-Di sini Lahirnya Sebuah Cinta, MALAYSIA- ‘GEMILANG SETINGGI AWAN’


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia diucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia & Mahasiswa Perubatan di Universitas Hassanuddin, Makassar .
         
Alhamdulillah dipanjatkan kehadrat Allah SWT kerana Ipem Makassar telah bekerjasama bersama Pkpmi Makassar , Imam Suci dan Kelab Umno Makassar bagi mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan, Hari Malaysia dan Hari Memperingati Tragedi MH 17 & MH 370 bermula pada 14 September 2014 hingga 21 September 2014. Sambutan-sambutan ini bernaung di bawah satu acara yang dipanggil sebagai ‘GEMILANG SETINGGI AWAN’.

Sehubungan dengan itu, seluruh Mahasiswa Perubatan unhas sama ada pra klinikal maupun klinikal telah dijemput dan digalakkan untuk memeriahkan acara dengan menyertai pelbagai pertandingan yang telah disediakan.  Antara pertandingan-pertandingan yang telah disediakan adalah ‘The Merdeka Quiz Challenge’, ‘Iftar dan Solat Hajat’, ‘Madah dalam Irama’, ‘#IamMalaysian Contest’ dan ‘Pertandingan Potret Kemerdekaan’.  Kesemua pertandingan ini telah pun mendapat sambutan yang amat menggalakan..

Semoga kedepan Ipem Makassar dapat bekerjasama bersama Pkpmi Makassar , Imam Suci dan Kelab Umno Makassar semula bagi mengadakan acara-acara yang dapat mengeratkan lagi ukhuwah sesama pelajar Malaysia di Makassar ini.  

Dengan ini, kami warga Ipem Makassar mengucapkan Salam Kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia dan tidak lupa juga Al-Fatihah dan salam takziah buat mangsa nahas MH17 dan MH370.

-Di sini Lahirnya sebuah Cinta, Malaysia-

SGA                                        sga2                                                                            GSA1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s