BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING


Assalamualaikum WBT & Salam pena satu ikatan.
Untuk makluman pihak Tuan/Puan bahawa di bawah pentadbiran saya,  Mohamad Radhi Bin Mohd Ariffin, Presiden IPEM yang ke 6 dan hasil kesepakatan antara kesemua Exco IPEM Makassar telah menghasilkan satu “Gerak Kerja Selama Dua Tahun” yang berlandaskan satu motto, satu Visi & 11 Misi yang hendak dicapai demi memartabatkan IPEM Makassar sebagai suatu medium kepada Mahasiswa Malaysia di Makassar & Indonesia (InshaAllah) untuk mengembangkan bakat-bakat terpendam dalam bidang penulisan khasnya & bidang keseniaan yang lain amnya.
Gerak Kerja Selama Dua Tahun ini diwujudkan adalah bagi menyambung kegemilangan yang pernah dicipta oleh mantan-mantan presiden ipem sebelum ini iaitu Presiden Yazid, Presiden Iman, Presiden Ruqnuddin, Presiden Arisman & Presiden Munir.  Semua membawa suatu visi yang sama iaitu ingin memantapkan IPEM.
Maaf sekiranya sapaan kali ini ada sedikit menganggu & mencuri waktu pihak Tuan/Puan .Bagi memastikan kelancaran Gerak Kerja Selama Dua Tahun ini,  IPEM Makassar memerlukan sumber kewangan & dana yang kukuh kerana hasil pengalaman sebelumnya, pelaksanaan program tidak dapat dilaksanakan semaksimal mungkin dek sumber kewangan yang sedikit terbatas.  Di sini saya dengan rasa rendah diri memohon sekiranya pihak Tuan/Puan sudi membantu Pengurusan IPEM Makassar kali ini demi memajukan IPEM & meraikan ahli-ahli IPEM yang telah banyak menyokong IPEM Makassar dari tahun 2008-sekarang.  InshaAllah untuk sesi 2014/2015 adalah untuk sesi penerbitan & sesi 2015/2016 adalah untuk sesi Aktiviti penulisan,memartabatkan bahasa,kesenian & pre WSI serta WSI.
Bersama-sama ini saya sertakan satu SURAT PERMOHONAN SUMBANGAN ( UMUM ) AKTIVITI TAHUNAN & 3 LAMPIRAN (A,B,C) .

*Lampiran A-Sejarah Penubuhan & Latar Belakang IPEM Makassar
*Lampiran B – Perancangan IPEM selama 2 tahun
*Lampiran C – Gerak Kerja IPEM selama 2 tahun
*Sekiranya pihak Tuan/Puan memerlukan Proposal Rasmi untuk mana-mana Program, Pihak IPEM sangat berbesar hati untuk memberikan kepada pihak Tuan/Puan untuk diteliti.
Segala kerjasama saya dahulukan dengan ucapan Jutaan Terima Kasih.
.
“INSAN INTELEK PEMANGKIN KEGEMILANGAN KESUSASTERAAN”

Yang Benar,
MOHAMAD RADHI BIN MOHD ARIFFIN
Pengerusi/Presiden IPEM Makassar sesi 2014/2015 & 2015/2016

 LAMPIRAN A

LAMPIRAN B

LAMPIRAN C 

SURAT PERMOHONAN SUMBANGAN UMUM

Leave a comment