Annual Gathering ipem


Slide1

Assalamualaikum w.b.t dan salam Kota Angin Mammiri.

Annual Gathering Ipem kembali lagi. kali ini dengan tema REJUVENATE, kami membawa pembaharuan yang pasti tidak akan mengecewakan anda semua. Jangan lepaskan peluang anda untuk bersama sama memeriahkan serta mengikuti pelbagai aktiviti menarik yang bakal kami sediakan seperti games dan bedah Vitae Libellus (Antologi sajak dan cerpen pelajar perubatan Malaysia Makassar). Menerusi aktiviti bedah VL, kami datangkan kepada anda dua penampilan istimewa yang mana sajak dan cerpen mereka telah terpilih untuk dibentangkan.

Mungkin masih ada yang tidak tahu apakah itu Vitae Libellus. Vitae Libellus ialah antologi puisi dan cerpen pelajar perubatan Malaysia yang belajar di Makassar. Vitae’ Libellus menghimpunkan sebanyak 7 buah cerpen dan 51 buah puisi yang menceritakan kehidupan pelajar Malaysia perubatan di Makassar, karya-karya yang terpilih adalah nukilan 25 orang pelajar perubatan di Makassar yang juga ahli-ahli Ikatan Penulis Mahasiswa Malaysia di Indonesia (IPEM). Ia merupakan usaha sulung dalam menghimpunkan karya-karya warga IPEM dalam satu naskhah sekaligus menjadi perintis kepada usaha berterusan menggilap bakat-bakat penulisan dari kalangan pelajar Malaysia di Makassar khususnya. “Vitae’ Libellus”. Kedengarannya mungkin agak asing bagi kita. Wajarlah ia demikian kerana Vitae’ Libellus merupakan dua kata yang diambil daripada istilah Bahasa Latin yang membawa maksud The Booklet/The Journal of Life atau dalam istilah Bahasa Melayu, Diari Sebuah Kehidupan

 Selain itu, kami juga akan memperkenalkan kepada anda wajah wajah baru yang menduduki pucuk pimpinan ipem. pasti, pembaharuan ini menjanjikan sesuatu yang menyegarkan buat anda!

siapakah gerangan mereka? Kita jumpa di Anual Gathering ipem pada 7 mac 2014, jam 8 malam di Aula Rusunawa. Kedatangan anda sebagai ahli ipem sangatlah diharapkan dan dialu alukan. makanan disediakan. maklumat lanjut seperti yang tertera pada poster di atas,

untuk pendaftaran, coass sila hubungi saudara Nazirul Munir’08 (085696125676), preclinical sila hubungi saudara Fawwaz  Muhd’11 (085656121309) dan saudari Aainaa’11 (087740620727)

sekian terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s