Salam AidilAdha dari Rantauan~


Firman Allah : “Maka laksanakanlah solat kerana Tuhanmu, dan berqurbanlah (sebagai ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah”   (108:2)

Assalamualaikum WBT & Salam IPEM 1 Ikatan…

Alhamdulillah kerana kali ini diberi kesempatan sekali lagi untuk berkongsi tentang sambutan Hari Raya AidilAdha yang telah diadakan oleh mahasiswa Malaysia di Makassar.  Sambutan Hari Raya AidilAdha ini sekali lagi telah bekerjasama bersama Pkpmi Makassar , Imam Suci dan Kelab Umno Makassar.  Sambutan ini telah diadakan di rusunawa bertarikh 4 dan 5 oktober 2014.

Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi memeriahkan sambutan raya AidilAdha pada kali ini.  Aktiviti bermula sehari sebelum hari raya dimana para pelajar mengadakan pelbagai persiapan seperti membakar lemang, mencipta pelita buluh dan macam-macam lagi.  Bagi sebahagian ahli IPEM pula, mereka mengadakan persiapan dengan menyiapkan diri untuk tampil hebat dalam lakonan mereka pada malam hari raya aidiladha yang membawa tajuk “Berkorban”.

Terlalu banyak kenangan bersama pelajar-pelajar yang lain pada sambutan hari raya AidilAdha kali ini. Semoga IPEM terus berkembang dengan jayanya dan boleh bekerjasama bersama Pkpmi Makassar, Imam Suci dan Kelab Umno Makassar bagi mengadakan acara sebegini untuk mengeratkan ukhuwah dan silaturrahim antara para pelajar Malaysia di Makassar ini.

10177529_846483175396544_2143819441305117170_n                RAYA                  RAYA ADHA  10342998_847702721941256_3654388311028819131_n10435679_847200735324788_8818492147951494832_n                  10628290_848610345183827_4879885536605428205_n 10641028_848610245183837_2842706002427060485_n   10469856_848610411850487_6477029764914120330_n

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s