.Stop Judging.Be Positive.


positive

“Masamnya muka.Eeee tak kuasa aku nak tegur dia”

“Senyap ja die ni.Tak faham la.Moody la tu”

“Apa jenis manusia la die ni.Tak dapat nur hidayah la tu.Pakai tudung tak mau.Taruk tudung saji kang baru tahu”

Now,stop pointing others. Take a deep look into urself. Have y’all ever been judging others like this? Please peeps.Spread love.Stop judging others.

Dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya (di akhirat) tentang apa Yang dilakukannya.” (Al-Isra : 36)

“Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.” (Al-Hujurat : 6)

Mungkin orang yang kau herdik hari ini,bakal menjadi Imam suatu hari.Mungkin orang yang kau hina-hina kan sekarang bakal menjadi ahli syurga. Mungkin orang yang kau rendah-rendahkan sekarang, hatinya sentiasa zikrullah. Apa kau tahu? Kau boleh zoom hati orang?

Cuba sedut kuat-kuat cerita di bawah ni.Lihat contoh kita semua Rasulullah.Kisah baginda dengan si yahudi tua yang buta.

Rasulullah SAW setiap hari akan pergi ke rumah seorang Yahudi yang tua, buta dan cacat untuk menyuapkan makanan kepada Yahudi ini. Walau bagaimanapun, oleh kerana baginda tidak memperkenalkan dirinya sebagai Rasulullah SAW, Yahudi ini tidak mengetahui akan baginda. Setiap hari apabila Rasulullah SAW menyuapkan makanan kepada Yahudi ini, pasti Yahudi ini akan berkata ” Kau jangan ikut ajaran Muhammad Bin Abdullah itu, dia seorang penipu dan kata-katanya tidak boleh langsung dipercayai”.
 
Rasulullah SAW tidak berkata apa-apa setiap kali Yahudi ini berkata begitu dan baginda tetap mengunjungi Yahudi ini setiap hari walaupun dicerca dan dihina secara berhadapan oleh Yahudi ini..( cuba bayangkan kalau diri kita ini dihina secara berhadapan..sudah pasti kemarahan kita membuak-buak kan)
 
Setelah kewafatan baginda Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar As- Siddiq R.A pun dilantik menjadi khalifah. Oleh kerana Saidina Abu Bakar R.A ini adalah anak didik Rasulullah SAW, cara pemerintahannya juga mengikut model Rasulullah SAW. Semua perkara yang dianjurkan oleh baginda SAW pasti Saidina Abu Bakar R.A mengikutnya. Suatu hari, Saidina Abu Bakar bertemu Saiditina Aisyah R.A isteri Rasulullah SAW. Beliau bertanya kepada Saiditina Aisyah R.A ” Wahai Aisyah R.A, adakah lagi perkara yang baginda SAW berbuat tetapi aku tidak melakukannya lagi. Sungguh kau pasti lebih mengetahui apa yang Kekasih Allah SWT ini lakukan??
 
Saiditina Aisyah R.A pun menjawab ” Ada lagi satu, wahai Abu Bakar R.A.. Baginda setiap hari akan menyuapkan makanan kepada seorang Yahudi yang tua, buta dan cacat di hujung negeri ini. Pergilah mencarinya dan buatlah apa yang Rasulullah SAW berbuat”. Maka, Abu Bakar R.A pun mencari Yahudi itu dan beliau menemuinya. Seperti biasa, beliau pun menyuapkan makanan kepada Yahudi ini sambil Yahudi ini pasti akan berkata ” Kau jangan ikut ajaran Muhammad Bin Abdullah itu, dia seorang penipu dan kata-katanya tidak boleh langsung dipercayai”..
 
Lama- kelamaan Yahudi ini perasan dan tersedar. Yahudi ini bertanya ” Kau bukan lelaki yang selalu menyuapkan makanan kepada ku. Abu Bakar R.A menjawab ” Akulah lelaki itu, wahai sdra. Akulah lelaki yang selama ini menyuapkan makanan kepada kamu. Yahudi itu menjawab ” Tidak, kau berbohong. Lelaki yang selalu menyuapkan makanan kepadaku itu akan hanya menyuapkan makanan setelah aku menelan kunyahan aku. Kau tidak, aku belum telan kunyahan lagi tetapi kau telah sumbatkan aku dengan makanan lain. Cara kau berbeza.. Dimana lelaki itu???
 
Dengan perasaan sebak Abu Bakar R.A menjawab ” Lelaki itu telah tiada di dunia ini., wahai sdra. Lelaki yang kau kata ” jangan ikut ajaran Muhammad Bin Abdullah itu, dia seorang penipu dan kata-katanya tidak boleh langsung dipercayai” sebenarnya adalah Rasulullah SAW dan lelaki inilah yang menyuapkan sdra dengan makanan setiap hari..
 
Yahudi itu terkejut serta sukar untuk mempercayainya. Lalu Yahudi ini pun menangis sambil berkata ” Sungguh mulia hati lelaki ini, walau aku mengutuknya setiap hari dia tetap datang untuk memberi makanan kepada aku yang tua buta ini”.
 
Wanita yahudi tua buta itu pun , menangis teresak-esak. Dia menyesal dan sangat merasa bersalah…
lalu memeluk Islam dihadapan Saidina Abu Bakar R.A dengan mengucapkan dua kalimah syahadah,
 
” Aku bersaksi tiada tuhan selain ALLAH dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah utusan ALLAH”

Tak tersentapkah kita? Peringatan untuk diri sendiri yang melimpah dosa ini juga,husnuzon dengan sesama muslim.  Ada aja tempat yang kita diharuskan suuzon(bersangka buruk).Salah satu contohnya soal keselamatan diri.

So peeps,stop judging others.Mungkin yang diam itu sedang berzikir.Mungkin yang masam ketat itu sedang mengenang dosa sendiri menggunung. Mungkin yang belum bertudung sedang berjinak-jinak berubah menutup aurat sempurna.Jangan sampai kita diuji dengan kata-kata sendiri. Baru kau terduduk menyesal. Terus positif dan senyum lebar-lebar.

 

by AMAR.#sayanghatibiarbaik.

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s