HSKU 2008 di Istana Budaya



Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008 (HSKU 08) adalah salah satu anugerah berprestij yang julung-julung kalinya diadakan. Program tahunan ini merupakan anugerah kali ke-24.

Tahniah kepada Exxon Mobil yang menjadi penaja utama kepada pemenang. Tahniah juga kepada Kumpulan Utusan yang tidak melupakan ‘pengorbanan’ warga sastera.

Tahun ini, HSKU akan disampaikan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 19 Jun 2009.

Apa yang lebih menarik pada tahun ini adalah Minggu Sastera Utusan 2009 yang akan diadakan bermula 12 Jun lagi. Tentunya, pelbagai acara menarik akan disusun sepanjang program itu nanti.

Penyampaian anugerah juga bakal disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak.

5 thoughts on “HSKU 2008 di Istana Budaya

  1. Exxon mobil tu bukannya kepanjangan tangan imperialisme modern barat, dan zionis…..erk…wallahu’alam.

  2. Salam alayk

    Sepanjang saya belajar business management di Kolej Mara Banting, tak pernah saya tahu any short form stands for seperti yang saudara maksudkan. Wallahu’alam.

    Dan untuk mentafsir lapis kedua bukanlah bidang dan kepakaran saya jua, dan sesungguhnya Allah benar-benar mengetahui segala yang tersurat mahupun tersirat.

    p/s:

    1. Apa yang menarik perhatian saya ttg HSKU ialah senior KMB saya, saudara Fahd Razy (pak hj google tahu byk pasal beliau). Moga-moga ‘masih kebal’ menerima anugerah Hadiah Utama bagi kategori puisi. Beliau sudah menang ‘hatrick’ sepanjang HSKU 2005 dengan karya (Al-Andalus Menangis) HSKU 2006 (Nota Kecil di Hujung Isyak II) dan HSKU 2007 (Menggeledah Nurani). [insya-Allah kami cuba kongsikan karya beliau di sini nanti].

    2. Unsur satira sealiran dengan perkembangan semasa boleh didapati dan dihayati di blog saudara Faisal Tehrani.

    Selamat membaca dengan mata hati. 😀

    Wallahu’alam.

  3. Aku rasa baik ko blajar dulu sape sebenarnya exxon mobil……kalau mc donald, nestle, starbuck yang anjur ko sokong gak ke?

  4. “Tahniah Kepada Exxon Mobile”

    – karena telah berjaya merampas Blok Cepu”
    – karena telah berjaya mengatur harga BBM dunia hingga menyengsarakan rakyat kecil.
    – karena tetap memberikan kebajikan kepada sebagian kecil dan menyengsarakan sebagian besar.
    – karena berjaya memonopoli BBM dunia
    – karena dalam buku teori ekonomi dia telah berjaya meyakinkan akan niat baiknya? terhadap dunia Islam
    – karena menghargai para sastrawan yang punya prinsip dalam karyanya
    …………and the list goes on

Leave a reply to Maisarah Shukri x