Sambutan Kemerdekaan Ke-56 dan Hari Malaysia


Alhamdulillah, berakhir sudah Sambutan Kemerdekaan Ke-56 dan Hari Malaysia anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Cawangan Makassar dengan kerjasama IPEM, KULN dan IMAM.

Segulung syabas dah tahniah kami ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan acara ini baik secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga majlis ini diberkati Yang Maha Esa dan memberi manfaat kepada semua🙂

Seperti yang diketahui umum bahawa IPEM telah menganjurkan Pertandingan Sayembara Puisi yang bertemakan ‘Tanah Tumpahnya Darahku’ dan Pertandingan Melukis Potret Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj untuk memeriahkan lagi acara pada kali ini. Dengan ini disertakan karya-karya peserta yang telah memenangi pertandingan-pertandingan tersebut. Tahniah dan terima kasih kami ucapkan atas partisipasi anda sama ada bergelar pemenang atau tidak. Kami amat memgagumi bakat-bakat yang ada di bumi Makassar ini dan semoga anda semua terus berkarya dalam puisi mahu pun lukisan. Syabas!

PERTANDINGAN SAYEMBARA PUISI TANAH TUMPAHNYA DARAHKU

TEMPAT PERTAMA: Hamba Merdeka (Siti Sarah Azlan)

Tidak ku sedar ia bertandang,

Lamanya waktu sudah berlalu,

Gema pekikan yang berkumandang,

Laungannya menggetar rasa dikalbu.

 

Malam itu gegak gempita satu Malaysia,

Melaungkan kata Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Letupan bunga api sini dan sana,

Muzik dan tari menghangat suasana.

 

Kita anak tunas bangsa,

Apakah erti kata merdeka?

Adakah sekadar pekik lolongan semata?

Atau hanya sejarah cuma?

Sejauh manakah kalian cakna?

 

Mingirlah kalian,

Biarkan aku maju kedepan,

Akan kuceritakan biar kau mengerti,

Agar kau ingat sampai mati.

 

Merdeka itu,

adalah mula sebuah kehidupan,

satu pembebasan akal fikiran,

satu perjalanan dan perjuangan.

 

Merdeka itu,

tiada lagi duka dan ketakutan,

saat kita bebas dari rantai kemiskinan,

serta bebas menyuarakan sedih rasa dan beban.

 

Merdeka itu,

setiap orang berhak atas pendidikan,

hapusnya jurang bangsa, suku dan perkauman,

dan pudarnya hedonisme yang melalaikan.

 

Merdeka itu,

ada rasa syukur yang mendamaikan,

atas nikmat Sang Pencipta yang berlimpahan

 

Marilah kalian!

Kita singkap kembali diari sejarah lama,

Hayati kisah perjuangan ayahanda dan bonda,

yang bukan sekadar dongeng penyedap halwa telinga,

Ia adalah cerita derita bangsa ,

Perjuangan atas nama negara dan bangsa tercinta,

Harmoni kini berbuah nyata.

 

Merdeka itu bukan hanya pada nama

Tapi janji merdeka jiwa

Berhentilah jadi tuan berjiwa hamba

Semarakkan semangat anak bangsa merdeka.

 

TEMPAT KEDUA: Luahanku Untukmu (Imiey Eleena Hanum Suhaimi)

Kita katakan kita merdeka

Namun fikiran masih ditawan

Budaya barat menempa wawasan

Harapan bangsa hanyut kealpaan.

 

Kita katakan kita merdeka

Meskipun demokrasi tinggal sebutan

Kau, aku dan dia saling menjatuhkan

Malah kaya dan miskin kian berjauhan.

 

Wahai bangsaku, wahai negaraku

Aku bukanlah siapa-siapa

Punya nama di mercu persada

Aku cuma anak muda

Harapan bangsa, pewaris negara.

 

Oh tanah tumpahnya darahku

Bukanku tidak bangga bergelar anakmu

Betapa ku mensyukuri semua itu

Sehingga ku ingin terus bersamamu.

 

Ayuh kita bangkit sama-sama

Lupakan segala sengketa lama

Gah melangkah anak merdeka

Hanya untukmu, Malaysiaku tercinta.

 

TEMPAT KETIGA: Mengakap Tanah Air (Faizah Mat Zahar)

Ku toleh kiri

Mekar kembang berseri

Lima kelopak tak berduri

Bunga raya kebanggaan negeri

 

Ku lihat kanan

Berkibar megah di tiap-tiap bangunan

Merah putih jadi selangan

Kuning menyerlah bintang bulan

 

Ku pusing belakang

Terbuai angin kencang

dari gerabak panjang

Kereta api nan gancang

 

Ku pandang hadapan

Tubuh terlindung pancaran

Dek tingginya dwi-bangunan

Disambung oleh satu landasan

 

Ku dongak ke atas

Burung besi bebas

Terbang tanpa batas

Membawa rakyat merentas

 

Ku tunduk bawah

Bersyukur tanpa sudah

Kerana nikmat yang limpah

Aman dari penjajah

 

Ku jenguk hati

Jangan berpura mati

Harus terus mencari

Sang Pencipta abadi

 

PERTANDINGAN MELUKIS POTRET TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ

TEMPAT PERTAMA: Nurul Nabilah Azra Nor A’zlan

Image

TEMPAT KEDUA: Nurul Diyana Azizian

Image

TEMPAT KETIGA: Nur Nabila Roslaini

Image

SAGUHATI:

ImageImageImageImageImageImage

Teruskan berkarya! Semoga kita semua boleh bekerjasama lagi pada masa akan datang ^^

IPEM juga ingin mengucapakn jutaan terima kasih atas pendeklamasi-pendeklamasi sajak pada Malis Penutup Sambutan Kemerdekaan Ke-56 dan Hari Malaysia yang diadakan di Lt.5, Fakultas Kedokteran Universitas Hasanuddin pada hari Ahad (15 September 2013) yang lalu.

Image

Mohd Shahir Hassan (Hamba Merdeka)

Image

Muhammad Adil Mohd Sabri (Luahanku Untukmu)

Image

Muhammad Afif Mansor (Mengakap Tanah Air)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s