Vitae Libellus dibuka untuk tempahan !


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

VL-Promotional Poster

Kali ini Ikatan Penulis Malaysia di Indonesia (IPEM) kembali lagi dengan sebuah projek yg julung-julung kali diadakan khusus untuk ahli-ahli IPEM yg berdaftar dengan kerjasama beberapa pihak termasuk GKLN (Grup Karyawan Luar Negara). Projek yg dinamakan ‘Vitae’ Libellus’ (VL) merupakan nama bagi bakal buku yang akan diproduksikan hasil antologi pengalaman mahasiswa kedokteran UNHAS di Makassar. Jadi kepada semua ahli IPEM dan pelajar-pelajar Malaysia di Makassar amatlah dialu-alukan untuk menjadikan buku Vitae Libellus ini sebagai salah satu daripada koleksi buku yang anda miliki.

423117_496903373676370_884454333_n

Judul:  Vitae’ Libellus

Keterangan judul:

Vitae’ Libellus merupakan dua kata yang diambil daripada istilah Bahasa Latin yang membawa maksud The Booklet/The Journal of Life atau dalam istilah Bahasa Melayu: Diari Sebuah Kehidupan.

Judul ini dipilih bersesuaian dengan misi dan  objektif utama penerbitan buku ini iaitu sebagai medium untuk mahasiswa-mahasiswa Malaysia di Makassar, menceritakan kisah kehidupan mereka sepanjang berada di perantauan (Makassar) dalam misi untuk mendapatkan segulung ijazah Doktor Perubatan (MD). Justeru, penerbitan buku ini diharapkan dapat memberi peluang untuk ahli-ahli IPEM bercerita tentang kisah kehidupan mereka di Makassar dalam bentuk karya dan penulisan kreatif.

19825_537581389608568_122339381_n

Objektif:

  • Sebagai medium untuk menceritakan kisah-kisah kehidupan serta pahit getir yang ditempuh dalam misi untuk mendapatkan segulung ijazah doktor perubatan (MD) di Universitas Hasanuddin, Makassar.
  • Untuk mengantalogikan (menghimpun atau menyusunkan) karya-karya ahli-ahli IPEM untuk dijadikan antalogi bagi paparan umum.
  • Untuk memperkenalkan IPEM (Ikatan Penulis Mahasiswa Malaysia di Makassar) secara meluas kepada semua pelajar Malaysia di Makassar.
  • Untuk mencungkil bakat dan kreativiti ahli-ahli IPEM dalam bidang penulisan dan seni kreatif.
  • Sebagai medium untuk ahli-ahli IPEM berkarya dan berpuisi.
  • Sebagai satu langkah atau titik permulaan bagi IPEM dalam rangka menerbitkan media ilmiah yang bukan sahaja khusus di Makassar tetapi juga di luar Makassar.

374454_558329570848118_1047124332_n

Tema karya:

Bertemakan kisah atau perjalanan hidup mahasiswa Malaysia di Makassar.

1017081_624306247589004_584579778_n

Bentuk atau jenis karya yang dibukukan:

  • Puisi: karangan yg berbentuk sajak (syair, pantun, dll)   (Kamus Dewan Edisi ke-4)

– Pantun: puisi lama yg biasanya terdiri drpd empat baris dlm tiap-tiap rangkap (dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yg selainnya mengandungi maksudnya)

– Syair: karangan bersajak (tiap-tiap rangkap terdiri drpd empat baris yg sama bunyi hujungnya)

– Sajak: puisi moden (berbeza drpd pantun atau syair) yg digubah dlm bahasa yg indah utk menyatakan fikiran (perasaan, pengalaman, dsb)

  • Cerpen: cerita pendek  (Kamus Dewan Edisi ke-4)

_animated_quill_pen_writing_in_book

“…penulisan kami tidak menemukan kebenaran, tetapi mengetuk-ngetuk pintu bagi mencari kebenaran”

~ Akan Datang ~

vitae libellus

“Vitae’ Libellus sesuai dengan namanya merangkumi pelbagai aspek kehidupan yang dicoret dalam gubahan puisi indah iaitu dari aspek kekeluargaan, persahabatan, pengorbanan, cita-cita, cinta dan kasih sayang. Semuanya terukir indah melalui kreativiti para mahasiswa dalam menggubah puisi mahupun gurindam. Sorotan sebuah kehidupan dan pengalaman diungkapkan dengan bernas melalui cerpen-cerpen yang luar biasa penulisannya.
Seandainya dipersoalkan tentang mutu dan kualiti karya, sememangnya setiap karya itu mempunyai kelemahan, apatah lagi penulis-penulis Vitae’ Libellus bukanlah dari kalangan sasterawan mahupun mereka yang arif dalam bidang penulisan. Oleh itu, kami dari barisan IPEM menyusun jari memohon maaf jika terdapat kekurangan dari sudut pemikiran, bahasa, kosa kata mahupun aspek-aspek lain yang mungkin di luar kemampuan kami untuk menilainya. Kami bersedia untuk menerima kritikan dan saran daripada pihak yang lebih arif kerana ianya kelak akan membantu kami dalam menghasilkan karya yang lebih bagus dan bermutu.” 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s