IPEM’s APPRECIATION NIGHT~


Assalamualaikum WBT & Salam IPEM 1 Ikatan..

Solidariti Untukmu Gaza (SUG) telah mengadakan program selama satu bulan pada bulan November 2014 bagi membuka mata dan membangkitkan semangat para pemuda pemudi sekarang akan kekejaman Zionis ke atas saudara seislam kita di Gaza.  Dalam menjayakan program ini, IPEM kembali bekerjasama dengan mengadakan IPEM’s Appreciation Night iaitu program membedah buku yang bertajuk “Remember  Us”.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Hawa binti Md Khalid kerana sudi untuk berkongsi hasil dari bedah buku “Remember Us”.  Dari hasil bedah buku itu dapat disimpulkan bahawa buku ini berkisahkan tentang kehidupan yang sangat perit ditanggung oleh saudara Islam kita di Gaza.  Mereka bersusah payah dalam meneruskan kehidupan mereka walaupun dihujani peluru tetapi harapan dan impian mereka untuk mendapatkan kehidupan yang aman tidak pernah luntur.  Mereka tidak pernah gentar menghadapi musuh kerana mereka yakin bahawa kemenangan Islam itu adalah janji Allah yang pasti.

Selain dari bedah buku, terdapat juga pembacaan sajak oleh Adib bin Azmi dan Nor Shamimi Binti Mohd Zulkamal Punnia yang terdapat dalam buku “Remember Us”.  Setiap bait kata yang terdapat dalam sajak tersebut membawa seribu satu makna yang boleh membuka mata kita untuk melihat kesengsaraan yang sedang dialami oleh saudara seislam kita di Gaza.

Semoga dengan program seperti ini mampu membuka mata kita untuk sentiasa berusaha membantu mengurangkan kesusahan yang dihadapi oleh saudara kita sendiri.  Dengan perubahan yang kecil dalam diri kita juga mampu untuk merubah masa depan mereka kerana kita mampu bangkit melawan musuh apabila Islam yang sebenar sudah tertanam di dalam diri kita, InsyaAllah.

1800230_868040229907505_9107150732222718630_n            10687135_868039923240869_7421810579971803772_n         544932_868040253240836_3055258201562281241_n        1452164_868040213240840_3001144219533232343_n 1653540_863922490319279_1147525119025127345_n       10351826_868040043240857_6585382082942469571_n

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s