancangan IPEM untuk menerbitkan sebuah antalogi khas ‘Vitae Libellus’ yang berkisar tentang kehidupan mahasiswa Malaysia di Makassar, suatu sidang editorial khas telah dibentuk yang diketuai oleh Setiausaha IPEM (Nurayunie) di bawah  pemantauan Presiden IPEM (Arisman Wenge). Sidang ini dibentuk bagi mengendalikan segala urusan pelaksanaan dalam usaha menerbitkan antalogi ini. Penerbitan antalogi ini merupakan suatu titik permulaan bagi IPEM bagi menghargai karya-karya serta bakat para ahli IPEM. Sehubungan itu juga, satu Group facebook yang diberi nama ‘Vitae libellus’ telah dibentuk di bawah kelolaan saudara Fawwaz dan saudari Imiey Eleena. Group ini merupakan medium komunikasi antara siding editorial VL dengan para ahli, di samping member ruang kepada pihak editorial untuk menyampaikan sebarang maklumat berhubung syarat, kriteria karya dan sebagainya. Di samping itu, kami juga telah membuka Email khas untuk ‘Vitae Libellus’ bagi memudahkan ahli-ahli IPEM menghantar karya-karya mereka. Karya-karya yang dihantar tidak langsung diterima untuk diterbitkan, tetapi harus melalui tahapan-tahapan penilaian daripada pelbagai aspek seperti kesesuaian tema, bahasa, tatabahasa, cara penyampaian dan kefahaman. Hal ini bagi memastikan karya yang bakal diterbitkan kelak bukan sekadar omong kosong sebaliknya merupakan suatu penulisan yang berkualiti dan dapat difahami oleh pembaca. Dalam kata lain, pihak kami lebih mengutamakan kualiti berbanding kuantiti.

  • Jualan Amal GAZA

Susulan rentetan kemelut di GAZA, IPEM turut berusaha bagi membantu meringankan bebanan saudara-saudara seislam di sana. Walaupun tidak mampu menyumbangkan tenaga, kami cuba sedaya upaya untuk berusaha member sumbangan dalam bentuk kewangan, walaupun jumlah yang disalurkan ke GAZA tidak seberapa, namun diharapkan usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka, di samping untuk mencari keredhaan Allah S.W.T. Berikutan itu, IPEM telah mengadakan jualan amal GAZA dengan membentuk suatu jawatankuasa baru yang diteraju oleh SEBAK bagi mereka cipta ‘design’ T-shirt dan button yang bermotifkan GAZA. Sebahagian besar (3/4) keuntungan ini telah disalurkan ke GAZA melalui perantaraan IMAM Makassar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s