Aktiviti Tiga Serangkai~


Assalamualaikum WBT & Salam IPEM 1 Ikatan.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana pada bulan Februari yang lalu, IPEM Makassar telah berjaya melaksanakan beberapa aktiviti yang telah dirancang selama ini. Antara aktiviti yang telah diadakan adalah “Basic Photoshop Session”, “Talk About Life As a Houseman in Malaysia”, ” IPEM’s Gathering Night” dan “Suara Sang Mantan & Novelist”.

Aktiviti tiga serangkai bermaksud IPEM telah berjaya mengadakan program selama tiga hari berturut yang dimulai pada tanggal 13 Februari 2015 – 15 Februari 2015. Syabas diucapkan kepada semua AJK yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Program pertama yang telah diadakan adalah bersama dr. Arisman Wenge Abd Rahman pada tanggal 13 Februari 2015 di dalam program “Talk About Life As a Houseman in Malaysia”.  Seterusnya pada tanggal 14 Februari 2015, Sabtu pula merupakan program ‘IPEM Gathering Night” dan pada hari terakhir bersamaan tanggal 15 Februari 2015, Ahad adalah program perkongsian dari dua orang tokoh yang sudi berkongsi pengalaman di dalam progam “Suara Sang Mantan & Novelist”.

Bagi program “Talk About Life As a Houseman in Malaysia” jutaan terima kasih diucapkan kepada dr. Arisman Wenge Abd Rahman kerana sudi untuk berkongsi pengalaman sebagai seorang H.O di Malaysia. Semoga setiap apa yang disampaikan oleh beliau InsyaAllah dapat dimanfaatkan oleh semua pelajar yang bakal menyusul untuk menjadi seorang H.O suatu hari nanti.

10550882_864188590286636_3557475202629894290_n 1555349_930326147012246_3151923934237938487_n 10994930_930326320345562_1027665124980108356_n

IPEM’s Gathering Night pula merupakan sebuah program yang seringkali diadakan bagi mengeratkan ukhuwah sesama ahli IPEM disamping memperkenalkan dengan lebih mendalam tentang pertubuhan IPEM di Makassar.   Bertemakan barbeque, alhamdulillah program ini berjalan dengan lancar kerana mendapat sambutan dari kebanyakkan ahli IPEM.

10462988_930329037011957_6610783546152432382_n10408725_930329163678611_3247030756615233443_n10474180_930328833678644_6352527615802154232_nSuara Sang Mantan & Novelist merupakan gabungan program pada hari terakhir yang menampilkan perkongsian dari dua orang tokoh yang telah dijemput dalam berkongsi pengalaman mereka dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan dalam masa yang sama mampu untuk menjadi seorang penulis novel dan aktif berpersatuan.  Jutaan terima kasih diucapkan kepada kedua-dua pemateri iaitu kak Sarah dan kak Farah yang sudi berkongsi pengalaman mereka bersama semua ahli IPEM yang telah hadir ke program ini.  Diharapkan semua peserta mampu untuk mengambil pengalaman ini sebagai salah satu cara untuk berpersatuan tetapi mampu juga untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang.

1512840_930332140344980_3521591056175075228_n   10989168_930331960344998_7585432407880989338_n10993390_930332093678318_1872663368333739715_n10924822_930331920345002_3745869041819355475_n

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s