Sayembara Puisi Cerpen Hari Akademik : Bahagian 4


Image

P4 : Kamu 

Tanpa kamu ku terokai,

pasti hari ini insan masih lugu percaya teori Darwin,

manusia berakal waris sang kera,

Hilang logik pemikiran, tenat.

Andai secantik Balkis namun tiada kamu sebagai perisai,

Hilang hormat tiada alas an ku pertahankan.

Tanpa kamu ku gali,

Pasti ku tidak mengerti hakikat asbab aku berdiri,

Tidak wujud tamadun peradaban, hanyut.

hidup tanpa batasan tanpa pedoman, buntu.

Tanpa kamu ku pelajari,

Syahadah cuma bermukim dibibir sia-sia,

Tiada nilai, tiada makna, disebut tanpa hati fakir, dina

Tidak sampai maksud kepada Sang Pencipta.

Tanpa kamu ku cari,

Sejarah alpa pasti menghantui, jahil kembali jahil

Tak kenal Allah mahupun UtusanNya,

Buta Al-Quran lagikan sunnah Baginda, punah umat manusia.

Tanpa kami di dada,

Walau terhampar segunung permata,

Pasti sirna sedetik kerdipan mata, tanpa sisa,

Berbaki sia-sia malah dosa, hancur.

Maka termaktub segala bukti,

Kamu paling dikehendaki,

Buat mengisi kering budi, luntur akhlak, kosong nurani.

Buat memandu ke jalan Tuhan, kenali Rasul, perbaiki kehidupan demi akhirat.

Buat menerangi lorong jahiliyah dengan neon kemuliaan.

Biar daif harta, jangan minimal taqwa,

Kerana kamu bekal, sisipan saat menghadap Dia,

Setiap kamu mereka dapatkan dariku,

ganjarannya kudapatkan saat lena selamanya.

Kerana kamu lebih bernilai dari manikam, kata si jauhari.

Mampu membutakan mata dek cerlang cahayamu,

Layaknya hanya kamu warisan Rasulullah buat kami dari kalam dan hadis,

Kerana kamu kami masih disini tidak berhenti mendalami hingga akhir nafas terhenti.

Oleh : Halimatussaniah ’09

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s