Berminat Menjadi Penulis di PKPMI Digest atau Buletin As-Syifa’?


Assalamualaikum dan Salam sejahtera!

Korang pernah tak rasa :

– Nak sampaikan sesuatu kepada komuniti… atau

– Nak memanfaatkan bakat anda yang tak pernah dihargai… atau

– Ada pengalaman yang sangat menarik untuk dikongsi?

Sekarang suara anda mampu didengari! Caranya?

1) Jadi ahli IPEM – daftar di blog ini atau dapatkan borang dari wakil kami

2) Tulis apa saja! (asalkan bermanfaat)- karya kreatif (cerpen, puisi, pantun dll), artikel, ulasan dll

3) Hantarkan kepada wakil IPEM – boleh lewat email atau terus saja softcopy-nya ke AJK IPEM

4) Karya anda akan disaring dulu – bagi menjaga kualiti dan sensitiviti semua pihak

5) Karya anda terbit dalam PKPMI Digest atau As-Syifa’! (Bergantung kesesuaian)

Gampang toh?

Jadi tunggu apa lagi…bukan senang nak dapat peluang begini…

Mulakan menulis sekarang!

3 thoughts on “Berminat Menjadi Penulis di PKPMI Digest atau Buletin As-Syifa’?

  1. another thing kalau karya2 anda memang berkualiti, kami tidak teragak2 untuk memenuhkan karya anda dalam ruangan IPEM dalam PKPMI Digest dan IMAM asSyifa’ setiap kali keluarannya. prefered karya berbentuk artikel/ulasan/analisis tentang komuniti kita, tetapi tidak menutup semua karya lain dari anda. sokonglah komuniti kita! perubahan kita lakukan bersama dalam bentuk penulisan. kami menunggu hasil buah fikiran anda semua. selamat bermanfaat!

  2. salam. saye wakil PKPMI digest tp tatau lak ade perjanjian nk mskkn karya dlm buletin tuh. kitorg da pon buang slot karya kreatif sbb takde sesape nk anta mase kitorg promote dulu. nnti sy bincg blk ngan ajk len, k?

  3. alamak, yeke.maaf ye kalau IPEM buat statement camni. act dah bincang dengan PKPMI, mungkin belum sampai ke AJK. insyaAllah nnti akan disampaikan. sori aisya, eh ainul ;P

Leave a comment