Pertanyaan

Page ini dibuka kepada sesiapa sahaja, ahli mahupun bukan ahli untuk

mengajukan pertanyaan

tentang apa sahaja mengenai IPEM dan insyaAllah akan

dijawab oleh urusetia IPEM sendiri.

Pertanyaan boleh diajukan di bawah:

10 thoughts on “Pertanyaan

  1. Ada sebahagian ruang dalam blog ini tak dapat dibuka, ada password. Memang begitukah, atau saya yang tak tahu nak buka?

    Jawapan:
    Oh, maaf, memang ada sesetengah page kami bukakan untuk ahli sahaja. Kepada pelajar di Indonesia yang belum menjadi ahli, boleh mendaftar online atau terus kepada kami. Bagi pihak GKLN pusat dan cawangan lain, boleh mengambil password tersebut dengan kami. Sila emailkan permintaan password pada ipem.makassar@gmail.com
    terima kasih…

  2. kenapa gambar saya berubah dalam wordpress ni? moderator mengubahnya?

    Jawapan:
    Sebenarnya, ikon bagi accaunt wordpress bergantung pada avatar yang diupload oleh pengguna ID. Sekiranya tiada avatar yang diupload, maka wordpress akan generate sendiri ikon mengikut setting web blog masing-masing. Gambar yang tertera di ikon anda adalah setting dari https://ipem.wordpress.com
    Sekiranya anda mempunyai akaun wordpress dan avatar sendiri, pastikan anda sudah sign in ke dalam wordpress ketika memberi komen. Jika tidak, sebagai akaun ‘guest’, avatar anda akan automatically generated. terima kasih atas pertanyaannya.

  3. salam..
    saya rasa lagi menarik blog ni kalau dibuat archives utk older posts..
    n lagi menarik jugak kalau ada chat box..🙂

    Jawapan:
    cadangan yang bagus. boleh dipertimbangkan dan diusahakan. sebarang cadangan untuk memeriahkan lagi blog ini amatlah dialu-alukan. terima kasih…

  4. salam ‘alaik.
    IPEM ade logo x? elok kalau masukkan logo dlm blog nie🙂

    Jawapan:
    waalaikumussalam… terima kasih atas cadangan itu. Kami urusetia IPEM sangat menghargai keprihatinan ahli-ahli kami. walaubagaimana pun, usia IPEM masih terlalu muda dan atas hambatan lain seperti kekurangan orang yang kreatif serta hambatan tugas-tugas lain, IPEM masih belum berpeluang mewujudkan logo sendiri. InsyaAllah, kalau dikurniakan waktu luang dan ilham oleh Allah, kami akan menyertakan logo IPEM di blog ini. terima kasih sekali lagi atas sarannya.

  5. saya sebagai ahli ipem yang ada mengikuti program terbaru yg dilancarkan IPEM yaitu 1 Malaysia.
    Saya ingin mengetahui secara jelas, program yg saya ikuti. Bolehkah pihak IPEM menjelaskan sedikit sebanyak tentang objektif program, dan tujuan yang ingin dicapai.
    Hal ini supaya memudahkan saya sebagai peserta, untuk mengarah kepada matlamat program.

    • Terima kasih atas pertanyaannya dan terima kasih juga kerana mengikuti perkembangan dan menyokong aktiviti IPEM…

      Secara umumnya, program 1Malaysia ini bertujuan untuk memupuk perpaduan melalui sastera dan budaya. Konsep sastera dan budaya ini sudah direncanakan sejak tampuk presiden tahun lalu lagi, hanya saja baru mampu direalisasikan sekarang.

      Seperti yg kita semua tahu, kempen 1Malaysia ni berjalan sepanjang bulan Mei 2010 dengan malam kemuncak pada 5 Jun 2010. Kita semua sedia maklum, jumlah pelajar Malaysia di Makassar bertambah ramai dan semakin bervariasi dari segi kaum dan etniknya. Sehingga kami berfikir amat penting bagi kita memupuk semangat perpaduan antara kita. Semoga perpaduan yg dibina dlm komuniti kecil di sini dapat membantu memperkukuh perpaduan rakyat Malaysia secara umum setelah pulang ke tanah air nanti. Disebabkan tujuan ini juga IPEM sangat mengharapkan dan menggalakkan penglibatan dari pelbagai kaum dari setiap angkatan.

      Objektif program ini adalah:
      1. Untuk memperkenalkan konsep perpaduan dan 1Malaysia kepada pelajar Malaysia di Makassar sekaligus menyemai perpaduan dan silaturrahim kita.
      2. Menekankan kepentingan mengetahui dan menghargai perbezaan di antara bangsa dan menjadikannya panji pengukuh kesatuan kita.
      3. Memupuk rasa cinta dan sayang kepada budaya dan sastera negara, secara tidak langsung dapat memelihara sastera dan budaya negara serta menambahkan rasa cinta kepada tanah air, sekaligus mengasah bakat mahasiswa kita.

      Dalam program ini telah dilancarakan banyak kempen dan program yg membantu mewujudkan visi ini. Antaranya menganjurkan pesta pantun, pertandingan menulis puisi, pertandingan deklamasi puisi, pertandingan mencipta video dan pertandingan fotografi.

      Kepada semua mahasiswa Malaysia yang menuntut di Makassar bolehlah menyertai mana-mana pertandingan yang dianjurkan dengan mengajukan nama pada wakil batch masing-masing.

      Terima kasih sekali lagi, saya harap soalan anda terjawab. Semoga bermanfaat.

  6. sajak usman awang yang full xder erk???please post kt cniey,amt diperlukan nih..

  7. Salam.. Saya Dr Afendi mohon pertanyaan. kenapa ada artikel yg sama dengan blog fatimah zahra. adakah org yg sama. mohon penjelasan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s